FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Khamis, Oktober 27, 2011

COMING SOON:KAIZOKU SENTAI GOKAIGER VS GAVAN

Perhatian Kepada Fans Gaban !!!!, kami akan uar-uarkan filem terbaru,Kaizoku Sentai Gokaiger VS Uchuu Keiji Gavan dimana kita lihat sebelum ini bahawa perancangan untuk menghasilkan filem team up sempena ulangtahun siri Metal Heroes Ke-30 hanyalah khabar angin tetapi ia telah menjadi realiti dimana Gokaiger bersama dengan Gavan (serta sebahagian wira Metal Hero seperti Space Sherrif dan lain-lain) tetapi tarikh tayangan belum lagi diumumkan dan diharap kepada fans Gaban anda perlu bersabar..............

GABAN Z POTONG 2 !!!!!!!!!!!!!

KAMEN RIDER X KAMEN RIDER-FOURZE & OOO:MOVIE WARS MEGAMAX NEWEST PICTURE


Filem Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO-MOVIE WARS MEGAMAX akan bakal ditayangkan pada 10 Disember 2011 dan kami siarkan 3 gambar terbaru seperti dibawah:


Kamen Rider Aqua(KAMEN RIDER BARU !!!)
-Kali ini Miharu/Kamen Rider Poseidon menjadi Kamen Rider Aqua

12 Kamen Riders Bersatu !!!(Kiri-Riderman,Kamen Rider Amazon,Kamen Rider Stronger,Kamen Rider Nadeshiko,Kamen Rider Fourze,Kamen Rider OOO,Kamen Rider W, Kamen Rider Aqua,Kamen Rider 1,Kamen Rider 2 dan Kamen Rider V3
Bawah-Phillip & Shotaro Hidari(Kamen Rider W),Gentaro Kisaragi(Kamen Rider Fourze) dan Hino Eiji(Kamen Rider OOO) HENSHIN !!!!



Kamen Rider Fourze dan Kamen Rider Nadeshiko melakukan serangan team up dengan menggunakan Rocket Punch !!
Kanan-Museum (Dopant) dan Greeed kembali (selain Zodiarts)!!!

FILEM KAMEN RIDER X KAMEN RIDER-FOURZE & OOO MOVIE WARS MEGAMAX AKAN DITAYANGKAN PADA 10 DISEMBER 2011(JEPUN) !!

Jumaat, Oktober 14, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-FEMALE KAMEN RIDER


Helo sudah lama saya tidak menulis topik ini, tidak mengapa hari ini saya akan rungkaikan topik tentang watak Kamen Rider perempuan pula...Mungkin anda kena fikir 2 kali siapakah Kamen Rider Perempuan Pertama sama ada dari Showa atau Heisei sama-sama kita saksikan....


Electro Human Wave Tackle(siri Kamen Rider Stronger-1975)
-Merupakan rakan seperjuangan Kamen Rider Stronger.Motif beliau adalah kumbang kura-kura
-Di episod 30,Electro Human Wave Tackle dibunuh oleh Doktor Kate apabila beliau mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Shigeru daripada diracun.
-Di dalam filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010,watak Electro Human Wave Tackle dilakonkan oleh Alice Hirose sebagai Yuriko Misaki versi Another Rider World Tackle

Kamen Rider Femme(filem Kamen Rider Ryuki:EPISODE FINAL-2002)
-Merupakan Kamen Rider wanita pertama dalam era Heisei dan dilakonkan oleh Natsuki Katou sebagai Miho Kirishima
-Berbeza daripada Kamen Rider Knight, motif utama beliau adalah swan dan cara pertempuran berlainan daripada Kamen Rider Knight
-Beliau berjaya membunuh Kamen Rider Ouja sebagai membalas dendam terhadap kematian kakaknya dan mati dibunuh oleh Kamen Rider Ryuga

Kamen Rider Larc(filem Kamen Rider Blade:MISSING ACE-2004 dan siri Kamen Rider Decade-2009)
-Identiti beliau adalah Natsumi Miwa(dilakonkan oleh Yoko Mitsuya)
-Merupakan Rider Generasi Baru yang diusahakan oleh BOARD untuk menangkap Undead yang
dilepaskan oleh Albino Joker
-Dibunuh oleh Albino Joker selepas Undead Kategori King dilepaskan
-Di dalam siri Kamen Rider Decade(2009), Beliau menggunakan nama sebagai Haruka Miwa(apabila Kamen Rider Decade menjelajah dunia Diend)


Kamen Rider Shuki(siri Kamen Rider Hibiki-2005)
-Merupakan Kamen Rider wanita yang muncul di TV dan membuat penampilan di 2 episod
-Merupakan bekas Oni Kamen Rider dan usia sebenar beliau adalah 80 tahun tetapi menggunakan kuasa tersendiri mengubah beliau kepada usia 30 tahun
-Beberapa tahun kemudian setelah kembali ke medan pertempuran, beliau mencuri Oni no Yoroi untuk menentang Oni atas arahan untuk mencuri peralatan Henshin daripada mereka untuk mengembalikan semula beliau menjadi Oni Kamen Rider dan menewaskan N
otsugo sekali lagi tetapi ditangkap oleh Notsugo sebelum beliau mengorbankan dirinya dan kemudian raksasa Notsugo ditewaskan oleh Kamen Rider Zanki dan akhirnya Shuki mati.Shuki meminta Zanki satu permintaan untuk menghargai Shuki dengan menutup muka dengan bunga agar tiada sesiapa melihat identiti sebenar beliau.Dilakonkan oleh Reiko Kataoka


Kamen Rider Amaki a.k.a Transformed Akira(siri Kamen Rider Hibiki-2005 dan siri Kamen Rider Decade-2009)
-Identiti sebenar Amaki adalah Amai Akira(dilakonkan oleh Nana Akiyama)
-Didalam siri Kamen Rider Hibiki, Akira menggunakan Henshin Onteki untuk bertukar menjadi Transformed Akira tetapi gagal kemudian pada tahun 2009, beliau mencuri Henshin Onteki Ibuki untuk bertukar menjadi Kamen Rider Amaki(Heavenly Demon aka Hantu Syurga)
-Berbeza daripada Kamen Rider Ibuki, serangan mutlak adalah sama dan sut Kamen Rider Amaki adalah sama seperti Kamen Rider Ibuki
-Di dalam episod 30(Dunia Perang Rider) ketika 9 dunia Kamen Riders dalam keadaan huru-hara ,Kamen Rider Amaki dibunuh oleh Kamen Rider Saga dalam pertempuran antara Dunia Hibiki dan Dunia Kiva bersama Fangire tetapi dihidupkan semula selepas kematian Tsukasa
Kadoya/Kamen Rider Decade Fury Form didalam filem Kamen Rider Movie War 2010 segmen Kamen Rider Decade-FINAL CHAPTER

Kamen Rider Kivala(filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade MOVIE WAR 2010-2009)
-Identiti beliau adalah Hikari Natsumi(dilakonkan oleh Kanna Mori)
-Beliau bertukar dengan menggunakan Kivala Belt tetapi tidak berbeza dengan Kamen Rider Kiva kerana tidak menggunakan wisel dan gigitan untuk bertukar.
-Beliau telah membunuh Kamen Rider Decade(Violent Emotion) untuk menghentikan kemusnahan dunia Kamen Rider (apabila ia diarahkan oleh Narutaki) dan kemudian bersama dengan Diend,Decade dan Kuuga untuk menentang Super Shocker.

Kamen Rider Nadeshiko(filem terbaru Kamen Rider,Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO Movie War Megamax-10 Disember 2011)
-Merupakan Kamen Rider wanita terbaru didalam filem Kamen Rider terbaru yang akan ditayangkan pada Disember 2011
-Dilakonkan oleh Erina Mano sebagai Misaki Nadeshiko (Hello ! Project)

Jumaat, Oktober 07, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER:THE NEXT(2007)

Kamen Rider:The Next adalah filem remake Kamen Rider kedua dan merupakan sekuel daripada siri sebelumnya,Kamen Rider:The First(2005).Filem ini membawa elemen dari siri TV Kamen Rider V3 serta filem ini diarahkan oleh Ryuta Tasaki dan penulis skrin Toshiki Inoue.Filem Kamen Rider The Next ditayangkan pada 27 Oktober 2007 .Dibintangi oleh Kazuki Kato(Kamen Rider Kabuto) bersama dengan Masaya Kikawada dan Hassei Takano.Filem ini dikelasifikasi sebagaiPG-12 oleh Eirin(Bimbingan ibu bapa/orang dewasa disyorkan untuk penonton dibawah umur 12 tahun-mengandungi tahap ganas yang sederhana dan ketelanjangan yang jelas) tetapi pendapat saya di Malaysia filem ini dikelasifikasi sebagai PG-13(mungkin penggunaan kelasifikasi U di dalam filem ini adalah kekal)








COMING SOON: KAMEN RIDER X KAMEN RIDER-FOURZE & OOO:MOVIE WAR MEGAMAX


Kamen Rider Movie Wars MEGAMAX Poster Revealed!

Erina Mano(Hello ! Project) sebagai Misaki Nadeshiko/Kamen Rider Nadeshiko

Kamen Rider × Kamen Rider Fourze & OOO: Movie Wars MEGAMAX

Kamen Rider W kembali lagi daa........

Kamen Rider Poseidon VS Kamen Rider Proto-Birth

Kamen Rider Poseidon




Filem Kamen Rider Movie Wars berterusan lagi dan kali ini Kamen Rider Fourze bergandingan dengan Kamen Rider OOO di dalam filem team-up terbaru Kamen Rider, Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO-MOVIE WARS MEGAMAX dimana filem ini akan bakal ditayangkan pada 10 Disember 2011. Segmen filem Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Fourze diarahkan oleh Koichi Sakamoto.

Filem Kamen Rider Movie War Megamax menampilkan 7 Kamen Rider Showa(dari Kamen Rider 1 sehingga Kamen Rider Stronger) sebagai penghargaan sempena ulangtahun Siri Kamen Rider Ke-40 serta penampilan semula Kamen Rider W di dalam filem ini . Selain itu, 2 Kamen Rider baru turut ditampilkan dalam filem ini antaranya Kamen Rider Poseidon dan Kamen Rider Nadeshiko.

Filem Kamen Rider X Kamen Rider:Fourze & OOO-MOVIE WAR MEGAMAX bakal ditayangkan pada 10 Disember 2011 !!!

Sabtu, Oktober 01, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER:THE FIRST(2005)

Kamen Rider:The First adalah filem tokusatsu Jepun.Filem ini telah diadaptasi dari siri asal Kamen Rider dimana terdapat perbezaan antara siri TV dengan filem.Filem ini telah ditayangkan pada 5 Disember 2005 dan filem ini dibintangi oleh Masaya Kikawada(Battle Royale Requiem) sebagai Hongo Takeshi dan Hassei Takano(Ultraman Gaia,Kamen Rider Ryuki) sebagai Ichimonji Hayato serta Hiroshi Miyauchi(Kamen Rider V3,GoRanger,JAKQ,Winspector,Solbrain,Exceedraft,OhRanger) sebagai Tachibana Tobei.Selepas filem Kamen Rider:The First ditayangkan,sebuah filem sekuel ditayangkan iaitu Kamen Rider:The Next(2007)











Khamis, September 29, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER MOTORCYCLES

Selepas kita menyiarkan info mengenai siri Kamen Rider , kali ini kami akan siarkan pula motosikal yang digunakan oleh Kamen Riders. Penggunaan motosikal oleh Kamen Riders adalah perkara wajib yang lazimnya digunakan di dalam mana-mana siri Kamen Rider.

1971-2000-Motosikal Suzuki digunakan sepanjang siri Showa Kamen Rider

Cyclone & New Cyclone
-Motosikal Kamen Rider 1
-Serangan adalah Cyclone Attack
-Dihasilkan oleh Hongo Takeshi,Tachibana Tobei dan Taki Kazuya
-Dimodenkan di dalam filem Kamen Rider:The First dan Kamen Rider:The Next

Cyclone & New Cyclone 2
-Motosikal Kamen Rider 2
-Diberikan kepada Ichimonji Hayato oleh Hongo Takeshi
-Rekabentuk Cyclone sama seperti Cyclone yang digunakan oleh Kamen Rider 1
Hurricane
-Motosikal Kamen Rider V3
-Digunakan ketika beliau dalam bentuk Kamen Rider V3
-Serangan Hurricane adalah Hurricane Dash dan Hurricane Last Dash
-Dimodenkan semula dalam filem Kamen Rider:The Next

