FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Khamis, Februari 23, 2012

KAMEN RIDER X SUPER SENTAI-SUPER HERO WARS IMAGES

DIKEMASKINI:27/2/2012 4:08 PM(GMT+8)


Hari ini kita akan paparkan snapshot imej dari filem terbaru,Kamen Rider X Super Sentai:Super Hero Taisen .Kini pertarungan epik antara Super Sentai dan Kamen Rider telah bermula
 Kamen Rider Decade-Tsukasa Kadoya,ketua DaiShocker dan GokaiRed-Kapten Marvelous,ketua Dai Zangyack
 Kamen Rider Decade VS GokaiRed
 DaiZangyack bersama dengan Kapten Marvelous dan musuh-musuh dari siri Super Sentai terdahulu
 DaiShocker bersama dengan Tsukasa Kadoya dan musuh-musuh serta orang bawahan dari siri Kamen Rider terdahulu(termasuk Narutaki sebagai Doktor G dari Kamen Rider V3)
 DaiZangyack VS Kamen Rider Meteor
 Kamen Rider 1 VS Goggle Five,Megaranger dan Liveman
 ROUND 1:Spade Ace(GokaiRed) VS Kamen Rider Blade(Decade)
 Joe Gibken/Gokai Blue,Daiki Kaito/Kamen Rider Diend,Don Dogoier/Gokai Green dan Hina Izumi dari Kamen Rider OOO
 Musuh dari siri Choudenshi Bioman,Bio Hunter Silva dan sekarang dikenali sebagai Rider Hunter Silva
 Riders Bike:Kamen Rider W,Kamen Rider Kabuto,Kamen Rider Kiva,Kamen Rider 1,Kamen Rider Kuuga dan Kamen Rider Faiz
Super Sentai Team:Liveman,Dekaranger-SWAT Mod,AkaRanger dan Goggle Five

GAMBAR TERBARU !!!



FILEM KAMEN RIDER X SUPER SENTAI:SUPER HERO WARS AKAN DITAYANGKAN PADA 21 APRIL 2012 NANTI !!!!

Rabu, Februari 22, 2012

SIRI BARU:HIKONIN SENTAI AKIBARANGER

DIKEMASKINI 24/2/2012 3:30 PETANG(GMT+8)




Baru-baru ini saya digemparkan dengan sebuah siri baru Super Sentai tapi tidak dikira sebagai wira Super Sentai yang rasmi.Kalau lain tidak bukan ia adalah Hikonin Sentai Akibaranger.Setelah 36 tahun siri Super Sentai bertapak untuk mempertahankan bumi,idea menghasilkan siri Akibaranger adalah bukan parodi tetapi ia adalah siri Super Sentai pertama disasarkan untuk penonton dewasa sahaja(mungkin kerana dikhuatiri mengandungi babak-babak yang kurang sesuai untuk tontonan bawah umur.)






Disamping itu Bandai telah mengeluarkan mainan S.H FiguArts Akibaranger yang akan bakal dipasaran kemudian.Siri Akibaranger akan memulakan tayangan pada 6 April hari Jumaat jam 1:30 Pagi di saluran BS Asahi manakala pada 9 April 2012 hari Isnin jam 1:00 Pagi

Alatan bertukar Akibaranger adalah patung !!!! X-D Sebenarnya ia dipanggil MMZ-01

Pistol dikenali sebagai MMZ-01 Moe Moe Zukyuun


AMARAN:SIRI INI TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR !!!!!!

Ahad, Februari 19, 2012

SIRI BARU:TOKUMEI SENTAI GOBUSTERS(RE-POSTED)

Gobuster title card.png



Hari ini Kaizoku Sentai Gokaiger telahpun melabuhkan tirainya dan kini munculnya siri Super Sentai terbaru iaitu Tokumei Sentai Gobusters dimana siri ini akan memulakan tayangan pada 26 Februari 2012 iaitu minggu hadapan dan akan bergandingan dengan Kamen Rider Fourze menerusi slot Super Hero Time di TV-Asahi.Siri ini mengisahkan berlaku 13 tahun lepas(1999 A.D) dimana komputer mengawal sumber tenaga dipanggil Enerton yang dijangkiti oleh virus yang menghasilkan kuasa jahat dipanggil Messiah yang berhajat untuk mengambil alih manusia dan menghasilkan dunia daripada mesin.Pada masa kini(2012 A.D) , Energy Adminstration Bureau(Biro Pentadbiran Tenaga) menghantar satu pasukan perisikan khas dikenali sebagai GoBusters dan bersama dengan Buddyroids untuk menentang Messiah dan orang bawahan dikenali sebagai Vaglass untuk mengelakkan lagi serangan virus ke dalam Enerton. Adakah GoBusters berjaya melengkapkan misi khas ini ? Saksikan Tokumei Sentai GoBusters pada hari Ahad bermula pada 26 Februari 2012 jam 7:30 Pagi(JST 9+) di saluran TV-Asahi dan anda boleh menonton di aplikasi Key Hole TV di PC dan notebook anda.

