Ahad, Mei 23, 2010
POWER RANGERS KEMBALI SEMULA PADA 2011 !!!
Ini adalah berita baik kepada peminat setia Power Rangers, terkini Saban Entertainment telah mengembalikan semula siri Power Rangers terbaru setelah Disney tidak lagi membuat siri Power Rangers terbaru yang diadaptasi dari siri Super Sentai edisi 2009, Samurai Sentai Shinkenger. Menurut sumber daripada Disney, antara sebab-sebab mengapa Disney tidak lagi membuat siri Power Rangers terbaru. Antaranya:
1)Konsep siri terbaru didakwa terlalu bercirikan kebudayaan Jepun(seperti kaligrafi, jalan cerita dsb)
2)Disney tidak lagi berminat meneruskan perancangan untuk siri terbaru. Sebaliknya, mereka lebih berminat mengulang tayang siri Mighty Morphin Power Rangers(Re-Vision 2010).
3)Mereka tidak mahu siri ini diselebungi kontroversi berikutan aduan yang dibuat oleh ibu bapa yang mendakwa kononnya konsep siri ini mengalakkan kanak-kanak mengamalkan budaya ganas.
Sebaliknya,alasan yang dikeluarkan Disney adalah alasan lapuk sedangkan ramai peminat di seluruh dunia telah menerima siri Power Rangers disiarkan di televisyen.Ini membuktikan bahawa Saban Entertainment menerima hakikat bahawa mereka akan menyiarkan semula siri Power Rangers terbaru untuk tahun hadapan di bawah naungan syarikat Saban Entertainment.
Antara kemungkinan besar siri Super Sentai yang akan bakal diadaptasi didalam siri Power Rangers adalah:
1)Samurai Sentai Shinkenger(2009)=Power Rangers Team Samurai(bermula pada tahun 2011)
2)Tensou Sentai Goseiger(2010)=Power Rangers ?????(2012)
Berikut adalah pendapat yang diterima oleh peminat setia berhubung keengganan Disney meneruskan siri Power Rangers terbaru:
(dalam Bahasa Inggeris)
Some fans believe the reason Disney didn't adapt Shinkenger because it was 'too Japanese,' but most likely this was not the case. According to reports by actors and crew, Disney didn't even want to produce RPM and it is evident by they never advertise RPM properly. Kanji can be ignored and Power Rangers simply use footage, they don't have to use the same storyline.
Ini bermakna siri Power Rangers terbaru akan bermula pada tahun hadapan (2010) !!!!
P.S: Teringat kembali siri Power Rangers yang disiarkan di TV1(1994-2002) & TV2(2003-sekarang).Kalau tak silap aku betullah ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
My Profile
- AhmadZahareez48
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Hope Your Enjoy My Blogs !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan