Kamen Rider Den'O adalah siri Heisei Kamen Rider Ke-8 selepas Kamen Rider Kabuto dan merupakan francais Siri Kamen Rider Ke-17. Mempunyai 49 buah episod bermula pada 28 Januari 2007 sehingga 20 Januari 2008.Motif utama dalam siri ini adalah kereta api dan ciri-ciri anime dalam watak Kamen Rider. Selepas siri Kamen Rider Den'O tamat, fenomena Kamen Rider Den'O kali ini berterusan dengan beberapa buah filem dan OVA antaranya Kamen Rider Den'O & Kiva:Climax Deka(April 2008),Farwell !! Kamen Rider Den'O:FINAL COUNTDOWN !(Oktober 2008),Cho Kamen Rider Den'O & Decade:NEO Generation The Onigashima Warship(Mei 2009),Kamen Rider X Kamen Rider X Kamen Rider:Cho Den'O Trilogy(April-Jun 2010) dan terbaru, OOO-Den'O-All Riders:Let's Go Kamen Riders(April 2011-bersempena Ulangtahun Siri Kamen Rider Ke-40) serta 3 buah mini-siri Imagin Anime. Ini menyebabkan siri ini semakin popular.Frasa dalam siri ini ialah 時を超えて 俺、参上! -Mengembara merentas masa, Saya Datang ! dan 時の列車デンライナー!次の駅は過去か?未来か?- Kereta Api Masa DenLiner,Perhentian Seterusnya, Masa Silam atau Masa Depan !






















Tiada ulasan:
Catat Ulasan