FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Jumaat, Ogos 05, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER ZO(1993)

Kamen Rider ZO adalah sebuah filem Kamen Rider kedua selepas filem video,Shin Kamen Rider Prologue.Ditayangkan pada tahun 1993 bersama dengan filem Gosei Sentai Dairanger sebagai sebahagian daripada festival Toei Superhero Fair 1993.Filem ini diarahkan oleh Keita Amemiya(Choujin Sentai Jetman,Chojuu Sentai Liveman,Kyoryuu Sentai Zyuranger,GARO) dan ia merupakan filem usahasama antara Toei Company Ltd dan Bandai.

Kamen Rider ZO
Bentuk Manusia:Masaru Aso
Dilakonkan oleh:Kou Domon






KAMEN RIDER OF THE WEEK-SHIN KAMEN RIDER:PROLOGUE(1992)

Shin Kamen Rider:Prologue atau dikenali sebagai Kamen Rider Shin adalah sebuah filem video Kamen Rider bersempena ulangtahun Kamen Rider Ke-20(pada tahun 1991) .Merupakan francais siri Kamen Rider ke-11 selepas Kamen Rider Black RX dan video ini telah dikeluarkan dalam pasaran pada 20 Februari 1992.Tidak seperti siri Kamen Rider sebelumnya,filem Shin Kamen Rider Prologue disasarkan kepada penonton dewasa kerana jalan cerita Shin Kamen Rider Prologue lebih berunsur ganas, dramatik dan serius.Ramai peminat mempersoalkan mengenai reka bentuk Kamen Rider Shin dimana ia tidak mempunyai tali pinggang, tidak boleh menunggang motosikal dan tidak boleh bercakap.Ini menyebabkan siri ini tidak berjaya.

Kamen Rider Shin
Bentuk Manusia:Shin Kazamatsuri
Dilakonkan oleh:Shin Ishikawa






KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER BLACK RX(1988-1989)

Kamen Rider Black RX adalah siri Kamen Rider ke-10 selepas Kamen Rider Black dan disiarkan sebanyak 47 buah episod bermula pada 23 Oktober 1988 sehingga 24 September 1989.Siri ini merupakan siri sambungan daripada siri sebelumnya,Kamen Rider Black dimana setengah tahun selepas Gorgom tumbang ditangan Kamen Rider Black dan dipenghujung episod, senior Kamen Rider membuat penampilan khas untuk membantu Kamen Rider Black RX menentang Crisis Empire dan siri ini adalah merupakan kemasukan terakhir dalam francais Kamen Rider dan ia disambung semula dengan 3 buah filem Kamen Rider pada tahun 1992-1994 dan siri Kamen Rider telahpun diperkenalkan semula bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada tahun 2000 bagi mengantikan slot Metal Heroes Series yang telah dihentikan pada tahun 1998.Pada tahun 1995, siri Kamen Rider Black RX telah diadaptasi oleh Saban dikenali sebagai Masked Rider.suo

Kamen Rider Black RX
Bentuk Manusia:Minami Kotaro
Dilakonkan oleh:Tetsuo Kurata







KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER BLACK(1987-1988))


Kamen Rider Black adalah siri Kamen Rider ke-9(walaupun Kamen Rider ZX dikira sebagai siri Kamen Rider ke-8). Mempunyai 51 buah episod bermula pada 4 Oktober 1987 sehingga 9 Oktober 1988.Jalan cerita Kamen Rider Black begitu dramatik serta hubungan antara Kamen Rider dengan musuhnya.Siri Kamen Rider Black begitu popular bukan sahaja popular di Jepun tetapi juga di beberapa buah negara lain seperti Malaysia,Indonesia,Filipina dan Brazil dan ia merupakan watak Kamen Rider pertama mengabaikan penggunaan skaf.Selain itu siri ini turut diadaptasi ke sebuah manga dengan tajuk yang sama.

Kamen Rider Black
Bentuk Manusia:Kotaro Minami
Dilakonkan oleh:Tetsuo Kurata







KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER ZX (1984)

Kamen Rider ZX adalah siri Kamen Rider ke-8 dan merupakan kemasukkan Kamen Rider Ke-10 sejak dimulakan pada tahun 1971 dan disiarkan dalam edisi khas televisyen pada Januari 1984 dan turut membuat penampilan khas adalah senior-senior Kamen Rider antaranya Kamen Rider V3,Riderman dan Kamen Rider Super 1.Selain itu, watak Kamen Rider ZX ditampilkan dalam edisi manga-ka bertajuk Kamen Rider SPIRITS

Kamen Rider ZX
Bentuk Manusia:Murasame Ryou
Dilakonkan Oleh:Shun Sugata







Jumaat, Julai 29, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER SUPER 1(1980-1981))

Kamen Rider Super-1 adalah siri Kamen Rider ke-7 selepas Kamen Rider a.k.a Skyrider dan disiarkan pada 17 Oktober 1980 sehingga 3 Oktober 1981 serta mempunyai 48 buah episod .Motif dalam siri ini gabungan elemen angkasa lepas dan seni mempertahankan diri. Selain itu siri ini begitu popular di Indonesia pada tahun 1995.

Kamen Rider Super 1
Bentuk Manusia:Oki Kazuya
Dilakonkan Oleh:Shunsuke Takatsugi









KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER a.k.a SKYRIDER(1979-1980))

Kamen Rider a.k.a Skyrider adalah siri Kamen Rider ke-6 selepas Kamen Rider Stronger dan disiarkan pada 5 Oktober 1979 sehingga 10 Oktober 1980 serta mempunyai 54 buah episod. Siri ini adalah merupakan penjenamaan semula francais Kamen Rider walaupun tajuk namanya agak sama seperti siri Kamen Rider terdahulu.Ada fans memanggil sebagai The New Kamen Rider dan Skyrider kerana jalan ceritanya kompleks dan unik serta motif Skyrider adalah kupu-kupu(berdasarkan daripada rekabentuk asal Kamen Rider X yang tidak digunakan)

Kamen Rider a.k.a SKYRIDER
Bentuk Manusia:Tsukuba Hiroshi
Dilakonkan oleh:Hiroaki Murakami







My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!