FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Ahad, April 24, 2011

TOKUSATSU ADAPTION DIFFERENCE -CHAPTER 1

Hari ini kami akan membincangkan topik tentang siri tokusatsu Jepun yang dimana ia telah diadaptasi di dalam versi luar negara dan kami terpaksa merungkai persoalan disebalik pengadaptasian tersebut. Hari ini kami akan membicarakan tentang siri Kamen Rider Black RX dimana ia kemudian diadaptasi ke versi Amerika iaitu Saban Masked Rider.

Kamen Rider Black RX
KAMEN RIDER BLACK RX
1988-1989
JEPUN

SABAN MASKED RIDER
1995-1996 (1996-1997:DISIARKAN SEMULA)
AMERIKA SYARIKAT

Episod:

47 Episod(Kamen Rider Black RX)
40 Episod(Saban Masked Rider)

Info(Kamen Rider Black RX):

Minami, Kotaro

Black RX

Siri Kamen Rider Black RX adalah merupakan sekuel kepada Kamen Rider Black dan disiarkan dua minggu selepas rancangan khas iaitu Kamen Rider 1 Through RX:Big Gathering dan kisahnya bermula apabila setahun selepas Kamen Rider Black menewaskan Gorgom, kemudian musuh baru telah kembali untuk menakluk bumi iaitu Crisis .Minami Kotaro telah ditangkap oleh Crisis dan kemudian dicampakkan ke angkasa dan menuju ke matahari .Radiasi solar telah memecahkan King Stone menjadi dua dan akhirnya beliau bertukar dari Kamen Rider Black ke Kamen Rider Black RX

Info(Saban Masked Rider):



Siri Masked Rider adalah siri superhero terbitan Saban bersama dengan siri Power Rangers dan VR Troopers dan watak tersebut membuat penampilan dalam 3 episod Mighty Morphin Power Rangers Musim Ke-2 yang bertajuk:A Friend In Need.Pada pendapat saya, jalan cerita siri ini banyak dicampur aduk dengan siri lain iaitu jalan cerita dari filem Kamen Rider ZO dan Kamen Rider J dan mungkin ini menyebabkan ramai keliru dimana ia menggabungkan babak jalan cerita ke jalan cerita dalam versi ini.


Versi Episod Pengenalan Saban Masked Rider

Tentu ada diantara kita mungkin keliru denga muka Masked Rider dengan muka Kamen Rider:

Cuba anda bandingkan !! Sama ke tidak !!

HENSHIN(Perbezaan)

Kamen Rider Black RX


Saban Masked Rider



WATAK PEMBANTU(Perbezaan)

Keluarga Sahara

Reiko Shiratori,Kasum no Jo dan Kyoko Matoba
Saban Masked Rider
Keluarganya campur-aduk bangsa !!

Watak Ferbus tidak wujud dalam siri Kamen Rider Black RX !

SENJATA (PERBEZAAN)

Revolcane
-Senjata utama Kamen Rider Black RX dimana ia dikeluarkan dari tali pinggang Kamen Rider Black RX dan menikam musuh sehingga ditarik pedangnya dan musuh akan meletup

Electro Saber
-Senjata utama Masked Rider dimana ia ditarik dari tali pinggang Ecto Accelerator dan menembak pancaran ke arah musuh dan terus meletup
Tetapi persoalanya , kenapa babak Masked Rider menikam musuh ditapis dan disunting ?
-Sebab sebahagian babak tersebut mungkin terpaksa disunting kerana dianggap terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak Amerika bagi siri Masked Rider

MUSUH (PERBEZAAN)

Kamen Rider Black RX

-Musuh utama Kamen Rider Black RX,Crisis Empire
-100 % Made In Japan !!!

Saban Masked Rider
-Musuh utama Masked Rider,Count Dregon
-Tak sama !!

KENDERAAN(PERBEZAAN):

Kamen Rider Black RX
AcroBatter
-Versi baru Battle Hopper dimana motosikal Battle Hopper yang rosak telah ditukar dengan pancaran matahari

Ridron
-Kereta pertama diperkenalkan dalam siri Kamen Rider
-Menggunakan disket mengandungi cetakan biru penghasilan Ridron dan dihasilkan sendiri oleh Kotaro

Saban Masked Rider

Combat Chopper
-Bertukar daripada hidupan bernyawa kepada motosikal mecha
-Suaranya adalah lelaki

Magno
-Bertukar daripada hidupan bernyawa kepada kereta
-Suara adalah perempuan

Kesimpulan:

-Kebanyakkan raksasa yang muncul dalam siri Kamen Rider Black RX adalah 100 peratus asli berbanding dengan siri Masked Rider dimana raksasa bercampur-aduk daripada yang asal

-Jalan cerita Kamen Rider Black RX lebih berunsurkan komedi, keluarga,aksi dan lain-lain tetapi setelah saya dapati tiada masalah berbanding dengan siri Masked Rider dimana jalan ceritanya agak mengarut, terlalu banyak humor, banyak babak dari Jepun ditapis dan lain-lain

Untuk pengetahuan saya, sebenarnya saya bukan bertujuan untuk mengkritik tetapi untuk menilai dan meneliti sesuatu pengadaptasian

Apa pendapat anda !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!