FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Rabu, Disember 01, 2010

SUPER SENTAI OF THE DAY: SAMURAI SENTAI SHINKENGER(2009-2010)




















Samurai Sentai Shinkenger adalah siri Super Sentai ke-33 selepas Go-Onger. Mempunyai 49 buah episod bermula pada 15 Februari 2009 sehingga 7 Februari 2010 dan disiarkan bersama dengan siri Kamen Rider Decade dan kemudian selepas Kamen Rider Decade tamat pada bulan Ogos, siri Shinkenger bersama dengan siri Kamen Rider Double pada bulan September 2009 sehingga Shinkenger tamat pada Februari 2010. Motif dalam siri Shinkenger adalah samurai. Selain itu, Shinkenger turut membuat penampilan dalam siri Kamen Rider Decade manakala Kamen Rider Decade pula membuat penampilan cameo dalam siri Shinkenger. Tahun 2010 adalah tahun yang paling mendukacitakan buat peminat siri Power Rangers apabila Disney dan JETIX tidak akan menyambung perancangan untuk penghasilan siri Power Rangers baru(diadaptasi dari siri Shinkenger)kerana Disney mendakwa terdapat terlalu banyak elemen kebudayaan Jepun. Tetapi, dakwaan itu disangkal. Selepas pemberhentian siri Power Rangers baru, Saban Entertainment kembali berminat untuk meneruskan siri Power Rangers baru dan kali ini nama tajuk untuk siri Power Rangers baru adalah Power Rangers Samurai(akan disiarkan pada Februari depan). Selain itu, penampilan watak perempuan sebagai Ranger Merah diperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah siri Super Sentai dan namanya ialah Kaoru Shiba/Shinken Red.Filem Samurai Sentai Shinkenger:The Fateful War ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Decade: All Riders VS Dai Shockers dan 2 buah filem Sentai Versus bagi Shinkenger adalah Shinkenger VS Go-Onger:GinmakuBang !! pada tahun 2010 dan pada Januari depan, Goseiger VS Shinkenger:EPIC on Ginmaku dijangka akan ditayangkan pada 22 Januari 2011.Selain itu, sebuah video filem Sentai bagi Shinkenger iaitu Return !! Samurai Sentai Shinkenger:Special Act dikeluarkan dalam format DVD pada Jun 2010.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Takeru Shiba/Shinken Red: Tori Matsuzaka
Ryunosuke Ikenami/Shinken Blue: Hiroki Aiba
Mako Shiraishi/Shinken Pink: Rin Takanashi
Chiaki Tani/Shinken Green: Shogo Suzuki
Kotoha Hanaori/Shinken Yellow: Suzuka Morita
Genta Umemori/Shinken Gold: Keisuke Sohma
Kaoru Shiba/Shinken Red 2: Runa Natsui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!