FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Sabtu, Jun 04, 2011

KAMEN RIDER TRIVIA 2-INTERNATIONAL ADAPTION KAMEN RIDER

Siri Kamen Rider bukan sahaja popular di Jepun malah ia semakin popular di luar negara termasuk Malaysia, Singapura,Thailand,Indonesia,Filipina,Hong Kong dan Korea Selatan sehingga ada produksi sanggup mengadaptasi siri Kamen Rider ke versi antarabangsa. Ia bermula dengan filem Kamen Rider versi Thailand yang bertajuk Hanuman and 5 Riders pada tahun 1974. Sama-sama kita saksikan:

ไฟล์:Hanuman and the 5 Kamen Riders.jpg
Hanuman and The 5 Kamen Riders
หนุมาน พบ 5 ไอ้มดแดง
Tahun Terbitan:1974
Diadaptasi:Kamen Rider X The Movie:Five Riders VS King Dark
Produksi:Chaiyo Production Co.Ltd Thailand
Dialih suara:-tiada-
Negara:Thailand
Info:
Selepas kejayaan penghasilan filem usahasama Tsuburaya-Chaiyo, Ultra 6 Brothers VS The Monster Army dan Jumborg Ace & Giant, Chaiyo Production menghasilkan filem Kamen Rider X iaitu Hanuman & The Five Riders namun filem tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Toei Company Ltd dan filem ini tidak dapat ditayangkan di Jepun dan ramai fans Kamen Rider di Jepun merujuk secara tidak rasmi sebagai Hanuman and The 5 Kamen Riders(ハヌマーンと5人の仮面ライダー)

Kritikan:
-Filem ini adalah filem yang paling teruk bagi sesetengah peminat Kamen Rider mungkin ia disebabkan sut Kamen Rider yang dikatakan terlalu kompleks dan rekabentuk King Dark yang diadaptasi amat teruk sekali kerana reka bentuk King Dark tidak sama seperti didalam siri Kamen Rider X
-Terdapat banyak adengan-adengan yang tidak sesuai untuk tontonan bawah umur diselit dalam filem ini antaranya:
1)Babak imbasan dimana beberapa orang yang sedang bertelanjang bulat(tidak kira lelaki dan perempuan) telah diseksa begitu teruk ketika hukuman yang dilakukan di neraka
2)Babak Hanuman menikam King Dark(dalam bentuk raksasa) sehingga terkeluar percikan darah ketika bertarung
3)Dimana babak tukang pemenggal bertindak memenggal kepala ketiga-tiga lelaki di babak akhir filem ini

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini sila tonton video ini dan hantarkan komen dan kritikan pada ulasan:


Part 1


Part 2

Saban Masked Rider
Tahun Terbitan:1995-1996
Diadaptasi:Kamen Rider Black RX,Kamen Rider ZO dan Kamen Rider J
Produksi:Saban Entertainment dan FOX
Dialih Suara:-tiada-
Negara:Amerika Syarikat

Info:
Selepas Saban Entertainment menghasilkan siri Power Rangers dan VR Troopers, Saban Entertainment sekali menuju ke hadapan apabila menghasilkan siri yang diadaptasi dari siri Kamen Rider Black RX,Masked Rider dan ia bermula dengan penampilan Masked Rider di dalam 3 episod musim ke-2 Mighty Morphin Power Rangers dan selepas itu ia muncul di kaca tv pada tahun 1995 apabila siri ini diformatkan semula

Kritikan:
-Ramai fans Kamen Rider mengkritik siri Masked Rider kerana mungkin disebabkan jalan cerita yang bercampur aduk dan sebab itulah siri ini adalah yang paling teruk sekali
-Di Brazil, siri Saban Masked Rider kurang mendapat sambutan di kalangan peminat kerana disebabkan siri Kamen Rider Black RX mendapat tempat dikalangan peminat
-Antara faktor-faktor mengapa siri Saban Masked Rider semakin merosot:
1)Terdapat banyak babak jalan cerita yang menampilkan Minami Kotaro menentang musuh(siri Kamen Rider Black RX) serta babak raksasa yang bukan daripada siri Kamen Rider Black RX (seperti Kamen Rider ZO dan Kamen Rider J)
2)Terdapat babak dimana Kamen Rider Black RX menikam musuh ditapis.Alasannya, babak ini terlalu ganas untuk tontonan kanak-kanak Amerika dan digantikan dengan babak Masked Rider menembak musuh sehingga meletup dengan menggunakan Ecto Saber

Perhatikan !!!:


Anda tahu apa yang tersilap ?

File:KamenRider DragonKnight.jpg
Kamen Rider Dragon Knight
Tahun Terbitan:2009
Diadaptasi:Kamen Rider Ryuki
Produksi:Adness Entertainment dan Toei Company Ltd
Dialih Suara:Bahasa Sepanyol(Mexico ,Colombia,Venezuela),Bahasa Portugis(Brazil)
Bahasa Jerman(Austria,Switzerland,Liechtenstein)Bahasa Indonesia(Indonesia)Bahasa Itali(Itali)Bahasa Malaysia(Malaysia-hanya untuk saluran Cartoon Network SE Astro Saluran 616)Bahasa Jepun(Jepun)
Negara:Amerika Syarikat

Info:
Siri Kamen Rider Dragon Knight ditayangkan bermula dengan episod pilot pada tahun 2007 tetapi ditayangkan secara rasmi pada Januari 2009 dengan penampilan muka baru.Siri Kamen Rider Dragon Knight diarahkan oleh Steve dan Michael Wang dengan produksi Adness Entertainment dan kerjasama dengan Toei Company Ltd tetapi pada akhir 2009 2 episod akhir Kamen Rider Dragon Knight tidak disiarkan di TV dan hanya disiarkan secara online di laman sesawang 4Kids TV dan paling menarik sekali apabila siri Kamen Rider Dragon Knight dicalonkan pada Anugerah Daytime Emmy dan menang bagi kategori Koordinasi Lagak Ngeri Luar Biasa iaitu kategori terbaru dalam Anugerah Emmys

Kritikan:

-Berdasarkan apa yang kami selidik, kami dapati siri ini adalah yang terbaik berbanding dengan siri Saban Masked Rider walaupun ia diadaptasi
-Jerman,Austria,Switzerland dan Liechtenstein antara negara yang telah membatalkan siaran siri Kamen Rider Dragon Knight dan antara sebabnya adalah jumlah tontonan yang terendah dan ada yang diantara mereka kurang mengenali siri Kamen Rider sehingga siri ini terpaksa dibatalkan penyiaran
-Siri ini juga disiarkan di Jepun menerusi saluran satelit kabel Toei Channel pada musim luruh 2009 sebagai sebahagian daripada projek Ulangtahun Siri Heisei Kamen Rider Ke-10 dan kemudian disiarkan semula di TV-Asahi pada 2010 jam 2:10 pagi(mempunyai 14 episod dan disasarkan kepada penonton dewasa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!