FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Isnin, Mei 02, 2011

TOKUSATSU ADAPTION DIFFERENCE -CHAPTER 2 Part 1

Minggu lepas kami siarkan mengenai pengadaptasian siri Kamen Rider Black RX ke Saban Masked Rider dan hari ini kami akan rungkaikan tentang pengadaptasian siri Super Sentai kepada siri Power Rangers dan kali ini pengadaptasian siri Super Sentai ke siri Power Rangers iaiah:

File:ZyuRanger-title.jpg
KYORYUU SENTAI ZYURANGER
1992-1993
JEPUN



File:MMPR Logo.png
MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS MUSIM 1-3
1993-1995
AMERIKA SYARIKAT

Episod:
50 Episod(Jepun)

*145(Amerika Syarikat-Keseluruhan Daripada Musim 1-3)
-*Musim 1(60 Episod )
-Musim 2(52Episod)
-Musim 3(33 Episod)

Info Kyoryuu Sentai Zyuranger:

Kyoryuu Sentai Zyuranger adalah siri televisyen tokusatsu Jepun dan merupakan kemasukan ke-16 siri Super Sentai.Dihasilkan oleh Toei Company Ltd dan Bandai.Disiarkan di TV Asahi pada 21 Februari 1992 sehingga 12 Februari 1993 dan mempunyai 50 buah episod. Ia juga merupakan siri pertama yang diadaptasi dari siri kemasukan pertama Power Rangers iaitu Mighty Morphin Power Rangers dan kesemua jalan cerita Zyuranger diambil daripada siri ini.

Info Mighty Morphin Power Rangers:


Mighty Morphin Power Rangers adalah siri Power Rangers pertama yang diadapatasi dari siri Super Sentai ke-16 iaitu Kyoryuu Sentai ZyuranHENger dan merupakan hasil produksi bersama Fox Kids dan Saban Entertainment. Di Malaysia, siri Mighty Morphin Power Rangers disiarkan di stesen televisyen TV1 (RTM) dan kemudian buat pertama kalinya siri Mighty Morphin Power Rangers ditayangkan dalam versi filem iaitu Mighty Morphin Power Rangers:The Movie(Di Malaysia ia dipanggil Mighty Power Rangers The Movie kerana penggunaan nama Morphin tidak dibenarkan sama sekali oleh kerajaan Malaysia kerana ia mengalakkan kanak-kanak terjebak dalam penagihan dadah kerana nama Morphin menyamai nama morfin-iaitu sejenis dadah terlarang)

HENSHIN(Kyoryuu Sentai Zyuranger)


Henshin(Mighty Morphin Power Rangers)


WATAK PEMBANTU(ZYURANGER):

BARZA
Barza

Gnome

Ryota

Klotho

-Semua watak pembantu adalah berdasarkan dalam siri Zyuranger

WATAK PEMBANTU:

Zordon
Alpha 5

Bulk dan Skull

Ernie

Mrs Appleby

Mr.Caplan
-Kesemuanya tidak sama seperti di atas cuma ia hanyalah tokok tambah sahaja

GAJET DAN SENJATA(ZYURANGER)

-Senjata Dan Kenderaan Zyuranger Boleh Dilihat Di:

GAJET DAN SENJATA(POWER RANGERS)

Wrist Communicator
-Gelang tangan digunakan untuk berkomunikasi dan menghubungi Command Centre bila perlu. Digunakan sebagai alat teleport untuk menghubungkan Rangers dari tempat ke Command Centre

Power Morpher
-Alatan bertukar untuk ahli Power Rangers
-Berbeza dengan Dino Buckler apabila nama "Kyoryu Sentai Zyuranger" terpapar di bulatan cuma ia ditukarkan ke nama "Power Rangers"

