FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Jumaat, Julai 01, 2011

NEW IMAGES OF KAMEN RIDER FOURZE

Hari ini gambar terbaru dan video sidang media Kamen Rider Fourze dikeluarkan:
Siri Kamen Rider Fourze disiarkan bersempena dengan Ulangtahun Siri Kamen Rider Ke-40 dan Ulangtahun Ke-50 Penerokaan Orbit Oleh Angkasawan Soviet Union,Yuri Gagarin
“My Son is now a Kamen Rider!” - Sota Fukushi's Parents
Sota Fukushi sebagai Gentaro Kisaragi/Kamen Rider Fourze









HENSHIN !!!!

Pelakon utama Kamen Rider Fourze bersama barisan pelakon yang lain


Posing Henshin di belakang poster Kamen Rider Fourze


Antara pelakon-pelakon yang membintangi siri Kamen Rider Fourze:

Sota Fukushi sebagai Gentaro Kisaragi/Kamen Rider Fourze
Ryuki Takahashi sebagai Kengo Utahoshi
Fumika Shimizu sebagai Yuuki Joujima
Rikako Sakata sebagai Miu Kazashiro
Justin Tomimori(pelakon kacukan Australia-Jepun) sebagai Jun Daimonji
Shiho sebagai Tomoko Nozama
Tsuchiya Shion sebagai JK(Jake)
Yuka Konan sebagai Sarina Sonada
Takushi Tanaka sebagai Chuuta Oosugi
Shingo Tsurumi sebagai Lelaki Misteri



Kamen Rider Fourze akan bakal disiarkan pada 4 September 2011 Hari Ahad Jam 8:00 Pagi (JST+9) dan anda boleh menontonnya di applikasi KeyHole TV di komputer anda

Khamis, Jun 23, 2011

COMING SOON:KAMEN RIDER FOURZE(NEW KAMEN RIDER SERIES EDITION 2011-2012)

DIKEMASKINI:
GAMBAR TERKINI: 30 JUN 2011 JAM 1418 HRS(GMT+8)



Siri Kamen Rider Heisei Ke-13 dan Kamen Rider Ke-22 terbaru,Kamen Rider Fourze akan bakal membuka tirai pada 4 September hadapan dan motif Kamen Rider Fourze Kali ini adalah angkasawan.Imej Kamen Rider Fourze yang menyerupai kepala roket telah didedahkan oleh fans art sejak beberapa minggu lalu telah menjadi kenyataan walaupun sut Kamen Rider Fourze menyerupai Kamen Rider Eternal.

Kamen Rider Fourze

Kamen Rider Fourze got a Rocket Punch!

Berbeza dengan penampilan cameo Kamen Rider W didalam filem Kamen Rider Decade, dan Kamen Rider OOO didalam filem Kamen Rider W, Kamen Rider Fourze membuat penampilan cameo didalam filem terbaru,Kamen Rider OOO Wonderful:The Shogun and 21 Core Medals dan bersama dengan Kamen Rider OOO untuk menentang Ahli Kimia Purba Gara

Seperti apa yang didakwa sesetengah pihak mengatakan Fourze menggunakan Rider Switch, sebenarnya ia adalah berita palsu.

*Kami akan membawa anda berita terkini dari masa ke semasa

DIKEMASKINI PADA 23 JUN 2011 JAM 2301 HRS GMT 8+

Motosikal utama Kamen Rider Fourze adalah Machine Masshigura








-Tali pinggang Fourze kali ini agak berbeza dengan Kamen Rider W Double Driver


Ahad, Jun 05, 2011

SEJARAH RINGKAS TOKUSATSU BAHAGIAN 5-CHOUSEISHIN SERIES

Chouseishin Series adalah sebuah siri tokusatsu yang menggabungkan elemen Metal Heroes dan Super Sentai dan dihasilkan oleh Toho Company Ltd dan disiarkan di TV-Tokyo.Sebelum konsep Chouseishin Series wujud,Toho Company Ltd telah menghasilkan beberapa buah siri tokusatsu antaranya Dennou Keisatsu Cybercops(1988-1989) dan Seven Star Fighting God Guyferd(1996).Namun disebabkan peningkatan populariti siri Super Sentai,Kamen Rider dan Ultra Series, konsep Chouseishin Series telahpun dibubarkan secara rasminya pada tahun 2007.

