









Tensou Sentai Goseiger adalah siri Super Sentai ke-34 selepas Shinkenger. Masih lagi disiarkan dan siri Goseiger bermula pada 14 Februari 2010 selepas tamatnya siri Shinkenger dan bersama dengan Kamen Rider W sehingga 29 Ogos 2010 dan sekali lagi bersama dengan siri Kamen Rider terbaru, Kamen Rider OOO yang ditayangkan pada 5 September 2010 lepas. Motif dalam siri Goseiger adalah berdasarkan konsep Celestial Cloth dan haiwan serta alam fantasi. Untuk mempromosikan siri Goseiger, satu permainan arked yang dipanggil Super Sentai Battle Dice-O dimana Goseiger menggunakan kad untuk bertukar, senjata dan lain-lain. Konsep penggunaan kad dalam siri Super Sentai menyamai siri Kamen Rider Decade dan ia merujuk kepada Kamen Rider Battle: Ganbaride . Goseiger membuat penampilan cameo dalam filem Shinkenger VS Go-Onger:GinmakuBANG !! dan filem Tensou Sentai Goseiger: EPIC ON THE MOVIE ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider W:FOREVER A to Z/The Fate Of Gaia Memories. Pada Januari 2011, sebuah filem Sentai Versus iaitu Goseiger VS Sinkenger:Epic On Ginmaku akan ditayangkan pada 22 Januari 2011. Siri Goseiger berkemungkinan akan tamat pada 6 Februari 2011.
Antara watak-watak dalam siri ini:
Alata/Gosei Red: Yudai Chiba
Eri/Gosei Pink: Rika Satoh
Agri/Gosei Black: Kyousuke Hamao
Moune/Gosei Yellow: Mikiho Niwa
Hyde/Gosei Blue: Kento Ono
Gosei Knight: Katsuyuki Konishi(Suara)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan