FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Memuatkan ...

Sabtu, Mac 05, 2011

SEJARAH RINGKAS TOKUSATSU BAHAGIAN 1-KAMEN RIDER



OK hari ini kami akan menceritakan sedikit tentang sepintas masa tentang tokusatsu dan pada hari ini kami akan membuka cerita tentang sejarah kronologi masa tentang Kamen Rider :



EVOLUSI SIRI KAMEN RIDER PADA ERA SHOWA:

Kamen Rider 1 (new) - episodes 53-98 and second movie
April 1971-Kamen Rider mula ditayangkan

Julai 1971-Filem Kamen Rider pertama iaitu Go Go Kamen Rider(diadaptasi dari episod 13 Kamen Rider) ditayangkan

Kamen Rider 2 (new)
Julai 1971-Kamen Rider 2 muncul dalam episod 14 Kamen Rider(ketika itu Hongo Takeshi/Kamen Rider 1 meninggalkan Jepun untuk menghapuskan Shocker cawangan antarabangsa)

Double Riders: Kamen Riders 2 and 1

Februari 1972-Episod 40 dan 41 di dalam siri Kamen Rider dimana Kamen Rider 1 dan Kamen Rider 2 bersatu dikenali sebagai Double Riders(rating untuk siri Kamen Rider terus meningkat)

Mac 1972-Filem kedua Kamen Rider iaitu Kamen Rider VS Shocker ditayangkan di pawagam

Julai 1972-Filem ketiga Kamen Rider iaitu Kamen Rider VS Ambassador Hell a.k.a Jigoku Taishi ditayangkan

Kamen Rider V3
Februari 1973-Kamen Rider V3 ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider(siri Kamen Rider ditayangkan sepanjang 3 tahun dengan 98 buah episod dan merupakan siri Kamen Rider terpanjang)

Mac 1973-Filem Kamen Rider V3(diadaptasi dari episod 2 Kamen Rider V3) ditayangkan

Julai 1973-Filem Kamen Rider V3 VS Destron Monster ditayangkan

Riderman
Disember 1973-Riderman, Kamen Rider ke-4 muncul dalam siri Kamen Rider V3 episod43(penampilan watak Kamen Rider pertama tanpa menjalani pengubahsuaian manusia)

Kamen Rider X
Februari 1974-Kamen Rider X ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider V3(merupakan watak Kamen Rider yang boleh menyelam dalam dasar laut)

Mac 1974-Filem Kamen Rider X(diadaptasi dari episod 3 Kamen Rider X) ditayangkan

Julai 1974-Filem Kamen Rider X:5 Riders VS King Dark ditayangkan(kemudian diadaptasi dalam versi Thailand di mana Hanuman,dewa Hindu ditampilkan dalam filem adaptasi ini dan ia dikenali sebagai Hanuman & The Five Riders dalam bahasa Thai:หนุมาน พบ 5 ไอ้มดแด)

Kamen Rider Amazon
Oktober 1974-Kamen Rider Amazon ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider X(menggunakan motif serangga dan ikan piranha dalam sut Kamen Rider Amazon)

Mac 1975-Filem tunggal Kamen Rider Amazon ditayangkan seminggu sebelum episod terakhir Kamen Rider Amazon ditayangkan (diadaptasi dari episod 16 Kamen Rider Amazon)
Kamen Rider Stronger
April 1975-Kamen Rider Stronger disiarkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Amazon (merupakan watak Kamen Rider pertama menggunakan motif kumbang badak sebelum Kamen Rider Kabuto)

Disember 1975-Siri Kamen Rider Stronger tamat dan menyepi seketika selama 4 tahun kemudian
SkyriderSkyrider
Oktober 1979-New Kamen Rider a.k.a Skyrider disiarkan selepas 4 tahun menyepi(merupakan
watak Kamen Rider pertama yang boleh terbang)

Mac 1980-Filem Skyrider:8 Riders VS Galaxy King ditayangkan

Kamen Rider Super-1
Oktober 1980-Kamen Rider Super 1 ditayangkan selepas tamatnya siri Skyrider(siri Kamen Rider Super 1 begitu popular di Indonesia pada tahun 1995)

Mac 1981-Filem Kamen Rider Super 1 ditayangkan

Oktober 1981-Kamen Rider Super 1 tamat

Kamen Rider ZX
Januari 1984-Kamen Rider ZX a.k.a Birth of The 10th !! Kamen Riders All Together ditayangkan di kaca televisyen(Disebabkan daripada sokongan peminat, maka Kamen Rider ZX dihasilkan) dan ia diberhentikan sementara sehingga tahun 1987

light house keeper, Bad Agent, Yuki, Joji; Riderman; Daimon, Yutaka
April 1986-Yamaguchi Akira(yang memegang watak sebagai Yuuki Jouji/Riderman) meninggal dunia pada usia 39 tahun(penampilan terakhir beliau adalah dalam siri TV khas, Birth of The 10th! Kamen Riders All Together)


Kamen Rider Black
Oktober 1987-Siri Kamen Rider BLACK ditayangkan(merupakan watak Kamen Rider pertama tanpa menggunakan skarf dan begitu popular di Filipina, Malaysia-dikenali sebagai Satria Baja Hitam a.k.a SBH dalam Bahasa Malaysia, Indonesia-dikenali sebagai Ksatria Baja Hitam a.k.a KBH dalam Bahasa Indonesia dan Brazil-dikenali sebagai Black Kamen Rider dalam bahasa Portugis Brazil dan watak antogonis Kamen Rider,Shadow Moon ditampilkan buat pertama kali)

Mac 1988-Filem Kamen Rider BLACK:Hurry To Onigashima ditayangkan

Julai 1988-Filem kedua Kamen Rider Black iaitu Kamen Rider BLACK: Terryfying !! The Phantom House Of Devil Pass ditayangkan

Black RX
Oktober 1988-Kamen Rider BLACK RX disiarkan selepas tamatnya Kamen Rider BLACK(merupakan sambungan untuk siri Kamen Rider BLACK dimana Kurata Tetsuo sebagai Minami Kotaro ditamplikan sekali lagi dalam siri sekuelnya dan beberapa tahun kemudian ia diadaptasi dari versi Amerika iaitu Masked Rider dan juga merupakan siri Kamen Rider terakhir dalam era Showa dan pertukaran bentuk diperkenalkan buat pertama kali)

Januari 1989-Episod 11 Kamen Rider BLACK RX ditangguhkan selama seminggu berikutan kemangkatan pemerintah Empayar Showa

September 1989-Kamen Rider BLACK RX tamat secara rasmi dan siri Kamen Rider dihentikan seketika sehingga tahun 2000

Shin Kamen Rider
Februari 1992-Sebuah video filem, Shin Kamen Rider:PROLOGUE ditayangkan dalam format V-Cinema(merupakan filem Kamen Rider pertama yang dikhususkan untuk tontonan dewasa kerana terdapat banyak babak ganas dan darah yang banyak dan juga ia bukannya Kamen Rider kerana disebabkan penampilan seperti tidak mempunyai tali pinggang, tidak memakai topeng dan tidak boleh menunggang motosikal

Kamen Rider ZO
April 1993-Filem Kamen Rider ZO ditayangkan

Kamen Rider J
April 1994-Filem Kamen Rider J ditayangkan(merupakan watak Kamen Rider pertama yang bertukar saiz menjadi gergasi dan inspirasinya datang daripada sebuah video khas iaitu Ultraman VS Kamen Rider dimana Kamen Rider 1 bertukar menjadi gergasi)

Tachibana, Tobei
Ogos 1996-Akiji Kobayashi(yang memegang watak sebagai Tachibana Tobei) meninggal dunia pada ketika usia 66 tahun

Super-Heróis: Shotaro Ishinomori
Januari 1998-Ishinomori Shotaro, manga-ka dan pereka Kamen Rider meninggal dunia pada usia 60 selepas 3 hari beliau menyambut ulangtahun kelahirannya dan karya terakhir beliau adalah Voicelugger pada tahun 1999 dan Kamen Rider Kuuga pada tahun 2000

EVOLUSI SIRI KAMEN RIDER PADA ERA HEISEI:

Kamen Rider Kuuga
Januari 2000-Kamen Rider Kuuga buat pertama kalinya ditayangkan selepas 12 tahun dihentikan dan disiarkan di saluran TV-Asahi pada hari Ahad jam 8:00 Pagi dan ia bersama dengan siri Super Sentai ke-24, Mirai Sentai Timeranger(merupakan siri Kamen Rider pertama dengan motif kumbang bertanduk dua dan mempunyai 11 bentuk kuasa)

Januari 2001-Kamen Rider Agito ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Kuuga dan ia bersama dengan siri Super Sentai ke-25, Hyakuujuu Sentai Gaoranger(merupakan siri Kamen Rider pertama dengan 2 watak pembantu Kamen Rider iaitu Kamen Rider G3-Rider berasaskan teknologi dan Kamen Rider Gills-Rider berasaskan organik dan hidupan bernyawa dan ia juga merupakan ulangtahun penghasilan siri Kamen Rider ke-30 )

September 2001-Filem Kamen Rider Agito:PROJECT G4 ditayangkan bersama Rdengan filem Hyakuujuu Sentai Gaoranger:Fire Mountain Howls !!(merupakan filem Kamen Rider pertama dalam era Heisei dan bergandingan dengan filem Super Sentai dan tradisi in diperkenalkan pada tahun 2001)

Februari 2002-Kamen Rider Ryuki ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Agito dan bergandingan dengan siri Super Sentai ke 26-Ninpuu Sentai Hurricanger (merupakan siri Kamen Rider pertama mempunyai bilangan Kamen Rider terbanyak iaitu 15 tetapi hanya 12 Kamen Riders sahaja muncul dalam siri TV manakala 3 yang lain muncul dalam filem dan tv edisi khas dan ia juga merupakan siri Kamen Rider pertama dialih suara dalam Bahasa Arab melalui saluran stesen televisyen Space Toon di Emeriah Arab Bersatu dan kemudian diadaptasi dalam versi Amerika iaitu Kamen Rider Dragon Knight pada tahun 2009)

Ogos 2002-Filem Kamen Rider Ryuki:Episode Final ditayangkan bersama dengan filem Ninpuu Sentai Hurricanger:Shushuuto The Movie

Januari 2003-Kamen Rider 555 a.k.a Faiz ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Ryuki dan bergandingan dengan siri Super Sentai ke-27, Bakuryuu Sentai Abaranger(merupakan siri Kamen Rider dengan motif huruf-huruf Greek dan penggunaan telefon bimbit sebagai alatan bertukar diperkenalkan)

Dr. Death - episodes 40-52, 61, 63, 68, 1st movie, V3 episodes 27-28
Mac 2003-Eisei Amamoto(yang memegang watak sebagai Doctor Shinigami dalam siri Kamen Rider pada tahun 1971) meninggal dunia ketika usia 77 tahun

Ogos 2003-Filem Kamen Rider 555:Paradise Lost ditayangkan bersama dengan filem Bakuryuu Sentai Abaranger DELUXE:Abare Summer Is Freezing !!

Januari 2004-Kamen Rider Blade ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider 555 dan bergandingan dengan siri Super Sentai ke-28, Tokusou Sentai Dekaranger(merupakan siri Kamen Rider yang menggunakan motif daun terup)

September 2004-Filem Kamen Rider Blade:Missing Ace ditayangkan bersama dengan filem Tokusou Sentai Dekaranger:FULL BLAST ACTION

Januari 2005-Kamen Rider Hibiki ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Blade dan bergandingan dengan siri Super Sentai ke-29, Mahou Sentai Magiranger(merupakan siri Kamen Rider pertama dengan imej tanpa serangga dan motif Oni iaitu hantu Jepun diperkenalkan)

September 2005-Filem Kamen Rider Hibiki:The 7th Oni War ditayangkan bersama dengan filem Mahou Sentai Magiranger:The Bride Of Infersha

November 2005-Filem remake Kamen Rider, Kamen Rider:The First ditayangkan dan ia menampilkan 2 aktor muda iaitu Masaya Kikawada sebagai Hongo Takeshi/Kamen Rider 1 manakala Hassei Takano sebagai Ichimonji Hayato/Kamen Rider 2

Januari 2006-Kamen Rider Kabuto ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Hibiki dan bergandingan dengan siri Super Sentai ke-30,Gougou Sentai Boukenger (merupakan ulangtahun siri Kamen Rider ke-35)

Ogos 2006-Filem Kamen Rider Kabuto:GOD SPEED LOVE ditayangkan bersama dengan filem Gougou Sentai Boukenger:The Greatest Precious

Januari 2007-Kamen Rider Den'O ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Kabuto dan disiarkan bersama dengan siri Super Sentai ke-31,Jyuken Sentai Gekiranger(merupakan siri Kamen Rider pertama dengan mempunyai genre komedi dan menerapkan elemen anime dan ia paling popular dari segi filem yang pernah ditayangkan pada tahun berikutnya walaupun selepas Kamen Rider Den'O tamat)

Ogos 2007-Filem Kamen Rider Den'O:I'm Born !! ditayangkan bersama dengan filem Jyuken Sentai Gekiranger:Nei Nei Hou Hou !! Hong Kong Decisive Battle !!

