FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Sabtu, Disember 31, 2011

ULTRAMAN OF THE WEEK:THE RETURN OF ULTRAMAN(1971-1972)

The Return Of Ultraman adalah siri Ultra ketiga selepas 3 tahun UltraSeven disiarkan.Mempunyai 51 buah episod bermula pada 21 April 1971 hingga 31 Mac 1972 disiarkan menerusi saluran TBS.Pada tahun 1984 ia dikenali sebagai Ultraman Jack berikutan isu lesen selepas Tsuburaya dan Bandai membuat satu pertandingan untuk kanak-kanak mengambil nama baru Ultraman dan ia merupakan watak Ultraman pertama yang tidak menggunakan alatan bertukar.Rekabentuk Ultraman Jack berbeza daripada Ultraman cuma ia dari segi berlainan sut.






Jumaat, Disember 30, 2011

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRASEVEN(1967-1968)

UltraSeven adalah siri Ultra kedua selepas Ultraman dan mempunyai 49 buah episod namun kemudian menjadi *48 buah episod dan disiarkan pada 1 Oktober 1967 hingga 8 September 1968 menerusi saluran TBS.UltraSeven dianggap sebagai siri Ultra yang paling terbaik sepanjang zaman namun rekabentuk UltraSeven dimana Color Timer diletakkan di dahi UltraSeven bukannya di dada.Beberapa tahun kemudian,UltraSeven disiarkan dalam versi remake iaitu UltraSeven X

Bentuk Manusia:Moroboshi Dan
Planet:M78
Ultraman:UltraSeven
Alatan bertukar:Ultra Eyes






(*Episod 12 UltraSeven-From Another Planet With Love telah diharamkan di Jepun gara-gara makhluk yang digambarkan sebagai makhluk yang cacat akibat kesan sinaran radioaktif yang dibimbangi akan menyinggung perasaan sensitiviti terhadap mangsa bom nuklear yang terselamat ketika Perang Dunia Ke-2 namun episod ini tetap disiarkan di beberapa buah negara yang lain kecuali Jepun)

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN(1967-1968)

Ultraman adalah sebuah siri Ultra pertama yang juga merupakan penampilan watak Ultra yang sulung dan disiarkan selepas siri Ultra Q(dimana tiada watak Ultraman)dan mempunyai 39 buah episod dimana ia disiarkan pada 17 Julai 1966 sehingga 9 April 1967 menerusi saluran TBS.Meskipun sudah 45 tahun disiarkan,siri Ultraman terus menjadi popular sehingga kini.

Bentuk Manusia:Hayata Shin
Ultraman:Ultraman
Planet:Nebula M78
Alatan bertukar:Beta Capsule





Ahad, Disember 25, 2011

SIRI BARU:TOKUMEI SENTAI GOBUSTERS

Hello dan selamat menyambut hari Krismas kepada fans toku yang beragama Kristian,hari ini saya akan memperkenalkan siri baru Super Sentai untuk edisi 2012-2013 iaitu Tokumei Sentai GoBusters.Siri ini akan bakal membuka tirai pada 26 Februari 2012 untuk menggantikan siri Kaizoku Sentai Gokaiger yang berkemungkinan akan tamat pada 19 Februari 2012 dan ia bersama dengan Kamen Rider Fourze menerusi slot Super Hero Time di TV-Asahi.Watak ini akan membuat penampilan cameo di dalam filem Kaizoku Sentai Gokaiger VS Uchuu Keiji Gavan(Polis Angkasa Gaban)pada 21 Januari nanti untuk menyaksikan mereka menentang Basco To Joloika.





Khamis, Disember 22, 2011

TOKUSATSU MINGGUAN-ULTRAMAN

Helo semua sudah sebulan lebih saya tidak bersama dengan anda tidak mengapa kali ini tokusatsu mingguan pada hari ini ialah Ultraman.Mungkin anda kenal siri ini sejak dari kecil lagi dengan lelaki gergasi merah perak dengan serangan laser .Namun sekarang kita sukar mencari bahan-bahan media mengenai Ultraman mungkin ia disebabkan kes hakcipta antara Tsuburaya-Chaiyo yang berlarutan.Tidak mengapa teruskan bersama kami untuk mengetahui info Ultraman selanjutnya.







Antara siri-siri dan filem Ultraman yang ada sehingga sekarang:

Ultra Q(1964)-ketika itu tiada lagi watak Ultraman
Ultraman(1966-1967)
Ultra Seven(1967-1968)
Ultraman Jack aka The Return Of Ultraman(1971-1972)
Ultraman Ace(1972-1973)
Ultraman Taro(1973-1974)
Ultraman Leo(1974-1975)
Ultraman Jonias aka The Ultraman(1979-1980)-siri animasi Ultraman pertama
Ultraman 80(1980-1981)
Ultraman USA aka Ultraman:The Adventure Begins(1989)-siri animasi Ultraman dari Amerika
Ultraman Great aka Ultraman: Towards The Future(1990)-siri Ultraman dari Australia
Ultraman Powered aka Ultraman: The Ultimate Hero(1993)-siri remake Ultraman dari Amerika
Ultraman Zearth(1996)filem Ultraman sempena ulangtahun siri Ultra ke-30
Ultraman Tiga(1996-1997)
Ultraman Dyna(1997-1998)
Ultraman Gaia(1998-1999)
Ultraman Nice(1999)-siri CM Ultraman
Ultraman Neos(2000-2001)-siri OVA Ultraman
Ultraman Cosmos(2001-2002)siri Ultraman terpanjang
Ultra Q-Dark Fantasy-drama bersiri remake Ultra Q
Ultraman Nexus(2004-2005)
Ultraman:The Next aka ULTRAMAN(2004)
Ultraman Max(2005-2006)
Ultraman Mebius(2006-2007)siri Ultraman sempena ulangtahun ke-40
Ultra Seven X(2007) -Siri Ultra pertama untuk tontonan dewasa
Ultra Galaxy Daikaiju Battle(2007-2008)
Ultra Galaxy Daikaiju Battle NEO(2008-2009)-sekuel dari siri sebelumnya
Ultra Galaxy Daikaiju Battle The Movie(2009)-filem yang menampilkan Ultraman Zero
Ultraman Zero The Movie-Super Great Battle Of Galaxy Belial Empire(2010)
Ultraman Retsuden(2011)-dokumentari sempena Ulangtahun siri Ultraman ke-45
Ultraman Saga(2012)-filem terbaru Ultraman menampilkan bentuk manusia baru Ultraman Zero,Ultraman Saga dan pasukan Team U dari kumpulan AKB48

Isnin, Disember 05, 2011

COMING SOON:SUPER SENTAI VS KAMEN RIDER-SUPER HERO TAISEN(2012)

Semalam saya dapat berita yang amat mengejutkan semua fans Kamen Rider dan Super Sentai,bahawa filem yang menggabungkan Kamen Rider dan Super Sentai akan ditayangkan pada Mei 2012 dan tajuk filem tersebut ialah Super Sentai VS Kamen Rider:Super Hero Taisen.Antara pelakon yang disahkan dalam filem ini ialah Masahiro Inoue sebagai Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade,Ryota Ozawa sebagai Kapten Marvelous,Rina Akiyama sebagai Naomi,Kenjiro Ishimaru sebagai Owner dan Momotaros.Bilangan watak yang terlibat dalam filem akan datang ialah 240(200 Super Sentai dari Goranger hingga Gobuster-siri Super Sentai terbaru ke-36) dan 40 Kamen Rider(28 Kamen Rider Utama+12 Kamen Rider Kedua).Sepatutnya ia dinamakan Decade VS Gokaiger kerana Kamen Rider Decade dan Gokaiger adalah watak utama dalam filem ini.

Apapun kita tunggu dan lihat pada tahun hadapan.....