Berikut Jadual Waktu Siaran GMT Antarabangsa Untuk Siri Tokumei Sentai Gobusters dan Kamen Rider Fourze untuk pengguna Key Hole TV:

Malaysia,Singapura,Brunei,Filipina :GoBusters-6:30 Pagi dan Kamen Rider Fourze-7:00 Pagi
Indonesia dan Thailand:GoBusters-5:30 Pagi dan Kamen Rider Fourze-6:00 Pagi
Korea Selatan-GoBusters-7:30 Pagi dan Kamen Rider Fourze-8:00 Pagi

SELAMAT JALAN KAIZOKU SENTAI GOKAIGER DAN WIRA-WIRATI SUPER SENTAI

SELAMAT DATANG TOKUMEI SENTAI GOBUSTERS !!!!!


IT'S TIME FOR BUSTERS !!!!!







Ahad, Februari 12, 2012

EPISOD AKHIR KAIZOKU SENTAI GOKAIGER





Akhirnya siri Kaizoku Sentai Gokaiger akan bakal melabuhkan tirainya pada minggu hadapan dan kini Gokaiger berusaha untuk menewaskan ancaman Zangyack oleh Akudosu Gill dan Dyrandoh dengan menggunakan Super Sentai Ranger Key walaupun tidak menggunakan GokaiOh dan GoJyuJin dan bonus penampilan cameo terakhir untuk episod kali ini adalah Aka Ranger(Kaijou Tsuyoshi)dari GoRanger.Adakah Gokaiger berjaya menumpaskan Zangyack atau sebaliknya,nantikan kesudahan dalam episod terakhir Kaizoku Sentai Gokaiger pada minggu hadapan !!!!!

Jumaat, Februari 10, 2012

KAMEN RIDER X SUPER SENTAI:SUPER HERO WARS 2ND TRAILER & POSTER

Ini adalah trailer 40 saat filem Kamen Rider X Super Sentai:Super Hero Wars serta trailer 15 saat filem yang sama.Filem Kamen Rider X Super Sentai:Super Hero Wars mengisahkan 2 superhero iaitu Gokaiger dan Kamen Rider Decade dimana Kapten Marvelous/Gokai Red menyertai Dai Zangyack dalam usaha mengambil Kamen Rider Grand Power manakala Tsukasa Kadoya menjadi ketua Dai Shocker dalam usaha merekut Kamen Riders untuk menghapuskan Super Sentai.Saksikan filem Kamen Rider X Super Sentai:Super Hero Wars akan bakal ditayangkan pada 21 April 2012 nanti !!!!






Khamis, Februari 09, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRASEVEN X(2007)

Ultraseven X aka ULTRASEVEN X adalah siri Ultra ke-18 dan mempunyai 12 buah episod bermula pada 5 Oktober 2007 sehingga 21 Disember 2007.Siri ini adalah remake daripada siri asal UltraSeven pada tahun 1967-1968 sempena ulangtahun siri Ultraseven ke-40 dan selain itu siri ini adalah siri Ultra pertama dikhususkan kepada penonton dewasa dan disiarkan dalam format skrin HD dan ia disiarkan pada jam 2:25 pagi di TBS dan 2:15 pagi di CBC-TBS

Bentuk Manusia:Jin
Ultraman:ULTRASEVEN X
Alatan Bertukar:Ultra Eyes
Planet:Nebula M78










ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN MEBIUS(2006-2007)

 Ultraman Mebius adalah siri Heisei Ultra ke-7 dan merupakan siri Ultra ke-18 bersempena dengan ulangtahun siri Ultraman ke-40 dan siri ini mempunyai 50 buah episod bermula pada 8 April 2006 sehingga 31 Mac 2007 menerusi saluran CBC-TBS manakala tahun seterusnya siri ini dihasilkan dalam versi Gaiden dan dikeluarkan dalam format DVD.Siri ini juga turut menampilkan pelakon veteran-veteran siri Ultraman bermula dengan siri Ultraman(1966) sehingga Ultraman 80(1980) kembali muncul di siri tersebut.Berbeza dengan siri terdahulu iaitu Ultraman Nexus dan Ultraman Max,siri ini disiarkan pada sebelah petang pada hari Sabtu jam 5:30 petang.Di Malaysia,siri ini pernah disiarkan di TV2 pada tahun 2010

Bentuk Manusia:Mirai Hibino
Ultraman:Ultraman Mebius
Alatan Bertukar:Mebius Brace
Planet:Nebula M78

Bentuk Manusia:Kazuya Serizawa/Ryu Aihara(episod 49-50)
Ultraman:Ultraman Hikari
Alatan Bertukar:Knight Brace
Planet:Aabu/Nebula M78















My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!