FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Khamis, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua followers yang melayari laman blog saya. Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan bersinar dan bagi mereka yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya bak kata pepatah, Biar Lambat Asalkan Selamat.

Kalau nak balik kampung naik kereta/motor, periksa dulu segala enjin,minyak dan tayar pastikan semuanya dalam keadaan baik untuk meneruskan perjalanan sampai ke kampung.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !!!

Sabtu, September 04, 2010

SUPER SENTAI GALLERY OF THE DAY:HIMITSU SENTAI GORANGER

Siri Super Sentai yang terawal iaitu, Himitsu Sentai Goranger disiarkan pada tahun 1975-1977 mempunyai 84 buah episod disiarkan di saluran NET(sekarang dipanggil TV-Asahi ) Siri ini dihasilkan oleh mendiang Ishinomori Shotarou, pelukis siri Kamen Rider yang menghasilkan telah 2 siri Super Sentai rekaan beliau.

5人揃って、ゴレンジャー! Gonin sorotte, Gorenjā!
"Five People Assembled, GoRanger !
Lima Orang Bersatu, GoRanger !

















Selasa, Ogos 31, 2010

SIRI BARU: KAMEN RIDER OOO



Siri Kamen Rider terbaru, Kamen Rider OOO adalah siri Kamen Rider Heisei ke-12 dan merupakan siri Kamen Rider ke-21. