FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Isnin, November 15, 2010

TOKUSATSU MINGGUAN: SUPER SENTAI












Super Sentai adalah siri superhero popular di Jepun. Wataknya agak serupa dengan watak superhero dari Amerika Syarikat, Power Rangers. Dihasilkan oleh Toei Company Ltd., Toei Agency dan Bandai dan disiarkan di TV-Asahi. Perkataan "Sentai" merujuk kepada kamus bermaksud pasukan khas dan ayat ini digunakan semasa Perang Dunia Ke-2. Siri ini turut mempamerkan genre tokusatsu dan kesan khas khususnya untuk kanak-kanak. Siri ini popular bersama dengan siri Kamen Rider, Metal Heroes dan Ultra Series.

Siri Super Sentai bermula dengan penghasilan siri ini oleh mendiang Shotaro Ishinomori(1938-1998) dengan siri Goranger(1975-1977) dan JAKQ(1977).Walau bagaimana pun, pada tahun 1989, kedua-dua siri ini tidak dikira sebagai Siri Super Sentai sehingga pada 1994 apabila kedua-dua siri ini diterima sebagai Siri Super Sentai.

Pada tahun 1979, Toei Company Ltd. memilih untuk bekerjasama dengan Marvel Comics untuk menghasilkan siri tokusatsu yang diadaptasi dari komik popular, Spider-Man yang memaparkan robot gergasi di dalam siri ini. Lantaran itu, mereka menghasilkan siri Super Sentai yang membabitkan usahasama Toei-Marvel yang bertajuk Battle Fever J(1979-1980) yang merupakan siri Super Sentai yang pertama.Kemudian, ia disusuli dengan Denshi Sentai Denjiman(1980-1981) dan Taiyou Sentai Sun Vulcan(1981-1982). Siri ini dihasilkan oleh Saburo Yatsude.

Di Malaysia, siri Super Sentai telah ditayangkan di televisyen pada tahun 1990-an. Antara siri Super Sentai yang disiarkan ialah Choushinsei Flashman(1986-1987) yang disiarkan di TV2 dan disusuli dengan Hikari Sentai Maskman(1987-1988). Kemudian ia dipindahkan ke stesen televisyen swasta, TV3 dengan menyiarkan siri Super Sentai yang berikutnya, Chojin Sentai Jetman(1991-1992). Tetapi lama-kelamaan, ia telahpun menyepi kerana disebabkan munculnya penguasaan siri Power Rangers di stesen televisyen. Tetapi, pada pertengahan tahun 2005, siri Super Sentai telah pun kembali beraksi dengan siri Super Sentai yang lain, Mirai Sentai Timeranger(2000-2001) disiarkan secara beransur-ansur di TV2 dan disusuli dengan siri Hyakuujuu Sentai Gaoranger(2001-2002) dan GouGou Sentai Boukenger(2006-2007). Tetapi, kedua-dua siri ini hanya disiarkan separuh jalan sahaja kerana disebabkan siri Power Rangers masih lagi disiarkan.

Antara siri-siri Super Sentai yang terdahulu hingga kini ialah:

Himitsu Sentai Goranger(1975-1977)
JAKQ Dengeki Tai(1977)
Battle Fever J(1979-1980)
Denshi Sentai Denjiman(1980-1981)
Taiyou Sentai Sun Vulcan(1981-1982)
Dai Sentai Goggle V(1982-1983)
Kagaku Sentai Dynaman(1983-1984)
Choudenshi Bioman(1984-1985)
Dengeki Sentai Changeman(1985-1986)
Choushinsei Flashman(1986-1987)
Hikari Sentai Maskman(1987-1988)
Chojuu Sentai Liveman(1988-1989)
Kosoku Sentai Turboranger(1989-1990)
Chikyu Sentai Fiveman(1990-1991)
Choujin Sentai Jetman(1991-1992)
Kyoryuu Sentai Zyuranger(1992-1993)
Gosei Sentai Dairanger(1993-1994)
Ninja Sentai Kakuranger(1994-1995)
Chouriki Sentai Ohranger(1995-1996)
Gekisou Sentai Carranger(1996-1997)
Denji Sentai Megaranger(1997-1998)
Seijuu Sentai Gingaman(1998-1999)
Kyukyu Sentai Go Go V(1999-2000)
Mirai Sentai Timeranger(2000-2001)
Hyakujuu Sentai Gaoranger(2001-2002)
Ninpuu Sentai Hurricanger(2002-2003)
Bakuryuu Sentai Abaranger(2003-2004)
Tokusou Sentai Dekaranger(2004-2005)
Mahou Sentai Magiranger(2005-2006)
Gougou Sentai Boukenger(2006-2007)
Jyuken Sentai Gekiranger(2007-2008)
Engine Sentai Go-Onger(2008-2009)
Samurai Sentai Shinkenger(2009-2010)
Tensou Sentai Goseiger(2010-2011)
Kaizoku Sentai Gokaiger-2011: AKAN DATANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!