FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Khamis, September 30, 2010

COMING SOON: KAMEN RIDER X KAMEN RIDER:OOO & DOUBLE(feat.SKULL)-MOVIE WAR CORE a.k.a MOVIE WAR 2011




Berita Baik kepada fans Kamen Riders, filem terbaru Kamen Rider masih berterusan. Terbaru, filem Kamen Rider X Kamen Rider:OOO & Double(feat.Skull)-MOVIE WAR 2011(CORE)bakal ditayangkan pada 18 Disember 2010.

Seperti filem sebelumnya, Kamen Rider X Kamen Rider:Double & Decade-Movie War 2010, filem ini terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian satu adalah filem Kamen Rider Skull:The Message For Double(diarahkan oleh Riku Sanjo), manakala bahagian kedua, filem Kamen Rider OOO:Nobunaga Ambition(diarahkan oleh Toshiki Inoue) dan akhir sekali, MOVIE WAR CORE a.k.a MOVIE WAR 2011 di mana Kamen Rider Double bekerjasama dengan Kamen Rider OOO untuk menewaskan Kamen Rider Core(Kamen Rider pertama menggunakan CG)sebelum memusnahkan bumi.

Di dalam filem ini, kemunculan Kamen Rider kedua masih ada di dalam.Siapa lagi kalau bukan Kamen Rider Birth.

Ini adalah gambar dan trailer yang terbaru untuk dipaparkan.
















Khamis, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua followers yang melayari laman blog saya. Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan bersinar dan bagi mereka yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya bak kata pepatah, Biar Lambat Asalkan Selamat.

Kalau nak balik kampung naik kereta/motor, periksa dulu segala enjin,minyak dan tayar pastikan semuanya dalam keadaan baik untuk meneruskan perjalanan sampai ke kampung.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !!!

Sabtu, September 04, 2010

SUPER SENTAI GALLERY OF THE DAY:HIMITSU SENTAI GORANGER

Siri Super Sentai yang terawal iaitu, Himitsu Sentai Goranger disiarkan pada tahun 1975-1977 mempunyai 84 buah episod disiarkan di saluran NET(sekarang dipanggil TV-Asahi ) Siri ini dihasilkan oleh mendiang Ishinomori Shotarou, pelukis siri Kamen Rider yang menghasilkan telah 2 siri Super Sentai rekaan beliau.

5人揃って、ゴレンジャー! Gonin sorotte, Gorenjā!
"Five People Assembled, GoRanger !
Lima Orang Bersatu, GoRanger !

















My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!