FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Sabtu, November 27, 2010

SUPER SENTAI OF THE DAY: NINJA SENTAI KAKURANGER(1994-1995)


















Ninja Sentai Kakuranger adalah siri Super Sentai ke-18 selepas Dairanger.Siri ini mempunyai 53 buah episod bermula pada 18 Feburari 1994 24 Februari 1995 dan motif dalam siri ini adalah ninja. Selain itu, pelakon kacukan Jepun-Amerika, Kane Kosugi berlakon dalam siri ini dan ia merupakan pelakon bukan-Jepun(Gaijin)pertama berlakon dalam siri Super Sentai dan turut bersama dengannya, Sho Kosugi, bapa kepada Kane Kosugi berlakon sebagai pelakon undangan memegang watak sebagai Gari-sensei dan siri ini telah diadaptasi daripada siri Mighty Morphin Power Rangers musim ketiga atau dikenali sebagai Alien Rangers. Nama tajuk Kakuranger untuk pasaran antarabangsa adalah Ninja Rangers. Selain daripada itu, sebuah filem 8 minit iaitu Super Sentai World telah pun ditayangkan. Filem ini menghimpunkan 4 pasukan Super Sentai sebelum ini iaitu, Fiveman,Jetman, Zyuranger dan Dairanger dan pada tahun 1996,sebuah video V-Cinema yang bertajuk Chouriki Sentai Ohranger VS Kakuranger telah pun diedarkan dan ia merupakan sebuah filem video Sentai VS Cinema pertama dalam era Heisei selepas kejayaan sebuah filem JAKQ VS GoRanger. Tetapi, konsep Sentai VS Cinema Direct-To-Video telah dihentikan pada tahun 2008 tetapi ia diteruskan sebagai sebuah filem wayang pada tahun berikutnya.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Sasuke/Ninja Red:Teruaki Ogawa
Tsuruhime/Ninja White:Satomi Hirose
Saizou/Ninja Blue:Hiroshi Tsuchida
Seikai/Ninja Yellow:Shu Kawai
Jiraiya/Ninja Black:Kane Kosugi
Ninjaman(suara):Kazuki Yao

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!