FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Jumaat, September 23, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER DECADE(2009)

Kamen Rider Decade adalah siri Heisei Kamen Rider Ke-10 selepas Kamen Rider Kiva dan merupakan francais Siri Kamen Rider Ke-19.Mempunyai 31 buah episod bermula pada 25 Januari 2009 sehingga 30 Ogos 2009 dan ia merupakan siri Ulangtahun Heisei Kamen Rider Ke-10 bermula dengan siri Kamen Rider Kuuga pada tahun 2000 dan serta siri Heisei Kamen Rider pertama disiarkan dalam episod terpendek.Uniknya,Kamen Rider Decade boleh bertukar menjadi watak Kamen Rider terdahulu(bermula dengan Kuuga hingga Kiva) dan menggunakan senjata dan serangan mereka.Konsep ini diteruskan dengan siri Super Sentai edisi 2011-2012,Kaizoku Sentai Gokaiger(dimana Gokaiger bertukar menjadi watak Super Sentai sebelumnya) .Filem epilog (sambungan daripada episod 31-episod akhir)Kamen Rider Decade telah ditayangkan dalam menerusi filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010.Siri ini disiarkan bersama dengan Samurai Sentai Shinkenger menerusi slot Super Hero Time.Frasa dalam siri ini ialah 全てを破壊し、全てを繋げ-Musnahkan semuanya,Sambungkan Semuanya











KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER KIVA(2008-2009)

Kamen Rider Kiva adalah siri Heisei Kamen Rider Ke-9 selepas Kamen Rider Den'O serta merupakan francais Siri Kamen Rider ke-18.Mempunyai 48 episod bermula pada 27 Januari 2008 sehingga 18 Januari 2009 dan disiarkan melalui slot Super Hero Time(TV-Asahi) bersama dengan Engine Sentai Go-Onger.Motif dalam siri ini ialah pontianak dan berunsurkan filem seram. Frasa dalam siri ini ialah Wake Up !!宿命(さだめ)の鎖を解き放て-Bangkit !!Musnahkanlah Rantai Takdir





















KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER DEN'O(2007-2008)

Kamen Rider Den'O adalah siri Heisei Kamen Rider Ke-8 selepas Kamen Rider Kabuto dan merupakan francais Siri Kamen Rider Ke-17. Mempunyai 49 buah episod bermula pada 28 Januari 2007 sehingga 20 Januari 2008.Motif utama dalam siri ini adalah kereta api dan ciri-ciri anime dalam watak Kamen Rider. Selepas siri Kamen Rider Den'O tamat, fenomena Kamen Rider Den'O kali ini berterusan dengan beberapa buah filem dan OVA antaranya Kamen Rider Den'O & Kiva:Climax Deka(April 2008),Farwell !! Kamen Rider Den'O:FINAL COUNTDOWN !(Oktober 2008),Cho Kamen Rider Den'O & Decade:NEO Generation The Onigashima Warship(Mei 2009),Kamen Rider X Kamen Rider X Kamen Rider:Cho Den'O Trilogy(April-Jun 2010) dan terbaru, OOO-Den'O-All Riders:Let's Go Kamen Riders(April 2011-bersempena Ulangtahun Siri Kamen Rider Ke-40) serta 3 buah mini-siri Imagin Anime. Ini menyebabkan siri ini semakin popular.Frasa dalam siri ini ialah 時を超えて 俺、参上! -Mengembara merentas masa, Saya Datang ! dan 時の列車デンライナー!次の駅は過去か?未来か?- Kereta Api Masa DenLiner,Perhentian Seterusnya, Masa Silam atau Masa Depan !


























My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!