Yesterday,I got a shocking news for all Kamen Rider Fans and Super Sentai fans that the film which combination between Kamen Rider and Super Sentai will be premier in cinema on May 2012 and the title of this film is Super Sentai VS Kamen Rider:Super Hero Taisen.The cast will confirmed in this film is Masahiro Inoue as Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade,Ryota Ozawa as Captain Marvelous/Gokai Red,Rina Akiyama as Naomi,Kenjirou Ishimaru as Owner and Momotaros, The numbers of character involved in this film is 240(200 Super Sentai from Goranger-Gobuster-the upcoming newest 36 Super Sentai Series) and 40 Kamen Rider(28 Main Kamen Rider + 12 Secondary Kamen Rider).Actually it was named Decade VS Gokaiger because Kamen Rider Decade and Gokaiger as a main character in this film.

Anyway,we will wait and see on the next year

Khamis, Oktober 27, 2011

COMING SOON:KAIZOKU SENTAI GOKAIGER VS GAVAN

Perhatian Kepada Fans Gaban !!!!, kami akan uar-uarkan filem terbaru,Kaizoku Sentai Gokaiger VS Uchuu Keiji Gavan dimana kita lihat sebelum ini bahawa perancangan untuk menghasilkan filem team up sempena ulangtahun siri Metal Heroes Ke-30 hanyalah khabar angin tetapi ia telah menjadi realiti dimana Gokaiger bersama dengan Gavan (serta sebahagian wira Metal Hero seperti Space Sherrif dan lain-lain) tetapi tarikh tayangan belum lagi diumumkan dan diharap kepada fans Gaban anda perlu bersabar..............

GABAN Z POTONG 2 !!!!!!!!!!!!!

KAMEN RIDER X KAMEN RIDER-FOURZE & OOO:MOVIE WARS MEGAMAX NEWEST PICTURE


Filem Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO-MOVIE WARS MEGAMAX akan bakal ditayangkan pada 10 Disember 2011 dan kami siarkan 3 gambar terbaru seperti dibawah:


Kamen Rider Aqua(KAMEN RIDER BARU !!!)
-Kali ini Miharu/Kamen Rider Poseidon menjadi Kamen Rider Aqua

12 Kamen Riders Bersatu !!!(Kiri-Riderman,Kamen Rider Amazon,Kamen Rider Stronger,Kamen Rider Nadeshiko,Kamen Rider Fourze,Kamen Rider OOO,Kamen Rider W, Kamen Rider Aqua,Kamen Rider 1,Kamen Rider 2 dan Kamen Rider V3
Bawah-Phillip & Shotaro Hidari(Kamen Rider W),Gentaro Kisaragi(Kamen Rider Fourze) dan Hino Eiji(Kamen Rider OOO) HENSHIN !!!!



Kamen Rider Fourze dan Kamen Rider Nadeshiko melakukan serangan team up dengan menggunakan Rocket Punch !!
Kanan-Museum (Dopant) dan Greeed kembali (selain Zodiarts)!!!

FILEM KAMEN RIDER X KAMEN RIDER-FOURZE & OOO MOVIE WARS MEGAMAX AKAN DITAYANGKAN PADA 10 DISEMBER 2011(JEPUN) !!

Jumaat, Oktober 14, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-FEMALE KAMEN RIDER


Helo sudah lama saya tidak menulis topik ini, tidak mengapa hari ini saya akan rungkaikan topik tentang watak Kamen Rider perempuan pula...Mungkin anda kena fikir 2 kali siapakah Kamen Rider Perempuan Pertama sama ada dari Showa atau Heisei sama-sama kita saksikan....


Electro Human Wave Tackle(siri Kamen Rider Stronger-1975)
-Merupakan rakan seperjuangan Kamen Rider Stronger.Motif beliau adalah kumbang kura-kura
-Di episod 30,Electro Human Wave Tackle dibunuh oleh Doktor Kate apabila beliau mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Shigeru daripada diracun.
-Di dalam filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010,watak Electro Human Wave Tackle dilakonkan oleh Alice Hirose sebagai Yuriko Misaki versi Another Rider World Tackle

