FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Sabtu, Januari 28, 2012

KAMEN RIDER X SUPER SENTAI:SUPER HERO WARS NEW IMAGES

Filem yang amat dinanti-nantikan untuk peminat Kamen Rider dan Super Sentai iaitu Kamen Rider X Super Sentai:Superhero Wars dan imej terbaru telah didedahkan.

Filem Kamen Rider X Super Sentai:Superhero Wars menandakan kembalinya Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade ke pangkuan DaiShocker bersama musuh terbaru,Doktor G(dari Kamen Rider V3) dan mereka sedang merekut Kamen Riders manakala Kapten Marvelous/Gokai Red(dari Gokaiger) dengan DaiZangyack diikuti oleh Chimatsuri Doukou(Shinkenger),The Savior Of Brajira(Goseiger),Walz Gill dan Ackdos Gill(Gokaiger) dan Kamen Rider Fourze bersama dengan watak Super Sentai ke-36,Tokumei Sentai Gobusters





Filem KAMEN RIDER X SUPER SENTAI:SUPER HERO WARS akan ditayangkan pada 21 April 2012

Khamis, Januari 26, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN NEXUS(2004-2005)

Ultraman Nexus adalah siri Heisei Ultra ke-5 selepas Ultraman Cosmos dan mempunyai 37 buah episod(termasuk 2 episod tambahan:Episod 29 DC dan Episod EX) bermula pada 2 Oktober 2004 hingga 25 Jun 2005 menerusi saluran CBC-TBS.Tidak seperti siri Ultra terdahulu,jalan cerita siri Ultraman Nexus lebis serius,gelap dan seram dan asal siri ini memfokuskan kepada penonton dewasa namun terlebih dahulu ia dikhususkan kepada penonton kanak-kanak dan uniknya siri ini disiarkan dalam dua waktu berlainan iaitu hari Sabtu jam 7:30 pagi dan 3 bulan siri ini tamat ia disiarkan semula pada hari Selasa jam 2:30 pagi.Di Malaysia siri ini pernah disiarkan di TV3 pada akhir tahun 2006.

Bentuk Manusia:Jun Himeya(Generasi ke-2),Ren Senjyu(Generasi Ke-3),Saijou Nagi(Generasi Ke-4 namun sementara),Komon Kazuki(Generasi Akhir)
Ultraman:Ultraman Nexus
Alatan Bertukar:Evoltruster
Planet:tidak diketahui














ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN aka ULTRAMAN:THE NEXT(2004-filem)

ULTRAMAN aka Ultraman:The Next adalah sebuah filem Ultraman dan eksperimen projek Ultra N Project dan filem ini menampilkan Ultraman dengan kod nama:The Next dan filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2004.Seperti siri sebelumnya,jalan cerita filem ini lebih serius dan gelap dan ia sesuai ditonton untuk semua peringkat usia sama ada dewasa dan kanak-kanak.Ultraman The Next adalah generasi pertama Ultra N Project bersama dengan Ultraman Nexus(kemudian dihasilkan dalam versi siri TV) dan Ultraman Noa(muncul di episod akhir Ultraman Nexus)

Bentuk Manusia:Tetsuya Maki(generasi pertama Deunamisto)
Alatan bertukar:tiada
Ultraman:Ultraman aka The Next
Planet:tidak diketahui








Isnin, Januari 23, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN COSMOS(2001-2002:Siri TV & 2002-2003:Filem)

Ultraman Cosmos adalah siri Heisei Ultra Ke-4 dan siri Ultra ke-16 serta merupakan ulangtahun siri Ultraman Ke-35.Siri ini mempunyai 65 episod bermula pada 7 Julai 2001 sehingga 28 September 2002 dan merupakan siri Ultra pertama mempunyai episod terpanjang dan disiarkan menerusi saluran MBS-TBS.Sepanjang siri ini disiarkan, kontroversi telah berlaku apabila pelakon yang memegang watak sebagai Musashi Haruno, Sugiura Taiyou ditahan polis atas kesalahan jenayah namun dibebaskan kerana kekurangan bahan bukti.Berikutan itu,Tsuburaya dan TBS telah menarik balik sebahagian episod Ultraman Cosmos(Episod 50,52,54,56 dan 58) dan kemudian diedarkan dalam format DVD.Di Malaysia siri ini ditayangkan di NTV7 pada tahun 2004 sehingga 2007 dan kemudian disiarkan semula di Astro Ceria pada tahun 2011.

Bentuk Manusia:Musashi Haruno
Ultraman:Ultraman Cosmos
Alatan Bertukar:Cosmo Pluck
Planet:tidak diketahui

Bentuk Manusia:Julie(dalam filem ketiga Ultraman Cosmos)
Ultraman:Ultraman Justice
Alatan Bertukar:JustLancer
Planet:tidak diketahui














Isnin, Januari 16, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN NICE(1999)

Ultraman Nice adalah sebuah spin off siri Ultra.Disiarkan dalam bentuk iklan satu minit semasa Ultraman Tiga ditayangkan semula dan iklan ini memaparkan produk Ultraman daripada keluaran Bandai dan iklan ini disiarkan sebanyak 40 buah episod iklan pada 20 Oktober 1999 hingga 28 September 2000

Bentuk Manusia:Ginga Yumeboshi
Ultraman:Ultraman Nice
Alatan Bertukar:Nice Dreamer
Planet:Toy-1 Planet






ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN GAIA(1998-1999)

Ultraman Gaia adalah siri Ultra ke-14 dan siri Heisei Ultra ketiga dan mempunyai 51 buah episod bermula pada 5 September 1998 sehingga 28 Ogos 1999 menerusi saluran MBS-TBS.Siri ini agak berbeza daripada siri sebelumnya,Ultraman Tiga dan Ultraman Dyna dan siri ini juga menampilkan watak Ultraman sampingan iaitu Ultraman Agul.Di Malaysia siri ini pernah disiarkan di NTV7 pada tahun 2002 dan disiarkan semula di Astro Ceria(saluran 611) pada tahun 2009.

Bentuk Manusia:Gamu Takayama
Ultraman:Ultraman Gaia
Alatan Bertukar: Esplander
Planet:tidak diketahui

Bentuk Manusia:Hiroya Fujimiya
Ultraman:Ultraman Agul
Alatan Bertukar:Agulator
Planet:Tidak diketahui












ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN DYNA(1997-1998)

Ultraman Dyna adalah siri Heisei Ultra kedua dan siri Ultra ke-13 selepas Ultraman Tiga dan mempunyai 51 buah episod bermula pada 6 September 1997 sehingga 29 Ogos 1998 menerusi saluran MBS-TBS.Siri ini merupakan sekuel dari siri sebelumnya,Ultraman Tiga dimana pelakon dari siri Ultraman Tiga membuat penampilan dalam siri ini.Di Malaysia siri ini pernah disiarkan di NTV7 pada tahun 2001 dan disiarkan semula di Astro Ceria(saluran 611) pada tahun 2008.

Bentuk Manusia:Shin Asuka
Ultraman:Ultraman Dyna
Alatan Bertukar:Reflasher
Planet:tidak diketahui tetapi beliau tinggal di Nebula M78









Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!