2003-2004:Siri Chouseishin pertama,Chouseishin Gransazers ditayangkan bermula dengan episod pengenalan pada Julai 2003 dan ditayangkan secara rasminya pada Oktober 2003 dan disiarkan di beberapa buah negara disertakan dengan alih suara bahasa.

2004-2005:Siri Chouseishin kedua,Genseishin Justiriser disiarkan dan merupakan sekuel kepada siri sebelumnya iaitu Chouseishin Gransazer

2005-2006:Siri Chouseishin terakhir,Chousei Kantai Sazer X disiarkan dengan hanya setakat 38 episod sahaja dan mempunyai 1 filem sahaja iaitu Chousei Kantai Sazer X:The Movie

2007-Konsep Chouseishin Series dibubarkan secara rasminya

COMING SOON: KAMEN RIDER & SUPER SENTAI SUMMER MOVIE TRAILER

Filem Kamen Rider OOO Wonderful:The Shogun and The 21 Core Medals dan Kaizoku Sentai Gokaiger:The Flying Ghost Ship bakal ditayangkan pada 6 Ogos 2011.Filem Kamen Rider OOO ini membawa mereka ke zaman silam iaitu zaman Tokugawa Shogun(antara tahun 1603 hingga 1868) bertemu dengan Shogun Tokugawa Yoshimune(1684-1751) selain turut menampilkan bentuk kombo terbaru Kamen Rider OOO iaitu Kamen Rider OOO BuraKaWani (Gabungan ular tedung, penyu dan buaya) Combo dan kemungkinan Kamen Rider terbaru edisi 2011-2012 turut membuat penampilan cameo dalam filem ini
Kamen Rider OOO Movie
Kiri:Kamen Rider OOO dengan Tokugawa Yoshimune(lakonan Ken Matsudaira)
Kanan:Kamen Rider OOO BuraKaWani Combo

Kamen Rider OOO All Combo
Kesemua Kamen Rider OOO Combo ditampilkan dalam filem ini(seperti dalam filem Kamen Rider Den'O:I'm Born)

*Ken Matsudaira adalah pelakon drama yang membintangi beberapa buah drama jidaigeki di kaca tv dan filem

Selain itu, filem Kaizoku Sentai Gokaiger:The Flying Ghost Ship mengambil tempat dimana Kapten Marvelous/Gokai Red dan rakan-rakannya dalam perjalanan untuk mendapatkan klu tentang kapal lanun berhantu namun ia disambut dengan segerombolan angkatan musuh Super Sentai dari siri terdahulu

TRAILER:

Walaupun, kami akan menyiarkan artikel ini dari masa ke semasa

Filem Kamen Rider OOO Wonderful:The Shogun and The 21 Core Medals dan Kaizoku Sentai Gokaiger:The Flying Ghost Ship akan ditayangkan pada 6 Ogos 2011

DIKEMASKINI PADA 12 JUN 2011 JAM 1743 GMT 8+


Poster Terbaru

FILEM GOKAIGER-GOSEIGER-SUPER SENTAI:199 HERO GREAT BATTLE TELAH KINI DITAYANGKAN DI JEPUN SEMALAM(11/6/2011)

Sabtu, Jun 04, 2011

KAMEN RIDER TRIVIA 2-INTERNATIONAL ADAPTION KAMEN RIDER

Siri Kamen Rider bukan sahaja popular di Jepun malah ia semakin popular di luar negara termasuk Malaysia, Singapura,Thailand,Indonesia,Filipina,Hong Kong dan Korea Selatan sehingga ada produksi sanggup mengadaptasi siri Kamen Rider ke versi antarabangsa. Ia bermula dengan filem Kamen Rider versi Thailand yang bertajuk Hanuman and 5 Riders pada tahun 1974. Sama-sama kita saksikan:

ไฟล์:Hanuman and the 5 Kamen Riders.jpg
Hanuman and The 5 Kamen Riders
หนุมาน พบ 5 ไอ้มดแดง
Tahun Terbitan:1974
Diadaptasi:Kamen Rider X The Movie:Five Riders VS King Dark
Produksi:Chaiyo Production Co.Ltd Thailand
Dialih suara:-tiada-
Negara:Thailand
Info:
Selepas kejayaan penghasilan filem usahasama Tsuburaya-Chaiyo, Ultra 6 Brothers VS The Monster Army dan Jumborg Ace & Giant, Chaiyo Production menghasilkan filem Kamen Rider X iaitu Hanuman & The Five Riders namun filem tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Toei Company Ltd dan filem ini tidak dapat ditayangkan di Jepun dan ramai fans Kamen Rider di Jepun merujuk secara tidak rasmi sebagai Hanuman and The 5 Kamen Riders(ハヌマーンと5人の仮面ライダー)

Kritikan:
-Filem ini adalah filem yang paling teruk bagi sesetengah peminat Kamen Rider mungkin ia disebabkan sut Kamen Rider yang dikatakan terlalu kompleks dan rekabentuk King Dark yang diadaptasi amat teruk sekali kerana reka bentuk King Dark tidak sama seperti didalam siri Kamen Rider X
-Terdapat banyak adengan-adengan yang tidak sesuai untuk tontonan bawah umur diselit dalam filem ini antaranya:
1)Babak imbasan dimana beberapa orang yang sedang bertelanjang bulat(tidak kira lelaki dan perempuan) telah diseksa begitu teruk ketika hukuman yang dilakukan di neraka
2)Babak Hanuman menikam King Dark(dalam bentuk raksasa) sehingga terkeluar percikan darah ketika bertarung
3)Dimana babak tukang pemenggal bertindak memenggal kepala ketiga-tiga lelaki di babak akhir filem ini

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini sila tonton video ini dan hantarkan komen dan kritikan pada ulasan:


Part 1


Part 2

Saban Masked Rider
Tahun Terbitan:1995-1996
Diadaptasi:Kamen Rider Black RX,Kamen Rider ZO dan Kamen Rider J
Produksi:Saban Entertainment dan FOX
Dialih Suara:-tiada-
Negara:Amerika Syarikat

Info:
Selepas Saban Entertainment menghasilkan siri Power Rangers dan VR Troopers, Saban Entertainment sekali menuju ke hadapan apabila menghasilkan siri yang diadaptasi dari siri Kamen Rider Black RX,Masked Rider dan ia bermula dengan penampilan Masked Rider di dalam 3 episod musim ke-2 Mighty Morphin Power Rangers dan selepas itu ia muncul di kaca tv pada tahun 1995 apabila siri ini diformatkan semula

Kritikan:
-Ramai fans Kamen Rider mengkritik siri Masked Rider kerana mungkin disebabkan jalan cerita yang bercampur aduk dan sebab itulah siri ini adalah yang paling teruk sekali
-Di Brazil, siri Saban Masked Rider kurang mendapat sambutan di kalangan peminat kerana disebabkan siri Kamen Rider Black RX mendapat tempat dikalangan peminat
-Antara faktor-faktor mengapa siri Saban Masked Rider semakin merosot:
1)Terdapat banyak babak jalan cerita yang menampilkan Minami Kotaro menentang musuh(siri Kamen Rider Black RX) serta babak raksasa yang bukan daripada siri Kamen Rider Black RX (seperti Kamen Rider ZO dan Kamen Rider J)
2)Terdapat babak dimana Kamen Rider Black RX menikam musuh ditapis.Alasannya, babak ini terlalu ganas untuk tontonan kanak-kanak Amerika dan digantikan dengan babak Masked Rider menembak musuh sehingga meletup dengan menggunakan Ecto Saber

Perhatikan !!!:


Anda tahu apa yang tersilap ?

