FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Khamis, April 28, 2011

NEW IMAGES 3 OF GOKAIGER-GOSEIGER:SUPER SENTAI 199 HERO GREAT BATTLE

Hari ini gambar terbaru bagi filem Gokaiger-Goseiger-Super Sentai:199 Hero Great Battle pada minggu ini:

Poster Terbaru

Akhirnya Aka Red muncul !!!

Antara-antara pelakon Super Sentai yang terdahulu akan muncul iaitu:

Naoya Makoto sebagai Kaijou Tsuyoshi/Aka Ranger(Goranger)

Hiroshi Miyauchi sebagai Banba Soukichi/Big One(JAKQ)
-Lakonan sebelumnya adalah Shinmei Akira/AoRanger(Goranger)

Kenji Oba sebagai Oume Daigorou/Denji Blue(Denjiman)

Haruta Junichi sebagai Kuroda Kanpei/Goggle Black(Goggle Five)
-Lakonan kemudian adalah Hoshikawa Ryuu/Dyna Black(Dynaman)

Sayako Hagiwara sebagai Tachibana Rei/Dyna Pink(Dynaman)
-Lakonan kemudian adalah Ley Nefel(Flashman)

Ryousuke Sakamoto sebagai Shiro Go/Red One(Bioman)

Kenta Sato sebagai Honoo Riki/Red Turbo(Turboranger)

Keiichi Wada sebagai Ryou of The Heaven Fire Star/Ryuu Ranger(Dairanger)

Mika Kikuchi sebagai Koume "Umeko"Kodou/Deka Pink(Dekaranger)



Dari kiri-Rika Sato(Eri/Gosei Pink), Rina Aizawa(Saki Royama/Go-On Yellow) dan Mikiho Niwa(Moune/Gosei Yellow)


Yogoshimacritein VS Gokai Blue dan Gosei Black

Dagon VS Gokai Pink dan Gosei Pink

Ryota Ozawa(Kapten Marvellous/Gokai Red) dan Yudai Chiba(Alata/Gosei Red)

Varibloom

GoRen GokaiOh akan muncul dalam filem

DIKEMASKINI PADA 30 APRIL 2011 JAM 1130 PAGI(GMT+8)


Filem Gokaiger-Goseiger-Super Sentai:199 Hero Great Battle akan ditayangkan pada tarikh baru iaitu:

11 JUN 2011

Selasa, April 26, 2011

R.I.P Minoru Tanaka a.k.a Sakomizu Shingo/Zoffy (1966-2011)

Minoru Tanaka
Minoru Tanaka
(Lahir:27 Oktober 1966-Meninggal:25 April 2011

Ini berita kami terima, dukacita dimaklumkan pelakon yang memegang watak sebagai Kapten GUYS Cawangan Jepun, Sakomizu Shingo/Zoffy dalam siri Ultraman Mebius (2006), Minoru Tanaka,45 tahun meninggal dunia semalam iaitu 25 April 2011.Menurut laporan, beliau telah meninggal akibat membunuh diri.

Sumber laporan polis mengatakan, keluarga Minoru Tanaka menjumpai beliau dalam keadaan menggantung diri di rumah apartment di Tokyo dan segera menghubungi dail 119. Beliau telah dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia ketika beliau tiba di hospital.

Minoru Tanaka, dilahirkan pada 27 Oktober 1966 tempat kelahirannya di Ota,Tokyo,Jepun. Beliau telah memegang beberapa watak lakonan dalam filem atau drama Jepun serta menyumbang beberapa watak alih suara. Beliau merupakan pelakon dari syarikat pencarian bakat, JVC Entertainment Network.

Antara lakonan-lakonan TV Drama dan Filem beliau sepanjang hayatnya:

Filem:
Uruu no Machi (1991)
Gekkō no Natsu (1993) - Shinsuke Kazama
Uso (1995)
Miyazawa Kenji -Sono Ai- (1996)
Kanzō Sensei(1998)
I love You (1999) - Ryūichi Mizukoshi
Declaration of war (2000) - Takayasu Tsutsumi
Godzilla Against Mechagodzilla (2002) - A guard
Kusa no Ran (2004)
Deguchi no nai Umi (2006) - Toda
Ultraman Mebius & Ultraman Brothers (2006) - Captain Shingo Sakomizu

Pementasan:
Taiyō to Tsuki ni Somuite (1999)
Kenkyaku Shōbai (2001, 2003)
Proof (2001)
Kotoba (2002)

TV-Drama:
Rinrin to (1990, NHK)
Nurse Station (1991, TBS)
Yanagi-bashi Ryojō (2000, NHK)
Onsen e Yukō! (Series, TBS) - A manager
Deka Kizoku (After Part 2, NTV)
Jungle
Aibō (Season IV, EX)
Byōin e Yukō! (Series TBS) - Yūji Katase
Wednesday Mystery 9 "A medical examiner Shinomiya Hadzuki" 6 (2005, TX) - Kōichi Machida
anego (2005 NTV)
Voice recorder (2005 TBS)
Ultraman Mebius (2006 CBC/TBS) - Captain Shingo Sakomizu

Kali terakhir lakonan beliau adalah filem video, V-Cinema Kamen Rider W Returns:Kamen Rider Accel sebagai pegawai polis Hiroshi Sagami/Commander Dopant(kanan)

Ahad, April 24, 2011

TOKUSATSU ADAPTION DIFFERENCE -CHAPTER 1

Hari ini kami akan membincangkan topik tentang siri tokusatsu Jepun yang dimana ia telah diadaptasi di dalam versi luar negara dan kami terpaksa merungkai persoalan disebalik pengadaptasian tersebut. Hari ini kami akan membicarakan tentang siri Kamen Rider Black RX dimana ia kemudian diadaptasi ke versi Amerika iaitu Saban Masked Rider.

