FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Isnin, Mac 14, 2011

KONTROVERSI KARTUN DARI BERITA MINGGU MENGHINA WATAK ULTRAMAN


Ketika dunia masih simpati dengan tragedi gempa bumi kuat yang melanda Jepun pada Jumaat lepas, masih terdapat sebilangan media elektronik terutamanya sekali media arus perdana yang tidak peka dengan tragedi tersebut cuba menjadikan superhero Jepun sebagai bahan jenaka yang keterlaluan. Bagi saya, adalah tidak wajar menjadikan superhero Jepun seperti Kamen Rider, Ultraman, Super Sentai a.k.a Power Rangers Jepun dan lain-lain sebagai bahan cemuhan dan jenaka melampau dari media masa. Diharap semua pihak perlu peka dan berhati-hati ketika membuat sesuatu di mana-mana media masa. Gambar kartun ini adalah menunjukkan watak Ultraman melarikan diri ketika badai tsunami melanda utara timur Jepun dan kartun ini disiarkan di surat khabar Berita Minggu bertarikh 13 Mac 2011 tetapi hari ini Berita Harian telah membuat kenyataan untuk memohon maaf melalui surat khabar Berita Harian bertarikh hari ini iaitu 14 Mac 2011.

Berikut adalah kenyataan permohonan maaf mengenai kontroversi lakaran kartun melalui laman web Berita Harian bertarikh 13 Mac 2011 melalui Mutakhir:

Berita Harian mohon maaf

2011/03/13

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.
Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

PENGARANG

dan melalui sumber daripada JeFusion mengatakan:

After the massive quake and tsunami that hit Japan last Friday, Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column on Sunday that depicts the popular tokusatsu heroUltraman trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology.

The statement of apology was issued on the official site and on social networking sites, like Facebook and Twitter, said that Berita Harian had"no intention of poking fun" at the disastrous earthquake and tsunami that hit Japan on Friday.

The newspaper expressed their sympathy and stated to feel the suffering of the people of Japan.

Diharap permohonan maaf daripada semua pihak kepada Berita Harian diterima

Sumber:

Berita Harian:


JeFusion:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!