Rider Machine
-Motosikal Riderman
-Berbeza daripada motosikal yang digunakan oleh senior Kamen Rider, motosikal Riderman adalah motosikal biasa Suzuki jenis 250cc
-Tidak mempunyai senjata dan serangan

Cruiser
-Motosikal Kamen Rider X
-Boleh mengembara di darat, udara dan laut
Serangan adalah Cruiser Big Loop dan Cruiser Attack

Jungler
-Motosikal Kamen Rider Amazon
-Dibina oleh Tachibana Tobei berdasarkan rekabentuk yang diperlukan oleh Kosaka dalam perjalanan beliau ke Amazon.
-Reka bentuk Jungler lebih bertenaga dan eksotik berbanding daripada motosikal Kamen Rider sebelumnya yang dihasilkan oleh Tobei menampilkan sayap di belakang, dan mata serta mulut(menyerupai kepala Kamen Rider Amazon) di hadapan

Kabutoro
-Motosikal Kamen Rider Stronger
-Serangan adalah Kabutoro Thunder

Sky Turbo
-Motosikal Skyrider
-Menghasilkan serangan seperti Rider Break

V-Machine
-Motosikal pertama Kamen Rider Super-1 dimana ia boleh bertukar kepada yang lebih kompleks ,V-Jet.
-Merupakan Rider Machine pertama dihasilkan oleh pengeluar motosikal Amerika, Harley Davidson

Blue Version
-Motosikal kedua Kamen Rider Super-1
-Lebih ringan berbanding V-Jet

Hell Driver
-Motosikal peribadi Kamen Rider ZX

Battle Hopper a.k.a Belalang Tempur
-Motosikal pertama Kamen Rider Black aka Satria Baja Hitam
-Motosikal bernyawa yang dihasilkan oleh Gorgom dan dibuat secara spesifikasi untuk calon Sousei-O Black Sun dan Shadow Moon yang akan datang.
-Kebolehan Battle Hopper adalah menyembuhkan semula bahagian yang cedera sekiranya berlaku kerosakan dan boleh berdiri semula sekiranya terjatuh
-Serangan istimewa adalah Dynamic Slash.
-Motosikal Battle Hopper tersebut kemudian dicuri oleh Shadow Moon dan mati di episod terakhir.
-Kemudian Battle Hopper bertukar kepada AcroBatter sebagai respons evolusi Black kepada Black RX
-Motosikal kedua Kamen Rider Black yang dihasilkan oleh Yoichi Daimon untuk Gorgom-Merupakan prototaip kenderaan bagi angkatan tentera mutan Gorgom kemudian menjadi motosikal kedua Kamen Rider Black
-Serangan adalah Attack Shield untuk melindunginya daripada bahaya


Acrobatter
-Motosikal Kamen Rider Black RX
-Versi baru kepada motosikal lama Kamen Rider Black sebagai respons evolusi Black kepada Black RX
-Dikuasakan dengan cahaya matahari,Acrobatter menghasilkan serangan Acrobatic Burn

Roboizer
-Motosikal RoboRider
-Mempunyai 2 Vulcan Gun
-Apabila Black RX bertukar kepada RoboRider,Acrobatter berubah menjadi Roboizer

Mach Jabber
-Motosikal BioRider
-Seperti RoboRider,Black RX bertukar menjadi BioRider dan kemudian AcroBatter
Z Bringer
-Motosikal Kamen Rider ZO
-Dihasilkan oleh Profesor Mochizuki dan ia penghasilan semula motosikal biasa
-Motosikal Z-Bringer bertukar bersama Kamen Rider ZO dengan berkebolehan kelajuan tinggi sehingga 1300 km/sejam dan meningkatkan kepanasan pada 1000 darjah celcius
-Digunakan sebagai menghasilkan serangan Z-Bringer Attack

J-Crosser
-Motosikal Kamen Rider J
-Mempunyai peningkatan kelajuan sehingga 1300 km/sejam
-Digunakan sebagai menghasilkan serangan seperti J Striker

2000-sekarang:Siri Heisei Kamen Rider menggunakan motosikal jenis Honda

Try Chaser 2000
-Motosikal pertama dan persendirian Kamen Rider Kuuga
-Merupakan model motosikal polis yang baru dan direka cipta untuk meningkatkan kelajuan berbanding daripada motosikal polis yang sedia ada
-Untuk mengaktifkan Try Chaser 2000, Try-Acceler Rod digunakan sebagai mengaktifkan motosikal tersebut dan 4-kod nombor sebagai pengaktifan
-Di pertengahan episod, motosikal tersebut dirosakkan oleh Go-Bada-Da

Beat Chaser 2000
-Motosikal kedua Kamen Rider Kuuga iaitu Try Chaser 2000 yang diubahsuai selepas kerosakan akibat diserang oleh Gurongi
-Lebih laju berbanding daripada model TRCS

TryGouram
-Gabungan TryChaser 2000 dengan Gouram
-Serangan mutlak adalah Try Gouram Attack
-Digunakan sebagai perisai

Beat Gouram
-Gabungan Beat Chaser 2000 dengan Gouram
-Seperti TryGouram, rekabentuk diubah dengan saduran jalur emas dipanggil Rising Beat Gouram
-Digunakan hanya sekali sahaja apabila menewaskan Go-Baberu-Da
-Selepas digunakan, Gouram disimpan di Divisyen Polis Sains bila tidak diperlukan

Tornader
-Motosikal Kamen Rider Agito
-Boleh bertukar menjadi sebuah hoverkraf dipanggil Slider Mode untuk melancarkan serangan musuh

Guard Chaser
-Motosikal Kamen Rider G3/G3-X
-Rekabentuk GuardChaser adalah berdasarkan daripada TryGouram dan BeatGouram dari siri sebelumnya,Kamen Rider Kuuga(2000-2001)

Gills Raider
-Motosikal Kamen Rider Gills
-Bertukar daripada motosikal biasa dengan motosikal Gills Raider bersama dengan Kamen Rider Gills dengan menggunakan Meta Factor
Dark Hopper
-Motosikal Kamen Rider Another Agito
-Bentuk alternatif Honda XR250 dengan menggunakan kuasa Ank Point
Rider Shooter
-Digunakan oleh semua Kamen Riders(kecuali Ryuga dan Odin) untuk menuju ke Mirror World

Dragranzer
-Motosikal Kamen Rider Ryuki Survive
-Ia boleh bertukar daripada Contract Beast Dragranzer kepada sebuah motosikal
-Digunakan sebagai serangan mutlak Final Vent

Black Raider
-Motosikal Kamen Rider Knight Survive
-Ia boleh bertukar Contract Beast BlackRaider kepada sebuah motosikal
-Digunakan sebagai serangan mutlak

Psycoroader
-Motosikal Alternative Zero
-Boleh bertukar daripada Contract Beast Psycho Rouge kepada sebuah motosikal
-Digunakan sebagai serangan mutlak

AutoVajin/SB-555V
-Motosikal Kamen Rider 555
-Direka bentuk oleh Smart Brain
-Boleh bertukar menjadi sebuah robot mekanikal tempur ,AutoVajin Battle Mode

Side Bassher/SB 913V
-Motosikal sidecar Kamen Rider Kaixa
-Boleh bertukar menjadi Side Bashher Battle Mode
-Di dalam filem Kamen Rider X Kamen Rider:W & Decade-MOVIE WAR 2010,Kamen Rider Decade(Fury Form) menggunakan kad AttackRide:SideBassher untuk bertukar MachineDecader kepada SideBassher Battle Mode untuk menghapuskan Kamen Rider J(bentuk raksasa) demi mendapatkan kesemua kad Kamen Rider

Jet Sliger/SB VX0
-Motosikal besar Kamen Rider Delta dan Kamen Rider Faiz
-Mempunyai 5 ekzos yang besar untuk meningkatkan kelajuan paling tinggi
-JetSliger 555 dimusnahkan oleh Kamen Rider Delta(Kitazaki/Dragon Orphenoch) dan kemudian sekali lagi Jet Sliger Delta dimusnahkan oleh Kamen Rider Kaixa dengan Side Bassher

GyroAttacker/SB RT-V
-Motosikal tentera klon RiotTroopers

Blue Spader
-Motosikal Kamen Rider Blade
-Direka oleh B.O.A.R.D untuk menjejak Undead
-Spesifikasi rekabentuk sebagai aspek kepada Kamen Rider Blade Rider System
-Dilengkapi dengan teknologi Rouzer yang terhad

Red Rhombus
-Motosikal Kamen Rider Garren
-Dihasilkan oleh B.O.A.R.D sebagai aspek kepada Garren Rider System

Shadow Chaser
-Motosikal Kamen Rider Chalice
-Merupakan motosikal asal Honda XR250 yang bertukar menjadi Shadow Chaser bersama dengan Kamen Rider Chalice

Green Clover
-Motosikal Kamen Rider Leangle
-Diguanakan sebagai Leangle Rider System
-Mempunyai kapasiti Rouzer yang terhad

Gaika(Api Kemenangan)
-Motosikal Kamen Rider Hibiki
-Jenis motosikal Kamen Rider Hibiki adalah Honda Valkyrie Fire

Tatsumaki(Taufan)
-Motosikal Kamen Rider Ibuki
-Jenis motosikal Kamen Rider Ibuki adalah Honda Shadow
KabutoExtender
-Motosikal Kamen Rider Kabuto
-Berkebolehan mempunyai 2 prestasi mod.
-Jenis motosikal KabutoExtender adalah Honda CBR1000RR
GatackExtender
-Motosikal Kamen Rider Gatack
-Mempunyai 2 mod seperti konfigurasi Ex Mode, dimana motosikal bertukar menjadi papan luncur
Machine Zecter
-Motosikal Kamen Rider Drake,Kamen Rider TheBee dan Kamen Rider Hercaus
-Dihasilkan oleh ZECT
-Zectron Pinch adalah senjata standard diperlukan dalam motosikal ini

Machine DenBird
-Motosikal Kamen Rider Den'O
-Motosikal persendirian Honda jenis XR250
-Dilancarkan dari DenLiner dan ia digunakan di dalam kokpit DenLiner
-Walaupun Ryotaro Nogami tidak menggunakan motosikal tersebut, Taros tersebut menggunakan apabila beliau dirasuk

GaohStrike
-Motosikal Kamen Rider Gaoh
-Digunakan untuk mengendali GaohLiner

ZeroHorn
-Motosikal Kamen Rider Zeronos
-Berbeza daripada Machine DenBird, Zero Horn mempunyai tanduk dihadapan
-Digunakan untuk mengawal ZeroLiner di dalam
Machine Kivaa
-Motosikal Kamen Rider Kiva
-Jenis motosikal persendirian Honda Shadow 750
-Diberikan oleh Kivat dan ia dikatakan dihasilkan daripada Motobat Ke-16 daripada seorang tukang kraf terulung daripada Kaum Kivat
-Selain itu, Machine Kivaa bergabung dengan Buroon Whistle menjadi Buroon Booster

IxaLion
-Motosikal persendirian Kamen Rider Ixa
-Jenis motosikal Kamen Rider Ixa adalah Honda CBR 1000RR berbentuk motosikal lumba MotoGP

G-Bike
-Motosikal Kamen Rider G

Machine Decader
-Motosikal Kamen Rider Decade
-Jenis motosikal Kamen Rider Decade adalah Honda DN-01
-Ia boleh menukar motosikal tersebut kepada motosikal Kamen Rider sebelumnya
HardBoilder
-Motosikal Kamen Rider W
-Jenis motosikal Kamen Rider W adalah Honda CBR 1000 RR
-Kebolehannya adalah menukar separuh bahagian belakang motosikal tersebut dengan pelbagai jenis didalam RevolGarry

Diablossa
-Motosikal persendirian Terui Ryuu/Kamen Rider Accel bila tidak bertukar menjadi Kamen Rider Accel
-Jenis motosikal adalah Ducati 999 buatan Itali

Kamen Rider Accel Bike Form
-Kuasa Accel Memory membenarkan Kamen Rider Accel bertukar menjadi motosikal dikenali sebagai Bike Mode

SkullBoilder
-Motosikal Kamen Rider Skull
-Berbeza dengan Machine Boilder Kamen Rider W, Skull Boilder adalah berwarna hitam

RideVendor
-Motosikal Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Birth
-Dihasilkan oleh Yayasan Kougami
-Jenis motosikal RideVendor adalah Honda VT 750 C2B
-Ia boleh bertukar menjadi sebuah mesin penjual apabila tidak diperlukan dan selain itu,RideVendor Machine Vendor Mode digunakan untuk mengambil Candroid dan ia digunakan apabila perlu
Machine Massigler
-Motosikal Kamen Rider Fourze
-Diberikan kepada Gentaro Utahoshi.
-Nama rasmi adalah ORB-40F





My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!