Kamen Rider Black RX
KAMEN RIDER BLACK RX
1988-1989
JEPUN

SABAN MASKED RIDER
1995-1996 (1996-1997:DISIARKAN SEMULA)
AMERIKA SYARIKAT

Episod:

47 Episod(Kamen Rider Black RX)
40 Episod(Saban Masked Rider)

Info(Kamen Rider Black RX):

Minami, Kotaro

Black RX

Siri Kamen Rider Black RX adalah merupakan sekuel kepada Kamen Rider Black dan disiarkan dua minggu selepas rancangan khas iaitu Kamen Rider 1 Through RX:Big Gathering dan kisahnya bermula apabila setahun selepas Kamen Rider Black menewaskan Gorgom, kemudian musuh baru telah kembali untuk menakluk bumi iaitu Crisis .Minami Kotaro telah ditangkap oleh Crisis dan kemudian dicampakkan ke angkasa dan menuju ke matahari .Radiasi solar telah memecahkan King Stone menjadi dua dan akhirnya beliau bertukar dari Kamen Rider Black ke Kamen Rider Black RX

Info(Saban Masked Rider):



Siri Masked Rider adalah siri superhero terbitan Saban bersama dengan siri Power Rangers dan VR Troopers dan watak tersebut membuat penampilan dalam 3 episod Mighty Morphin Power Rangers Musim Ke-2 yang bertajuk:A Friend In Need.Pada pendapat saya, jalan cerita siri ini banyak dicampur aduk dengan siri lain iaitu jalan cerita dari filem Kamen Rider ZO dan Kamen Rider J dan mungkin ini menyebabkan ramai keliru dimana ia menggabungkan babak jalan cerita ke jalan cerita dalam versi ini.


Versi Episod Pengenalan Saban Masked Rider

Tentu ada diantara kita mungkin keliru denga muka Masked Rider dengan muka Kamen Rider:

Cuba anda bandingkan !! Sama ke tidak !!

HENSHIN(Perbezaan)

Kamen Rider Black RX


Saban Masked Rider



WATAK PEMBANTU(Perbezaan)

Keluarga Sahara

Reiko Shiratori,Kasum no Jo dan Kyoko Matoba
Saban Masked Rider
Keluarganya campur-aduk bangsa !!

Watak Ferbus tidak wujud dalam siri Kamen Rider Black RX !

SENJATA (PERBEZAAN)

Revolcane
-Senjata utama Kamen Rider Black RX dimana ia dikeluarkan dari tali pinggang Kamen Rider Black RX dan menikam musuh sehingga ditarik pedangnya dan musuh akan meletup

Electro Saber
-Senjata utama Masked Rider dimana ia ditarik dari tali pinggang Ecto Accelerator dan menembak pancaran ke arah musuh dan terus meletup
Tetapi persoalanya , kenapa babak Masked Rider menikam musuh ditapis dan disunting ?
-Sebab sebahagian babak tersebut mungkin terpaksa disunting kerana dianggap terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak Amerika bagi siri Masked Rider

MUSUH (PERBEZAAN)

Kamen Rider Black RX

-Musuh utama Kamen Rider Black RX,Crisis Empire
-100 % Made In Japan !!!

Saban Masked Rider
-Musuh utama Masked Rider,Count Dregon
-Tak sama !!

KENDERAAN(PERBEZAAN):

Kamen Rider Black RX
AcroBatter
-Versi baru Battle Hopper dimana motosikal Battle Hopper yang rosak telah ditukar dengan pancaran matahari

Ridron
-Kereta pertama diperkenalkan dalam siri Kamen Rider
-Menggunakan disket mengandungi cetakan biru penghasilan Ridron dan dihasilkan sendiri oleh Kotaro

Saban Masked Rider

Combat Chopper
-Bertukar daripada hidupan bernyawa kepada motosikal mecha
-Suaranya adalah lelaki

Magno
-Bertukar daripada hidupan bernyawa kepada kereta
-Suara adalah perempuan

Kesimpulan:

-Kebanyakkan raksasa yang muncul dalam siri Kamen Rider Black RX adalah 100 peratus asli berbanding dengan siri Masked Rider dimana raksasa bercampur-aduk daripada yang asal

-Jalan cerita Kamen Rider Black RX lebih berunsurkan komedi, keluarga,aksi dan lain-lain tetapi setelah saya dapati tiada masalah berbanding dengan siri Masked Rider dimana jalan ceritanya agak mengarut, terlalu banyak humor, banyak babak dari Jepun ditapis dan lain-lain

Untuk pengetahuan saya, sebenarnya saya bukan bertujuan untuk mengkritik tetapi untuk menilai dan meneliti sesuatu pengadaptasian

Apa pendapat anda !!!!

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!