FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Khamis, Disember 10, 2009

KAMEN RIDER STORY CHAPTER 2

Kamen Rider Story Hari Ini:


KAMEN RIDER BLACK(1987) & KAMEN RIDER BLACK RX(1988)


Masihkah anda ingat cerita ini, sudah tentu dengan panggilan Satria Baja Hitam,Belalang Tempur dan lain-lain. Siapa lagi kalau bukan Kamen Rider Black & Kamen Rider Black RX. Di sesebuah negara termasuk Malaysia, siri Kamen Rider Black adalah siri Kamen Rider yang paling digemari oleh semua peringkat usia tidak kira sama ada kanak-kanak atau dewasa, mereka tetap menjadi sanjungan oleh semua penonton. Walau bagaimanapun, sudah 20 tahun siri ini ditayangkan di Jepun, ia dianggap sebagai sebuah siri yang paling epik sehinggalah kemunculan mereka sebagai watak undangan dalam siri Kamen Rider Decade. Anda pasti kagum melihat hero kegemaran ramai, Minami Kotaro(Tetsuo Kurata) membuat penampilan dalam siri ini tetapi gaya henshin telah diringkaskan mengikut peredaran masa. Kalau sebelum ini, gaya henshin memakan masa 10 saat tetapi pada masa kini, ia disingkatkan.


PENGENALAN


Siri Kamen Rider Black telah membuka tirai pada 4 Oktober 1987 jam 10:00 pagi di saluran Mainichi Broadcasting System(MBS) dan Tokyo Broadcasting System(TBS) dengan jumlah episod sebanyak 51 episod(termasuk episod 52 adalah episod khas yang menampilkan 10 Senior Kamen Rider) dan pada 9 Oktober 1988, siri ini telah melabuhkan tirai tetapi tidak bermakna siri ini dah tamat begitu sahaja tetapi siri ini ada sambungan tetapi kali ini dengan imej baru iaitu, Kamen Rider Black RX.





Kamen Rider Black RX adalah siri susulan kepada Kamen Rider Black di mana ia disiarkan pada tarikh 23 Oktober 1988, jam 10:00 pagi di saluran yang sama dan jumlah episod hanya setakat episod 47 sahaja dan siri ini telah tamat dengan rasmi pada 24 September 1989. Dan selepas ini, tiada lagi siri Kamen Rider tetapi berkemungkinan besar siri Kamen Rider akan dihidupkan semula pada tahun 2000 tetapi ia dipindahkan ke TV-Asahi(siri Metal Hero telah tamat pada tahun 1998) dan waktu siaran telah diawalkan iaitu pada jam 8:00 pagi hari Ahad dengan siri baru , Kamen Rider Kuuga.



Siri Kamen Rider Black RX adalah penghasilan siri Kamen Rider yang terakhir dalam era pemerintahan Showa dan ia merupakan siri Kamen Rider yang pertama dalam era Heisei(ketika itu episod 11 telah ditangguhkan selama seminggu berikutan kematian pemerintah Empayar Showa.)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!