Oktober 2007-Filem sekuel remake Kamen Rider, Kamen Rider:The Next ditayangkan dan kedua-dua pelakon yang sebelum ini berlakon dalam sekuel sebelumnya kembali dan kali ini Kazuki Kato memegang watak sebagai Kazami Shiro/Kamen Rider V3. Filem Kamen Rider:The Next diklasifikasi sebagai PG-12 (Di Malaysia ia diklasifikasi U kemudian kepada PG-13)

Januari 2008-Kamen Rider Kiva ditayangkan selepas Kamen Rider Den'O dan bergandingan dengan siri Super Sentai ke-32,Engine Sentai Go-Onger(merupakan siri Kamen Rider yang menggunakan motif seram dan pontianak dan juga merupakan penghormatan sempena ulangtahun kelahiran mendiang Ishinomori Shotaro-ke 70 dan ulangtahun kematian manga-ka Kamen Rider ke-10)

April 2008-Filem Kamen Rider Den'O & Kiva:Climax Deka ditayangkan

[MiyukiKanbe.jpg]
Jun 2008-Miyuki Kanbe(yang memegang watak sebagai Hinaka Tachibana dalam siri Kamen Rider Hibiki) meninggal dunia ketika berusia 24 tahun

Ogos 2008-Filem Kamen Rider Kiva:The King Of The Castle In The Demon World ditayangkan bersama dengan filem Engine Sentai Go-Onger:Boom Boom Ban Ban GekijoBANG !!

Oktober 2008-Filem Kamen Rider Den'O ke-3, Saraba Kamen Rider:Den'O Final Countdown ditayangkan dan Kamen Rider NEW Den'O membuat penampilan

Januari 2009-Kamen Rider Decade ditayangkan selepas Kamen Rider Kiva dan disiarkan bersama dengan siri Super Sentai ke-33, Samurai Sentai Shinkenger (merupakan ulangtahun siri Kamen Rider Era Heisei ke-10)

Mei 2009-Cho Den'O Series diperkenalkan bermula dengan penayangan filem Cho Den'O & Decade NEO Generation:The Onigashima Warship

Ogos 2009-Filem Kamen Rider Decade:All Riders VS Dai Shocker ditayangkan bersama dengan filem Samurai Sentai Shinkenger:The Fateful War(buat pertama kali dalam sejarah filem Kamen Rider, kemasukan Kamen Rider baru diperkenalkan dan ia bermula dengan penampilan Kamen Rider W di dalam filem ini)

Ogos 2009-Kamen Rider Decade tamat setakat 31 episod sahaja dan kesudahan episod terakhir Kamen Rider Decade dapat disaksikan dalam filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010 dan maka dengan itu siri Kamen Rider untuk edisi musim luruh telah bermula

September 2009-Kamen Rider W ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Decade dan masih lagi bersama dengan Samurai Sentai Shinkenger sehingga Shinkenger tamat pada Februari 2010 dan selepas Shinkenger tamat ia bersama dengan Tensou Sentai Goseiger, siri Super Sentai ke-34 sehingga Kamen Rider W tamat pada Ogos 2010

Disember 2009-Filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010 ditayangkan


Mei-Jun 2010:Cho Den'O Series berterusan dengan tajuk filem Kamen Rider X Kamen Rider X Kamen Rider-Cho Den'O Trilogy

Ogos 2010-Kamen Rider W:Forever A to Z/The Fateful Memory ditayangkan bersama dengan filem Tensou Sentai Goseiger:EPIC ON THE MOVIE(penampilan khas adalah Kamen Rider OOO)

September 2010-Kamen Rider OOO ditayangkan selepas tamatnya siri Kamen Rider W dan masih bersama dengan Tensou Sentai Goseiger sehingga Goseiger tamat pada Februari 2011 dan pada tahun ini Kamen Rider OOO akan bersama dengan Kaizoku Sentai Gokaiger, siri Super Sentai ke-35

Disember 2010-Sekuel filem Kamen Rider Movie Wars berterusan dengan penayangan filem Kamen Rider X Kamen Rider:OOO & W featuring Skull-MOVIE WAR CORE




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

My Profile

Foto Saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!

Daily Calendar