FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Jumaat, Oktober 14, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-FEMALE KAMEN RIDER


Helo sudah lama saya tidak menulis topik ini, tidak mengapa hari ini saya akan rungkaikan topik tentang watak Kamen Rider perempuan pula...Mungkin anda kena fikir 2 kali siapakah Kamen Rider Perempuan Pertama sama ada dari Showa atau Heisei sama-sama kita saksikan....


Electro Human Wave Tackle(siri Kamen Rider Stronger-1975)
-Merupakan rakan seperjuangan Kamen Rider Stronger.Motif beliau adalah kumbang kura-kura
-Di episod 30,Electro Human Wave Tackle dibunuh oleh Doktor Kate apabila beliau mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Shigeru daripada diracun.
-Di dalam filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010,watak Electro Human Wave Tackle dilakonkan oleh Alice Hirose sebagai Yuriko Misaki versi Another Rider World Tackle

Kamen Rider Femme(filem Kamen Rider Ryuki:EPISODE FINAL-2002)
-Merupakan Kamen Rider wanita pertama dalam era Heisei dan dilakonkan oleh Natsuki Katou sebagai Miho Kirishima
-Berbeza daripada Kamen Rider Knight, motif utama beliau adalah swan dan cara pertempuran berlainan daripada Kamen Rider Knight
-Beliau berjaya membunuh Kamen Rider Ouja sebagai membalas dendam terhadap kematian kakaknya dan mati dibunuh oleh Kamen Rider Ryuga

Kamen Rider Larc(filem Kamen Rider Blade:MISSING ACE-2004 dan siri Kamen Rider Decade-2009)
-Identiti beliau adalah Natsumi Miwa(dilakonkan oleh Yoko Mitsuya)
-Merupakan Rider Generasi Baru yang diusahakan oleh BOARD untuk menangkap Undead yang
dilepaskan oleh Albino Joker
-Dibunuh oleh Albino Joker selepas Undead Kategori King dilepaskan
-Di dalam siri Kamen Rider Decade(2009), Beliau menggunakan nama sebagai Haruka Miwa(apabila Kamen Rider Decade menjelajah dunia Diend)


Kamen Rider Shuki(siri Kamen Rider Hibiki-2005)
-Merupakan Kamen Rider wanita yang muncul di TV dan membuat penampilan di 2 episod
-Merupakan bekas Oni Kamen Rider dan usia sebenar beliau adalah 80 tahun tetapi menggunakan kuasa tersendiri mengubah beliau kepada usia 30 tahun
-Beberapa tahun kemudian setelah kembali ke medan pertempuran, beliau mencuri Oni no Yoroi untuk menentang Oni atas arahan untuk mencuri peralatan Henshin daripada mereka untuk mengembalikan semula beliau menjadi Oni Kamen Rider dan menewaskan N
otsugo sekali lagi tetapi ditangkap oleh Notsugo sebelum beliau mengorbankan dirinya dan kemudian raksasa Notsugo ditewaskan oleh Kamen Rider Zanki dan akhirnya Shuki mati.Shuki meminta Zanki satu permintaan untuk menghargai Shuki dengan menutup muka dengan bunga agar tiada sesiapa melihat identiti sebenar beliau.Dilakonkan oleh Reiko Kataoka


Kamen Rider Amaki a.k.a Transformed Akira(siri Kamen Rider Hibiki-2005 dan siri Kamen Rider Decade-2009)
-Identiti sebenar Amaki adalah Amai Akira(dilakonkan oleh Nana Akiyama)
-Didalam siri Kamen Rider Hibiki, Akira menggunakan Henshin Onteki untuk bertukar menjadi Transformed Akira tetapi gagal kemudian pada tahun 2009, beliau mencuri Henshin Onteki Ibuki untuk bertukar menjadi Kamen Rider Amaki(Heavenly Demon aka Hantu Syurga)
-Berbeza daripada Kamen Rider Ibuki, serangan mutlak adalah sama dan sut Kamen Rider Amaki adalah sama seperti Kamen Rider Ibuki
-Di dalam episod 30(Dunia Perang Rider) ketika 9 dunia Kamen Riders dalam keadaan huru-hara ,Kamen Rider Amaki dibunuh oleh Kamen Rider Saga dalam pertempuran antara Dunia Hibiki dan Dunia Kiva bersama Fangire tetapi dihidupkan semula selepas kematian Tsukasa
Kadoya/Kamen Rider Decade Fury Form didalam filem Kamen Rider Movie War 2010 segmen Kamen Rider Decade-FINAL CHAPTER

Kamen Rider Kivala(filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade MOVIE WAR 2010-2009)
-Identiti beliau adalah Hikari Natsumi(dilakonkan oleh Kanna Mori)
-Beliau bertukar dengan menggunakan Kivala Belt tetapi tidak berbeza dengan Kamen Rider Kiva kerana tidak menggunakan wisel dan gigitan untuk bertukar.
-Beliau telah membunuh Kamen Rider Decade(Violent Emotion) untuk menghentikan kemusnahan dunia Kamen Rider (apabila ia diarahkan oleh Narutaki) dan kemudian bersama dengan Diend,Decade dan Kuuga untuk menentang Super Shocker.

Kamen Rider Nadeshiko(filem terbaru Kamen Rider,Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO Movie War Megamax-10 Disember 2011)
-Merupakan Kamen Rider wanita terbaru didalam filem Kamen Rider terbaru yang akan ditayangkan pada Disember 2011
-Dilakonkan oleh Erina Mano sebagai Misaki Nadeshiko (Hello ! Project)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!