Blade Blaster
-Senjata utama Power Rangers
-Asalnya adalah Ranger Stick

Dragon Dagger
-Senjata utama Green Rangers
-Asalnya adalah ZyuSouKen

Power Weapons/Blasters
-Senjata utama kesemua ahli Power Rangers antaranya adalah Power Sword,Power Axe, Power Lance, Power Daggers dan Power Bow
-Asalnya adalah Howling Cannon


MUSUH(ZYURANGER)

Musuh Zyuranger adalah Bandora
-100 % adalah kebanyakannya dari Jepun

Golem Army,Dai Satan dan Kai

MUSUH(POWER RANGERS)

Musuh utamanya adalah Rita Repulsa

Puty Patrol/ Z Putties

TRIVIA:

-Di Malaysia,ketika kerajaan berusaha untuk melancarkan kempen anti-dadah, perkataan "Morphin" telah ditapis dengan menggantikan atau membisu jalan cerita dimana perkataan "It's Morphin Time !!" dipaparkan . Selain itu penggunaan nama "Morphin" dikhuatiri boleh mengalakkan kanak-kanak terjebak dengan ketagihan dadah. Nama alternatif bagi menggantikan nama Mighty Morphin Power Rangers adalah Mighty Power Rangers dan Power Rangers

-Di luar negara seperti Kanada dan New Zealand, siri Mighty Morphin Power Rangers menerima kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak antaranya ibu bapa mendakwa terdapat terlalu banyak kandungan babak ganas untuk tontonan kanak-kanak. New Zealand antara negara yang telah mengharamkan siri Power Rangers setelah Pihak Piawaian Penyiaran mendapat aduan dari pelbagai pihak mendakwa terdapat babak ganas yang dikhuatiri mempengaruhi pemikiran kanak-kanak. Berikutan keputusan BSA, dengan serta-merta melarang terus mana-mana program televisyen yang bermasalah termasuk Power Rangers daripada terus ditayangkan
kepada umum. Beberapa tahun kemudian,siri Power Rangers yang kemudian iaitu Power Rangers Mystic Force dan Power Rangers Jungle Fury difilemkan di New Zealand walaupun negaranya tetap mengharamkannya.
Tidak beza seperti siri Super Sentai, watak-watak Rangers telah membuat beberapa pertukaran watak antaranya Zack Taylor,Jason Lee Scott,Trini Kwan dan Kimerly Hart kepada muka baru seperti Rocky De Santos,Adam Park,Aisha Campbell dan Kathrine Hillard.Tetapi hanya Billy Cranston dan Tommy Oliver sahaja yang kekal sehingga siri Power Rangers Turbo(kecuali Billy dimana ia sampai di Power Rangers Zeo)

PERSOALAN:

Berdasarkan apa yang kami lakukan, pengadaptasian siri Super Sentai ke Power Rangers adalah merupakan satu lagi pop budaya terbaru dimana penciptanya,Haim Saban(pemlik media berketurunan Yahudi-Amerika yang dilahirkan di Iskandariah,Mesir) menghasilkan siri Power Rangers yang berjaya setelah terdapat percubaan siri yang diadaptasi iaitu Choudenshi Bioman dan Choujin Sentai Jetman tidak dapat dilaksanakan.

Selain menghasilkan Power Rangers, Saban Entertainment menghasilkan beberapa siri superhero antaranya Masked Rider,VR Troopers, dan Big Bad Beetleborgs namun jalan ceritanya masih lagi mesra kanak-kanak.

Bagi saya ,penyiaran siri Power Rangers di stesen televisyen seluruh dunia termasuk Malaysia merupakan satu fenomena yang terbaru disamping kemerosotan siri-siri tokusatsu Jepun. Ia mungkin disebabkan isu birokrasi dan ekonomi. Dengan adanya siri Power Rangers ini, ramai sekarang mula beralih dari siri Tokusatsu kepada Power Rangers

PERHATIAN:Anda boleh memberi cadangan dan menulis komen ulasan di mana-mana artikel (tiada paksaan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!