Kamen Rider Femme(filem Kamen Rider Ryuki:EPISODE FINAL-2002)
-Merupakan Kamen Rider wanita pertama dalam era Heisei dan dilakonkan oleh Natsuki Katou sebagai Miho Kirishima
-Berbeza daripada Kamen Rider Knight, motif utama beliau adalah swan dan cara pertempuran berlainan daripada Kamen Rider Knight
-Beliau berjaya membunuh Kamen Rider Ouja sebagai membalas dendam terhadap kematian kakaknya dan mati dibunuh oleh Kamen Rider Ryuga

Kamen Rider Larc(filem Kamen Rider Blade:MISSING ACE-2004 dan siri Kamen Rider Decade-2009)
-Identiti beliau adalah Natsumi Miwa(dilakonkan oleh Yoko Mitsuya)
-Merupakan Rider Generasi Baru yang diusahakan oleh BOARD untuk menangkap Undead yang
dilepaskan oleh Albino Joker
-Dibunuh oleh Albino Joker selepas Undead Kategori King dilepaskan
-Di dalam siri Kamen Rider Decade(2009), Beliau menggunakan nama sebagai Haruka Miwa(apabila Kamen Rider Decade menjelajah dunia Diend)


Kamen Rider Shuki(siri Kamen Rider Hibiki-2005)
-Merupakan Kamen Rider wanita yang muncul di TV dan membuat penampilan di 2 episod
-Merupakan bekas Oni Kamen Rider dan usia sebenar beliau adalah 80 tahun tetapi menggunakan kuasa tersendiri mengubah beliau kepada usia 30 tahun
-Beberapa tahun kemudian setelah kembali ke medan pertempuran, beliau mencuri Oni no Yoroi untuk menentang Oni atas arahan untuk mencuri peralatan Henshin daripada mereka untuk mengembalikan semula beliau menjadi Oni Kamen Rider dan menewaskan N
otsugo sekali lagi tetapi ditangkap oleh Notsugo sebelum beliau mengorbankan dirinya dan kemudian raksasa Notsugo ditewaskan oleh Kamen Rider Zanki dan akhirnya Shuki mati.Shuki meminta Zanki satu permintaan untuk menghargai Shuki dengan menutup muka dengan bunga agar tiada sesiapa melihat identiti sebenar beliau.Dilakonkan oleh Reiko Kataoka


Kamen Rider Amaki a.k.a Transformed Akira(siri Kamen Rider Hibiki-2005 dan siri Kamen Rider Decade-2009)
-Identiti sebenar Amaki adalah Amai Akira(dilakonkan oleh Nana Akiyama)
-Didalam siri Kamen Rider Hibiki, Akira menggunakan Henshin Onteki untuk bertukar menjadi Transformed Akira tetapi gagal kemudian pada tahun 2009, beliau mencuri Henshin Onteki Ibuki untuk bertukar menjadi Kamen Rider Amaki(Heavenly Demon aka Hantu Syurga)
-Berbeza daripada Kamen Rider Ibuki, serangan mutlak adalah sama dan sut Kamen Rider Amaki adalah sama seperti Kamen Rider Ibuki
-Di dalam episod 30(Dunia Perang Rider) ketika 9 dunia Kamen Riders dalam keadaan huru-hara ,Kamen Rider Amaki dibunuh oleh Kamen Rider Saga dalam pertempuran antara Dunia Hibiki dan Dunia Kiva bersama Fangire tetapi dihidupkan semula selepas kematian Tsukasa
Kadoya/Kamen Rider Decade Fury Form didalam filem Kamen Rider Movie War 2010 segmen Kamen Rider Decade-FINAL CHAPTER

Kamen Rider Kivala(filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade MOVIE WAR 2010-2009)
-Identiti beliau adalah Hikari Natsumi(dilakonkan oleh Kanna Mori)
-Beliau bertukar dengan menggunakan Kivala Belt tetapi tidak berbeza dengan Kamen Rider Kiva kerana tidak menggunakan wisel dan gigitan untuk bertukar.
-Beliau telah membunuh Kamen Rider Decade(Violent Emotion) untuk menghentikan kemusnahan dunia Kamen Rider (apabila ia diarahkan oleh Narutaki) dan kemudian bersama dengan Diend,Decade dan Kuuga untuk menentang Super Shocker.