File:KamenRider DragonKnight.jpg
Kamen Rider Dragon Knight
Tahun Terbitan:2009
Diadaptasi:Kamen Rider Ryuki
Produksi:Adness Entertainment dan Toei Company Ltd
Dialih Suara:Bahasa Sepanyol(Mexico ,Colombia,Venezuela),Bahasa Portugis(Brazil)
Bahasa Jerman(Austria,Switzerland,Liechtenstein)Bahasa Indonesia(Indonesia)Bahasa Itali(Itali)Bahasa Malaysia(Malaysia-hanya untuk saluran Cartoon Network SE Astro Saluran 616)Bahasa Jepun(Jepun)
Negara:Amerika Syarikat

Info:
Siri Kamen Rider Dragon Knight ditayangkan bermula dengan episod pilot pada tahun 2007 tetapi ditayangkan secara rasmi pada Januari 2009 dengan penampilan muka baru.Siri Kamen Rider Dragon Knight diarahkan oleh Steve dan Michael Wang dengan produksi Adness Entertainment dan kerjasama dengan Toei Company Ltd tetapi pada akhir 2009 2 episod akhir Kamen Rider Dragon Knight tidak disiarkan di TV dan hanya disiarkan secara online di laman sesawang 4Kids TV dan paling menarik sekali apabila siri Kamen Rider Dragon Knight dicalonkan pada Anugerah Daytime Emmy dan menang bagi kategori Koordinasi Lagak Ngeri Luar Biasa iaitu kategori terbaru dalam Anugerah Emmys

Kritikan:

-Berdasarkan apa yang kami selidik, kami dapati siri ini adalah yang terbaik berbanding dengan siri Saban Masked Rider walaupun ia diadaptasi
-Jerman,Austria,Switzerland dan Liechtenstein antara negara yang telah membatalkan siaran siri Kamen Rider Dragon Knight dan antara sebabnya adalah jumlah tontonan yang terendah dan ada yang diantara mereka kurang mengenali siri Kamen Rider sehingga siri ini terpaksa dibatalkan penyiaran
-Siri ini juga disiarkan di Jepun menerusi saluran satelit kabel Toei Channel pada musim luruh 2009 sebagai sebahagian daripada projek Ulangtahun Siri Heisei Kamen Rider Ke-10 dan kemudian disiarkan semula di TV-Asahi pada 2010 jam 2:10 pagi(mempunyai 14 episod dan disasarkan kepada penonton dewasa)

Ahad, Mei 29, 2011

KAMEN RIDER TRIVIA 1- KAMEN RIDER MAIN WEAPONS PART 1

Hari ini,kami akan siarkan trivia tentang Kamen Rider dan kali ini trivia pertama adalah penggunaan senjata oleh Kamen Rider:

Ridol Stick
Siri:Kamen Rider X
Kamen Rider :Kamen Rider X
Ciri-Ciri:
Ridol Whip-Diakses apabila X Rider menekan butang H pada Ridol dan boleh digunakan seperti pedang
Ridol Stick-Diakses apabila X Rider menekan butang S pada Ridol dan menghasilkan galah pendek
Ridol Rope-Diakses apabila X Rider menekan butang R pada Ridol dan menghasilkan tali
Ridol Longpole-Diakses apabila X Rider menekan butang L pada Ridol dan menghasilkan galah panjang

Revolcane
Siri:Kamen Rider Black RX
Kamen Rider:Kamen Rider Black RX
Ciri-Ciri:Selain daripada Rider Kick,RX menggunakan pedang laser untuk menumpaskan musuh.Dia mempunyai pedang laser yang dipanggil Revolcane dimana ia dikeluarkan dari tali pinggang RX dan menikam musuh sebelum ia diletupkan

