FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Memaparkan catatan dengan label Ultraman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ultraman. Papar semua catatan

Khamis, Februari 09, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRASEVEN X(2007)

Ultraseven X aka ULTRASEVEN X adalah siri Ultra ke-18 dan mempunyai 12 buah episod bermula pada 5 Oktober 2007 sehingga 21 Disember 2007.Siri ini adalah remake daripada siri asal UltraSeven pada tahun 1967-1968 sempena ulangtahun siri Ultraseven ke-40 dan selain itu siri ini adalah siri Ultra pertama dikhususkan kepada penonton dewasa dan disiarkan dalam format skrin HD dan ia disiarkan pada jam 2:25 pagi di TBS dan 2:15 pagi di CBC-TBS

Bentuk Manusia:Jin
Ultraman:ULTRASEVEN X
Alatan Bertukar:Ultra Eyes
Planet:Nebula M78










ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN MEBIUS(2006-2007)

 Ultraman Mebius adalah siri Heisei Ultra ke-7 dan merupakan siri Ultra ke-18 bersempena dengan ulangtahun siri Ultraman ke-40 dan siri ini mempunyai 50 buah episod bermula pada 8 April 2006 sehingga 31 Mac 2007 menerusi saluran CBC-TBS manakala tahun seterusnya siri ini dihasilkan dalam versi Gaiden dan dikeluarkan dalam format DVD.Siri ini juga turut menampilkan pelakon veteran-veteran siri Ultraman bermula dengan siri Ultraman(1966) sehingga Ultraman 80(1980) kembali muncul di siri tersebut.Berbeza dengan siri terdahulu iaitu Ultraman Nexus dan Ultraman Max,siri ini disiarkan pada sebelah petang pada hari Sabtu jam 5:30 petang.Di Malaysia,siri ini pernah disiarkan di TV2 pada tahun 2010

Bentuk Manusia:Mirai Hibino
Ultraman:Ultraman Mebius
Alatan Bertukar:Mebius Brace
Planet:Nebula M78

Bentuk Manusia:Kazuya Serizawa/Ryu Aihara(episod 49-50)
Ultraman:Ultraman Hikari
Alatan Bertukar:Knight Brace
Planet:Aabu/Nebula M78















Ahad, Februari 05, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN MAX(2005-2006)

Ultraman Max adalah siri Heisei Ultra ke-6 selepas Ultraman Nexus dan merupakan siri Ultra ke-17 dan siri ini mempunyai 40 buah episod bermula pada 7 Julai 2005 hingga 1 April 2006 menerusi saluran CBC-TBS.Siri ini merupakan penghormatan kepada siri Ultraman terdahulu dimana rekabentuk Ultraman Max adalah berdasarkan dari siri UltraSeven manakala pelakon veteran Ultraman seperti Susumu Kurobe,Hiroko Sakurai dan Koji Moritsugu dan penampilan raksasa lama dari siri terdahulu.Siri ini lebih unik kerana ia diselitkan dengan elemen humor dan komedi berbanding daripada siri sebelumnya,Ultraman Nexus.Selain itu,pelakon bukan Jepun,Sean Nichols turut berlakon sebagai Sean White dari pasukan DASH.Di Malaysia siri ini pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2008.

Bentuk Manusia:Touma Kaito
Ultraman:Ultraman Max
Alatan Bertukar:Max Spark
Planet:Nebula M78

Bentuk Manusia:-tiada-
Ultraman:Ultraman Xenon @ Zenon
Alatan Bertukar:tiada
Planet:Nebula M78








Khamis, Januari 26, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN NEXUS(2004-2005)

Ultraman Nexus adalah siri Heisei Ultra ke-5 selepas Ultraman Cosmos dan mempunyai 37 buah episod(termasuk 2 episod tambahan:Episod 29 DC dan Episod EX) bermula pada 2 Oktober 2004 hingga 25 Jun 2005 menerusi saluran CBC-TBS.Tidak seperti siri Ultra terdahulu,jalan cerita siri Ultraman Nexus lebis serius,gelap dan seram dan asal siri ini memfokuskan kepada penonton dewasa namun terlebih dahulu ia dikhususkan kepada penonton kanak-kanak dan uniknya siri ini disiarkan dalam dua waktu berlainan iaitu hari Sabtu jam 7:30 pagi dan 3 bulan siri ini tamat ia disiarkan semula pada hari Selasa jam 2:30 pagi.Di Malaysia siri ini pernah disiarkan di TV3 pada akhir tahun 2006.

Bentuk Manusia:Jun Himeya(Generasi ke-2),Ren Senjyu(Generasi Ke-3),Saijou Nagi(Generasi Ke-4 namun sementara),Komon Kazuki(Generasi Akhir)
Ultraman:Ultraman Nexus
Alatan Bertukar:Evoltruster
Planet:tidak diketahui














ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN aka ULTRAMAN:THE NEXT(2004-filem)

ULTRAMAN aka Ultraman:The Next adalah sebuah filem Ultraman dan eksperimen projek Ultra N Project dan filem ini menampilkan Ultraman dengan kod nama:The Next dan filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2004.Seperti siri sebelumnya,jalan cerita filem ini lebih serius dan gelap dan ia sesuai ditonton untuk semua peringkat usia sama ada dewasa dan kanak-kanak.Ultraman The Next adalah generasi pertama Ultra N Project bersama dengan Ultraman Nexus(kemudian dihasilkan dalam versi siri TV) dan Ultraman Noa(muncul di episod akhir Ultraman Nexus)

Bentuk Manusia:Tetsuya Maki(generasi pertama Deunamisto)
Alatan bertukar:tiada
Ultraman:Ultraman aka The Next
Planet:tidak diketahui








Isnin, Januari 23, 2012

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN COSMOS(2001-2002:Siri TV & 2002-2003:Filem)

Ultraman Cosmos adalah siri Heisei Ultra Ke-4 dan siri Ultra ke-16 serta merupakan ulangtahun siri Ultraman Ke-35.Siri ini mempunyai 65 episod bermula pada 7 Julai 2001 sehingga 28 September 2002 dan merupakan siri Ultra pertama mempunyai episod terpanjang dan disiarkan menerusi saluran MBS-TBS.Sepanjang siri ini disiarkan, kontroversi telah berlaku apabila pelakon yang memegang watak sebagai Musashi Haruno, Sugiura Taiyou ditahan polis atas kesalahan jenayah namun dibebaskan kerana kekurangan bahan bukti.Berikutan itu,Tsuburaya dan TBS telah menarik balik sebahagian episod Ultraman Cosmos(Episod 50,52,54,56 dan 58) dan kemudian diedarkan dalam format DVD.Di Malaysia siri ini ditayangkan di NTV7 pada tahun 2004 sehingga 2007 dan kemudian disiarkan semula di Astro Ceria pada tahun 2011.

Bentuk Manusia:Musashi Haruno
Ultraman:Ultraman Cosmos
Alatan Bertukar:Cosmo Pluck
Planet:tidak diketahui

Bentuk Manusia:Julie(dalam filem ketiga Ultraman Cosmos)
Ultraman:Ultraman Justice
Alatan Bertukar:JustLancer
Planet:tidak diketahui














My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!