Kamen Rider Nadeshiko(filem terbaru Kamen Rider,Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO Movie War Megamax-10 Disember 2011)
-Merupakan Kamen Rider wanita terbaru didalam filem Kamen Rider terbaru yang akan ditayangkan pada Disember 2011
-Dilakonkan oleh Erina Mano sebagai Misaki Nadeshiko (Hello ! Project)

Jumaat, Oktober 07, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER:THE NEXT(2007)

Kamen Rider:The Next adalah filem remake Kamen Rider kedua dan merupakan sekuel daripada siri sebelumnya,Kamen Rider:The First(2005).Filem ini membawa elemen dari siri TV Kamen Rider V3 serta filem ini diarahkan oleh Ryuta Tasaki dan penulis skrin Toshiki Inoue.Filem Kamen Rider The Next ditayangkan pada 27 Oktober 2007 .Dibintangi oleh Kazuki Kato(Kamen Rider Kabuto) bersama dengan Masaya Kikawada dan Hassei Takano.Filem ini dikelasifikasi sebagaiPG-12 oleh Eirin(Bimbingan ibu bapa/orang dewasa disyorkan untuk penonton dibawah umur 12 tahun-mengandungi tahap ganas yang sederhana dan ketelanjangan yang jelas) tetapi pendapat saya di Malaysia filem ini dikelasifikasi sebagai PG-13(mungkin penggunaan kelasifikasi U di dalam filem ini adalah kekal)








COMING SOON: KAMEN RIDER X KAMEN RIDER-FOURZE & OOO:MOVIE WAR MEGAMAX


Kamen Rider Movie Wars MEGAMAX Poster Revealed!

Erina Mano(Hello ! Project) sebagai Misaki Nadeshiko/Kamen Rider Nadeshiko

Kamen Rider × Kamen Rider Fourze & OOO: Movie Wars MEGAMAX

Kamen Rider W kembali lagi daa........

Kamen Rider Poseidon VS Kamen Rider Proto-Birth

Kamen Rider Poseidon




Filem Kamen Rider Movie Wars berterusan lagi dan kali ini Kamen Rider Fourze bergandingan dengan Kamen Rider OOO di dalam filem team-up terbaru Kamen Rider, Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO-MOVIE WARS MEGAMAX dimana filem ini akan bakal ditayangkan pada 10 Disember 2011. Segmen filem Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Fourze diarahkan oleh Koichi Sakamoto.

Filem Kamen Rider Movie War Megamax menampilkan 7 Kamen Rider Showa(dari Kamen Rider 1 sehingga Kamen Rider Stronger) sebagai penghargaan sempena ulangtahun Siri Kamen Rider Ke-40 serta penampilan semula Kamen Rider W di dalam filem ini . Selain itu, 2 Kamen Rider baru turut ditampilkan dalam filem ini antaranya Kamen Rider Poseidon dan Kamen Rider Nadeshiko.

Filem Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO-MOVIE WAR MEGAMAX bakal ditayangkan pada 10 Disember 2011 !!!

Sabtu, Oktober 01, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER:THE FIRST(2005)

Kamen Rider:The First adalah filem tokusatsu Jepun.Filem ini telah diadaptasi dari siri asal Kamen Rider dimana terdapat perbezaan antara siri TV dengan filem.Filem ini telah ditayangkan pada 5 Disember 2005 dan filem ini dibintangi oleh Masaya Kikawada(Battle Royale Requiem) sebagai Hongo Takeshi dan Hassei Takano(Ultraman Gaia,Kamen Rider Ryuki) sebagai Ichimonji Hayato serta Hiroshi Miyauchi(Kamen Rider V3,GoRanger,JAKQ,Winspector,Solbrain,Exceedraft,OhRanger) sebagai Tachibana Tobei.Selepas filem Kamen Rider:The First ditayangkan,sebuah filem sekuel ditayangkan iaitu Kamen Rider:The Next(2007)











My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!