Selasa, Jun 22, 2010

IMEJ KAMEN RIDER TERBARU EDISI 2010-2011:KAMEN RIDER OH'Z(OOO)










Akhirnya !!! Imej Kamen Rider terbaru yang sebelum ini adalah lakaran semata-mata, kini imej sebenar Kamen Rider terbaru menjadi kenyataan.Terkini, Kamen Rider Oh'z akan membuat penampilan cameo di dalam filem Kamen Rider Double:Forever A to Z/The Destiny Of Gaia Memories.

Menurutnya, penampilan Kamen Rider Oh'z di dalam filem Kamen Rider Double tersebut merupakan satu kesinambungan selepas Kamen Rider Double di dalam filem Kamen Rider Decade:All Riders VS Dai Shockers dimana Decade dan Kuuga berdepan dengan musuhnya,Shadow Moon dan akhirnya Kamen Rider Double berjaya menewaskan Shadow Moon.

Selain daripada itu, penampilan Kamen Rider Oh'z di dalam filem Kamen Rider Double bertujuan membantu Kamen Rider Double dalam kesusahan apabila berdepan dengan Dopant.

Disamping itu, pelakon utama yang akan memegang watak dalam siri ini ialah Shu Watanabe yang memegang watak sebagai Hino Eiji/Kamen Rider OOO. Selain Shu Watanabe, antara pelakon lain yang turut menjayakan siri ini ialah Ryousuke Miura sebagai Ankh, Riho Takada sebagai Hina Izumi, Asaya Kimijima sebagai Shintaro Goto, Mayuko Arisue sebagai Satonaka Erika,Kai Marie sebagai Chiyoko Shirashi dan Ukaji Takashi sebagai Kosei Kagami.

Musuh utama Kamen Rider OOO adalah Greeds.

Siri Kamen Rider Oh'z a.k.a OOO akan ditayangkan pada 5 September depan Ahad jam 8:00 Pagi (Waktu Jepun:GMT+9)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan