FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Selasa, November 30, 2010

SUPER SENTAI OF THE DAY: BAKURYUU SENTAI ABARANGER(2003-2004)

















Bakuryuu Sentai Abaranger adalah siri Super Sentai ke-27 selepas Hurricanger. Mempunyai 50 buah episod bermula pada 16 Februari 2003 sehingga 8 Februari 2004. Motif dalam siri ini adalah dinosaur(tidak kena mengena dengan siri Zyuranger dengan motif haiwan purba).Jalan cerita Abaranger digunakan dalam siri Power Rangers Dino Thunder. Siri ini disiarkan bersama dengan siri Kamen Rider 555. Selain itu, filem bertajuk: Bakuryuu Sentai Abaranger DELUXE The Movie-Abare Summer is Freezing Cold! ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider 555:Paradise Lost dan filem video Sentai V-Cinema, Abaranger mempunyai 2 buah filem video antaranya,Abaranger VS Hurricanger pada tahun 2004 dan Dekaranger VS Abaranger pada tahun 2005. Di dalam episod 19 Power Rangers Dino Thunder yang bertajuk "Lost and Found In Translation" ,di mana episod 10 Abaranger yang bertajuk "Abare Leaguer Bind" dipaparkan tetapi ia dialih suara dalam bahasa Inggeris.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Kōichirō Nishi: Ryouga Hakua/AbareRed/AbareMax
Shō Tomita: Yukito Sanjou/AbareBlue
Aiko Itō : Ranru Itsuki/AbareYellow
Kaoru Abe: Asuka/AbareBlack
*Koutaro Tanaka: Mikoto Nakadai/AbareKiller

*Nama Koutarou Tanaka/Mikoto Nakadai dalam siri Abaranger tidak kena mengena dengan nama Kotaro Tanaka/Tendou Ryu dalam siri Jetman. Diharap jangan keliru dengan namanya.

SUPER SENTAI OF THE DAY: NINPUU SENTAI HURRICANGER(2002-2003)



















Ninpuu Sentai Hurricanger adalah siri Super Sentai ke-26 selepas Gaoranger. Mempunyai 51 buah episod bermula pada 17 Februari 2002 sehingga 9 Februari 2003 dan disiarkan bersama dengan Kamen Rider Ryuki. Motif dalam siri ini adalah gabungan daripada konsep siri Super Sentai lama, Liveman dan Kakuranger di mana motif ninja digunakan semula dalam siri ini manakala konsep dalam siri Liveman digunakan semula dari segi watak dan mecha dengan 3 watak kemudian dengan 2 watak. Jalan cerita Hurricanger digunakan dalam siri Power Rangers Ninja Storm(kerjasama dengan Disney dan JETIX). Filem Ninpuu Sentai Hurricanger:Shushuuto the Movie ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Ryuki: EPISODE FINAL dan di dalam filem video Sentai V-Cinema, 2 buah filem video Hurricanger antaranya, Hurricanger VS Gaoranger pada tahun 2003 dan Abaranger VS Hurricanger pada tahun 2004.Selain itu, 10 pelakon alumni Super Sentai membuat penampilan dalam siri ini memegang peranan watak sebagai Shurikenger.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Shun Shioya : Yousuke Shiina/Hurricane Red
Nao Nagasawa : Nanami Nono/Hurricane Blue
*Kōhei Yamamoto: Kouta Bitou/Hurricane Yellow
Yūjirō Shirakawa ): Ikkou Kasumi/Kabuto Raiger
Nobuo Kyō :Isshu Kasumi/Kuwaga Raiger
Taiki Matsuno): Asuka Kagura/Shurikenger (Suara)

*Kohei Yamamoto(Kouta Bitou/Hurricane Yellow) dan Asuza Yamamoto(Furabijo) adalah merupakan adik-beradik dan berlakon di dalam siri Hurricanger.

SUPER SENTAI OF THE DAY: HYAKUJUU SENTAI GAORANGER(2001-2002)



















Hyakujuu Sentai Gaoranger adalah siri Super Sentai ke-25 dan ia bersempena dengan ulangtahun Siri Super Sentai ke-25. Mempunyai 51 buah episod bermula pada 18 Februari 2001 sehingga 10 Februari 2002. Motif dalam siri ini adalah haiwan liar dan jalan cerita Gaoranger digunakan dalam siri Power Ranger Wild Force(keluaran terakhir produksi Saban).Siri ini disiarkan bersama dengan Kamen Rider Agito dan filem Hyakujuu Sentai Gaoranger:The Fire Mountain Roars adalah filem Super Sentai pertama dalam era Heisei selepas kali terakhir adalah Chouriki Sentai Ohranger The Movie(1995) dan filem ini ditayangkan serentak bersama dengan filem Kamen Rider, Kamen Rider Agito:Project G4. Dalam Sentai V-Cinema, Gaoranger bekerjasama dengan watak Sentai sebelumnya dalam filem video, Gaoranger VS Super Sentai dan bersama dengan Hurricanger dalam tajuknya, Hurricanger VS Gaoranger(2003) tetapi Gaoranger tidak bersama dengan Timeranger dalam filem videonya.Di Malaysia, siri ini pernah disiarkan di TV2 pada pertengahan tahun 2007 selepas Power Rangers Mystic Force disiarkan tetapi ia hanya disiarkan separuh jalan sahaja.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Kakeru Shishi/Gao Red: Noboru Kaneko
Gaku Washio/Gao Yellow: Kei Horie
Kai Samezu/Gao Blue: Takeru Shibaki
Sotaro Ushigome/Gao Black: Kazuyoshi Sakai)
Sae Taiga/Gao White: Mio Takeuchi
Shirogane/Gao Silver: Tetsuji Tamayama

Isnin, November 29, 2010

SUPER SENTAI OF THE DAY: MIRAI SENTAI TIMERANGER(2000-2001)



















Mirai Sentai Timeranger adalah siri Super Sentai ke-24 selepas Go Go V. Mempunyai 51 episod bermula pada 13 Februari 2000 sehingga 11 Februari 2001. Motif dalam siri ini adalah dunia masa depan dan penjelajahan masa. Jalan cerita siri Timeranger diambil dari siri Power Rangers Time Force. Siri ini ditayangkan bersama dengan siri Kamen Rider Heisei pertama, Kamen Rider Kuuga.Walau bagaimanapun, siri ini tidak mempunyai filem sendiri dan di dalam episod 51 adalah merupakan episod khas sempena ulangtahun Siri Super Sentai ke-25 sedangkan episod 50 adalah episod terakhir Timeranger. Di Malaysia, siri ini pernah disiarkan di TV2 pada pertengahan tahun 2005 tetapi dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada siri Power Rangers Dino Thunder dan bersambung semula bermula pada episod 25 atau 26 dan dihentikan sekali lagi untuk memberi ruang kepada siri Power Rangers SPD dan disambung semula sehingga episod 51.
Siri ini adalah penjenamaan semula Siri Super Sentai dimana logo tersebut dipaparkan sebelum siri ini ditayangkan. Dalam video Sentai V-Cinema, ia hanya 1 filem video sahaja untuk Timeranger antaranya Timeranger VS Go Go V pada tahun 2001.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Tatsuya Asami, Kapten Ryuya/Time Red: Masaru Nagai
Ayase/Time Blue : Yūji Kido
Sion/Time Green: Masahiro Kuranuki
Domon/Time Yellow: Shūhei Izumi (Tomohide Koizumi)
Yuuri/Time Pink: Mika Katsumura
Naoto Takizawa/Time Fire: Shinji Kasahara

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!