FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Selasa, November 09, 2010

PICTURE GROUP-METAL HEROES:UCHUU KEIJI SHARIVAN







Uchuu Keiji Sharivan adalah siri kedua Metal Hero dan merupakan sekuel Uchuu Keiji Series selepas Gavan.Siri ini disiarkan sebanyak 51 buah episod bermula pada Mac 1983 hingga Februari 1984. Agak-agak siri ni kurang popular kat negara kita sebab cerita ni famous di Amerika Selatan seperti Brazil

Selasa, Oktober 19, 2010

SORRY.......EXAM TIME !!!!

Hello semua, kami ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat menulis blog kerana minggu depan saya akan bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Diharap saya akan menyambung semula pada pertengahan November.......

SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI

Khamis, September 30, 2010

COMING SOON: KAMEN RIDER X KAMEN RIDER:OOO & DOUBLE(feat.SKULL)-MOVIE WAR CORE a.k.a MOVIE WAR 2011




Berita Baik kepada fans Kamen Riders, filem terbaru Kamen Rider masih berterusan. Terbaru, filem Kamen Rider X Kamen Rider:OOO & Double(feat.Skull)-MOVIE WAR 2011(CORE)bakal ditayangkan pada 18 Disember 2010.

Seperti filem sebelumnya, Kamen Rider X Kamen Rider:Double & Decade-Movie War 2010, filem ini terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian satu adalah filem Kamen Rider Skull:The Message For Double(diarahkan oleh Riku Sanjo), manakala bahagian kedua, filem Kamen Rider OOO:Nobunaga Ambition(diarahkan oleh Toshiki Inoue) dan akhir sekali, MOVIE WAR CORE a.k.a MOVIE WAR 2011 di mana Kamen Rider Double bekerjasama dengan Kamen Rider OOO untuk menewaskan Kamen Rider Core(Kamen Rider pertama menggunakan CG)sebelum memusnahkan bumi.

Di dalam filem ini, kemunculan Kamen Rider kedua masih ada di dalam.Siapa lagi kalau bukan Kamen Rider Birth.

Ini adalah gambar dan trailer yang terbaru untuk dipaparkan.
















Khamis, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua followers yang melayari laman blog saya. Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan bersinar dan bagi mereka yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya bak kata pepatah, Biar Lambat Asalkan Selamat.

Kalau nak balik kampung naik kereta/motor, periksa dulu segala enjin,minyak dan tayar pastikan semuanya dalam keadaan baik untuk meneruskan perjalanan sampai ke kampung.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !!!

Sabtu, September 04, 2010

SUPER SENTAI GALLERY OF THE DAY:HIMITSU SENTAI GORANGER

Siri Super Sentai yang terawal iaitu, Himitsu Sentai Goranger disiarkan pada tahun 1975-1977 mempunyai 84 buah episod disiarkan di saluran NET(sekarang dipanggil TV-Asahi ) Siri ini dihasilkan oleh mendiang Ishinomori Shotarou, pelukis siri Kamen Rider yang menghasilkan telah 2 siri Super Sentai rekaan beliau.

5人揃って、ゴレンジャー! Gonin sorotte, Gorenjā!
"Five People Assembled, GoRanger !
Lima Orang Bersatu, GoRanger !

















Selasa, Ogos 31, 2010

SIRI BARU: KAMEN RIDER OOO



Siri Kamen Rider terbaru, Kamen Rider OOO adalah siri Kamen Rider Heisei ke-12 dan merupakan siri Kamen Rider ke-21. Siri ini akan membuka tirainya pada 5 September ini hari Ahad jam 8 Pagi di stesen TV-Asahi. Siri Kamen Rider OOO akan bersama dengan Tensou Sentai Goseiger(Goseiger akan tamat pada Februari 2011).

Siri Kamen Rider OOO akan bermula dengan tajuk episod 1 :Pingat,Pakaian Dalam dan Lengan Misteri(5/9/2010 0800 JST)





Khamis, Ogos 19, 2010

EPISOD TERAKHIR KAMEN RIDER W

Siri Kamen Rider W akan melabuhkan tirainya pada 29 Ogos 2010(Ahad) jam 8:00 Pagi(GMT+9) .Dengan ini, tiada lagi keluarga Sonozaki Museum dan X Foundation.

Tidak lupa Shotaro Hidari(Renn Kiriyama) berubah menjadi Kamen Rider Joker dan berlawan dengan Dopant secara bersendirian tanpa memerlukan bantuan daripada Phillip kerana Phillip a.k.a Raito Sonozaki telahpun tiada !

Ia merupakan episod terakhir Kamen Rider W sebelum siri Kamen Rider ke-12 iaitu Kamen Rider OOO akan membuka tirai pada 5 September 2010 bersama dengan Tensou Sentai Goseiger(sehingga Februari 2011)

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!