FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Selasa, November 30, 2010

SUPER SENTAI OF THE DAY: HYAKUJUU SENTAI GAORANGER(2001-2002)



















Hyakujuu Sentai Gaoranger adalah siri Super Sentai ke-25 dan ia bersempena dengan ulangtahun Siri Super Sentai ke-25. Mempunyai 51 buah episod bermula pada 18 Februari 2001 sehingga 10 Februari 2002. Motif dalam siri ini adalah haiwan liar dan jalan cerita Gaoranger digunakan dalam siri Power Ranger Wild Force(keluaran terakhir produksi Saban).Siri ini disiarkan bersama dengan Kamen Rider Agito dan filem Hyakujuu Sentai Gaoranger:The Fire Mountain Roars adalah filem Super Sentai pertama dalam era Heisei selepas kali terakhir adalah Chouriki Sentai Ohranger The Movie(1995) dan filem ini ditayangkan serentak bersama dengan filem Kamen Rider, Kamen Rider Agito:Project G4. Dalam Sentai V-Cinema, Gaoranger bekerjasama dengan watak Sentai sebelumnya dalam filem video, Gaoranger VS Super Sentai dan bersama dengan Hurricanger dalam tajuknya, Hurricanger VS Gaoranger(2003) tetapi Gaoranger tidak bersama dengan Timeranger dalam filem videonya.Di Malaysia, siri ini pernah disiarkan di TV2 pada pertengahan tahun 2007 selepas Power Rangers Mystic Force disiarkan tetapi ia hanya disiarkan separuh jalan sahaja.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Kakeru Shishi/Gao Red: Noboru Kaneko
Gaku Washio/Gao Yellow: Kei Horie
Kai Samezu/Gao Blue: Takeru Shibaki
Sotaro Ushigome/Gao Black: Kazuyoshi Sakai)
Sae Taiga/Gao White: Mio Takeuchi
Shirogane/Gao Silver: Tetsuji Tamayama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!