Vortech Shooter
Siri:Kamen Rider Black RX
Kamen Rider:Kamen Rider Black RX(RoboRider)
Ciri-Ciri:Dimana ia dibentuk daripada posisi kanan badan.Ia boleh menembak dengan pancaran cahaya dimana ia boleh memusnahkan musuh dengan satu tembakan dikenali sebagai Hard Shot Attack.Dikuasakan dengan cahaya matahari, pistol Vortech Shooter tiada menpunyai had dan tidak terlepas sasaran

Bio Blade
Siri:Kamen Rider Black RX
Kamen Rider:Kamen Rider Black RX(BioRider)
Ciri-ciri:Dibentuk dari posisi kiri badan.Seperti Revolcane,BioBlade mempunyai mod pedang laser dimana ia memotong musuh dengan satu libasan dikenali sebagai Spark Cutter Attack

Dragon Rod/Rising Dragon Rod
Siri:Kamen Rider Kuuga
Kamen Rider:Kamen Rider Kuuga(Dragon Form dan Rising Dragon Form)
Ciri-ciri:Kuuga Dragon Form menggunakan apa jenis objek berasaskan galah dan batang besi/paip untuk bertukar menjadi senjata dikenali sebagai Dragon Rod dan apabila Kuuga Dragon Form meningkatkan kuasa kepada Rising Dragon Form,Dragon Rod juga mengalami peningkatan kuasa dikenali sebagai Rising Dragon Rod dan menghasilkan serangan mutlak iaitu Rising Splash Dragon

Pegasus Bowgun/Rising Pegasus Bowgun
Siri:Kamen Rider Kuuga
Kamen Rider:Kamen Rider Kuuga(Pegasus Form dan Rising Pegasus Form)
Ciri-ciri:Kuuga Pegasus Form menggunakan objek berasaskan pistol termasuk pistol milik Ichijou untuk bertukar menjadi senjata dikenali sebagai Pegasus Bowgun dan ketika Kuuga Pegasus Form meningkatkan kuasa, ia dikenali sebagai Rising Pegasus Bowgun dimana ia sejenis senjata panah ditambah dengan alatan tajam panjang dan menghasilkan serangan iaitu Rising Blast Pegasus

Titan Sword dan Rising Titan Sword
Siri:Kamen Rider Kuuga
Kamen Rider:Kamen Rider Kuuga(Titan Form dan Rising Titan Form)
Ciri-ciri:Kuuga Titan Form menggunakan apa jenis objek berasaskan palang/pedang (termasuk pedang Grongi)untuk bertukar menjadi Titan Sword serta serangan mutlak adalah Calamity Titan dan apabila Kuuga Titan Form meningkatkan kuasa ia dikenali sebagai Rising Titan Sword dan serangan mutlak adalah Rising Calamity Titan tetapi Kuuga Rising Titan boleh menghasilkan pedang Rising Titan kedua untuk menghasilkan serangan kuat iaitu Double Rising Calamity Titan

Flame Saber
Siri:Kamen Rider Agito
Kamen Rider:Kamen Rider Agito Flame Form
Ciri-ciri:Untuk bertukar menjadi Flame Form, Kamen Rider Agito perlu menekan butang sebelah kanan untuk bertukar warna kepada merah di seluruh badan dan tangan kanan dan mengeluarkan pedang Flame Saber di tengah tali pinggang Alter Ring. Serangan mutlak adalah Saber Slash


Storm Halberd
Siri:Kamen Rider Agito
Kamen Rider:Kamen Rider Agito Storm Form
Ciri-ciri:Untuk bertukar menjadi Storm Form,Kamen Rider Agito Storm Form perlu menekan butang pada posisi kiri dan bertukar warna kepada biru di seluruh badan dan tangan kiri.Sama seperti Saber Slash dikeluarkan dari Alter Ring, Storm Halberd dikeluarkan di tengah Alter Ring dan apabila pedang dilipat, ia menghasilkan pelindung angin yang kuat untuk mengelirukan musuh daripada melakukan serangan

Shining Caliber
Siri:Kamen Rider Agito
Kamen Rider:Kamen Rider Agito Burning Form dan Kamen Rider Shining Form
Ciri-ciri:Selepas Kamen Rider Agito bertukar menjadi Burning Form, ia menghasilkan senjata yang dikenali sebagai Shining Caliber dan mempunyai 2 mod iaitu Single Mode(pedang berdua-Burning Form) dan Twin Mode(pedang yang dipecahkan kepada 2-Shining Form) tetapi ia telah dimusnahkan ketika berlawan dengan El Lord dalam pertempuran akhir kadang-kala ia digunakan semula dalam pertempuran kemudian

GX-05 Cerebus
Siri:Kamen Rider Agito
Kamen Rider:Kamen Rider G3-X
Ciri-ciri:Senapang pemegang mod pelbagai ,mudah dibawa ketika digunakan,pemasangan modular termasuk GM-01 Scorpion dan skop pengesan dan hanya digunakan oleh Kamen Rider G3-X

Gills Heels Claw
Siri:Kamen Rider Agito
Kamen Rider:Kamen Rider Gills dan Gills Exceed
Ciri-ciri:Pencakar yang ditumbuh daripada tumit Kamen Rider Gills ketika bertukar dan dipertingkatkan kuasa dikenali sebagai Exceed Heels Claw dan digunakan ketika Kamen Rider Gills bertukar menjadi Gills Exceed

Drag Saber
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Ryuki
Ciri-ciri:Kamen Rider Ryuki menyeru pedang Dragsaber dengan menggunakan kad Advent Sword Vent Ryuki

Knight Lancer
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Knight
Ciri-ciri:Kamen Rider Knight menyeru pedang Knight Lancer dengan menggunakan
kad Advent Sword Vent Knight

Giga Launcher
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Zolda
Ciri-ciri:Bazooka Kamen Rider Zolda

DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2011 JAM 1137 GMT 8+

Bio Winder
Siri:Kamen Rider Ryuki Special-13 Riders
Kamen Rider:Kamen Rider Verde
Ciri-ciri:Senjata utama Kamen Rider Verde adalah sejenis yo-yo

Metal Horn
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Gai
Ciri-ciri:Kamen Rider Gai menyeru Metal Horn dengan menggunakan kad Advent Strike Vent Gai

Evil Whip
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Raia
Ciri-ciri:Kamen Rider Raia menyeru senjata cemeti dengan menggunakan kad Advent Swing Vent Raia

Veno Saber
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Ouja
Ciri-ciri:Kamen Rider Ouja menyeru senjata pedang dengan menggunakan kad Advent Sword Vent Ouja

Dest Claw
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Tiger
Ciri-ciri:Senjata Kamen Rider Tiger mirip kepada Destwilder dan untuk menyeru senjata pencakar, Kamen Rider Tiger perlu menggunakan kad Advent Strike Vent Tiger

Antelope Stab
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Imperer
Ciri-ciri:Merupakan senjata utama Kamen Rider Imperer jenis gerudi berkembar dan untuk menyeru Antelope Stab,Kamen Rider Imperer perlu menggunakan kad Advent Strike Vent Imperer

Wing Lancer
Siri:Kamen Rider Ryuki Episode Final
Kamen Rider:Kamen Rider Femme
Ciri-ciri:Kamen Rider Femme perlu menyeru senjata dengan menggunakan kad Advent Sword Vent Femme

Gold Saber
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Odin
Ciri-ciri:Kamen Rider Odin perlu menyeru senjata dengan menggunakan kad Advent Sword Vent Odin

Drag Saber
Siri:Kamen Rider Ryuki
Kamen Rider:Kamen Rider Ryuga
Ciri-ciri:Sama seperti Kamen Rider Ryuki cuma ia berwarna hitam dimana Ryuga perlu menggunakan kad Advent Sword Vent Ryuga untuk menyeru senjata DragSaber

BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 2

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!