Jumaat, Mac 11, 2011

BREAKING NEWS:EARTH QUAKES STRIKES NORTH EAST JAPAN

NOTA:Ini tiada kena mengena dengan artikel tentang Tokusatsu


(Sumber Dari Berita Harian, Malaysia)

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.-Reuters

Ini adalah berita terkini mengenai tragedi gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Ritcher yang mengegarkan utara timur Jepun dan seterusnya ancaman tsunami setinggi 4 meter menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan. Kesan gegaran gempa dapat dirasai di Tokyo dan kawasan yang berhampiran dengan wilayah Miyagi


Balik kepada artikel tentang tokusatsu, siri Kaizoku Sentai Gokaiger episod 5 dan Kamen Rider OOO episod 26 yang akan disiarkan di TV-Asahi pada 13 Mac ini kemungkinan ia telah ditangguhkan sementara , ia disebabkan akibat gempa bumi kuat.Ia berdasarkan menurut sumber dari laman web rasmi Gokaiger dan Kamen Rider OOO di TV-Asahi yang telah dikeluarkan beberapa jam berikutnya. Walaupun kami juga tidak dapat mengakses applikasi Key Hole TV dan kesemua laman web dari Jepun tidak dapat diakses. Menurutnya, kemungkinan tayangan siri Kamen Rider OOO dan Gokaiger akan disambung semula dan tarikhnya tidak dapat dipastikan

Apapun, kami mendoakan agar mereka selamat terutamanya sekali bagi rakyat Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan negara-negara lain yang berada di Jepun terutamanya sekali di kawasan yang dilanda gempa bumi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan