FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Ahad, Januari 15, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN TIGA(1996-1997)

Ultraman Tiga adalah siri Ultra ke-12 dan merupakan siri Heisei Ultra pertama ditayangkan selepas beberapa tahun ia dihentikan dan mempunyai 52 buah episod (disertakan dengan 3 buah filem dan 1 buah video OVA sejak beberapa tahun kemudian)pada 7 September 1996 hingga 30 Ogos 1997 menerusi saluran MBS-TBS.Siri ini juga merupakan siri Ultra pertama yang menukarkan warna dari merah ke warna pelbagai.Di Amerika Syarikat,siri ini telah disiarkan menerusi saluran Fox"4 Kids TV-dalam alih suara Bahasa Inggeris" manakala di Indonesia ia telah disiarkan menerusi saluran Indosiar dan Global TV-dalam alih suara Bahasa Indonesia dan di Malaysia ia disiarkan di NTV7-dalam alih suara Bahasa Malaysia pada tahun 2000 dan disiarkan semula di Astro Ceria(saluran 611) pada tahun 2007

Bentuk Manusia:Daigo Madoka(edisi TV)/Tsubasa Madoka(edisi OVA 2001)
Ultraman:Ultraman Tiga
Alatan Bertukar:Spark Lens
Planet:tidak diketahui














Sabtu, Januari 14, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN ZEARTH(1996-Filem Pertama & 1997-Filem Kedua)

Ultraman Zearth adalah sebuah filem Ultraman sempena dengan ulangtahun siri Ultraman ke-30.Filem ini adalah sebuah filem komedi parodi bagi siri Ultraman.Filem ini ditayangkan mengikut 2 buah sekuel iaitu Ultraman Zearth 1-ditayangkan pada 9 Mac 1996 dan Ultraman Zearth 2:Super Human Big Battle:Shadow VS Light-ditayangkan pada 4 Disember 1997.

Bentuk Manusia:Katsuo Asahi
Ultraman:Ultraman Zearth
Alatan Bertukar:Pikari Brusher/Pikari Brusher 2-sejenis berus gigi mesin !!!!
Planet:Nebula Z95






Jumaat, Januari 13, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN NEOS(1995-Edisi Video & 2000-Edisi Siri OVA)

Ultraman Neos adalah siri Ultra ke-11 dan dahulunya disiarkan dalam format video pada tahun 1995 dimana ia adalah merupakan revolusi penjenamaan semula bagi watak Ultraman dan Ultra Seven dimana kemudian ia menjadi Ultraman Neos dan Ultra Seven 21 namun idea tersebut ditolak bagi mengelak kekeliruan dan pada tahun 2000, ia kemudian dikeluarkan dalam edisi OVA yang mempunyai 13 buah episod pada 22 November 2000 hingga 28 Januari 2001 menerusi saluran CBC-TBS.Di Malaysia siri ini pernah ditayangkan di NTV7 pada tahun 2003.

Bentuk Manusia:Genki Kagura
Ultraman:Ultraman Neos
Alatan Bertukar:Estraller
Planet:Nebula M78
Pangkat:Ultra Space Garrison

Bentuk Manusia:UltraSeven 21 memerlukan manusia biasa untuk bertukar
Ultraman:UltraSeven 21
Alatan Bertukar:-tiada-
Planet:Nebula M78
Pangkat:Ultra Space Garrison










ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN POWERED aka ULTRAMAN:THE ULTIMATE HERO(1993-Amerika dan 1995-Jepun)

Ultraman Powered aka Ultraman:The Ultimate Hero adalah siri Ultra ke-10 dan merupakan penghasilan siri Ultra dari luar negara yang terakhir dimana siri ini adalah remake dari siri asal Ultraman tetapi kali ini dibuat dalam versi Amerika dan mempunyai 13 buah episod dimana ia dikeluarkan dalam format video pada 17 Disember 1993 dan kemudian di Jepun ia disiarkan pada 8 April hingga 1 Julai 1995 menerusi saluran TBS.Di Malaysia,siri ini pernah disiarkan di TV3 sekitar tahun 1999

Bentuk Manusia:Kenichi Kai
Ultraman:Ultraman Powered
Alatan Bertukar:Flash Prism
Planet:Nebula M78





Khamis, Januari 12, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN GREAT aka ULTRAMAN TOWARDS THE FUTURE(1990-Australia dan 1995-Jepun)

Ultraman Great aka Ultraman:Towards The Future adalah siri Ultra ke-9 dan merupakan siri Ultra ke-2 diterbitkan di luar negara dan kali ini siri Ultra tersebut mengambil tempat di Australia menerusi hasil kolobrasi antara Tsuburaya Production dan Perbadanan Filem Australia Selatan dan mempunyai 13 episod dan dikeluarkan dalam format video pada 25 September 1990 dan kemudian di Jepun siri ini dialih suara dan disiarkan di saluran TBS dari 8 Julai sehingga 30 September 1995.Di Malaysia siri ini pernah disiarkan di TV1 pada pertengahan tahun 1990-an

Bentuk Manusia:Jack Shindo
Ultraman:Ultraman Great
Alatan Bertukar:Delta Plasma Pendant
Planet:Nebula M78





Isnin, Januari 09, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN USA(1987-Amerika & 1989-Jepun)

Ultraman USA aka Ultraman:The Adventure Begins adalah siri anime Ultra kedua selepas Ultraman Jonias aka The Ultraman.Ia merupakan siri Ultra pertama diterbitkan di luar Jepun dan dihasilkan melalui kolobrasi antara Tsuburaya Production dan Hanna-Babera.Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada tahun 1987 dan di Jepun pada tahun 1989.

Ultra Force

Bentuk Manusia:Scott Masterson(suara:Michael Lembeck-Inggeris,Toru Furuya-Jepun)
Ultraman:Ultraman Scott
Alatan Bertukar:tiada
Planet:Nebula M78

Bentuk Manusia:Chuck Gavin(suara:Chad Everett-Inggeris,Shinji Ogawa-Jepun)
Ultraman:Ultraman Chuck
Alatan Bertukar:tiada
Planet:Nebula M78

Bentuk Manusia:Beth O Brien(suara: Adrienne Barbeau-Inggeris,Tsuru Hiromi-Jepun)
Ultraman:UltraWoman Beth
Alatan Bertukar:tiada
Planet:Nebula M78






ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN 80(1980-1981)

Ultraman 80 adalah siri Ultra ke-8 selepas The Ultraman.Siri ini adalah siri Ultra pertama dan yang terakhir disiarkan pada tahun 1980-an sebelum ia diteruskan semula sehingga tahun 1990-an dan mempunyai 50 buah episod dari 2 April 1980 sehingga 25 Mac 1981 menerusi saluran TBS.Di Malaysia siri Ultraman 80 disiarkan di saluran televisyen TV3 pada tahun 2001 dengan menggunakan nama Ultraman.

Bentuk Manusia:Yamato Takeshi
Ultraman:Ultraman 80
Planet:Nebula M78
Alatan Bertukar:Bright Stick





My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!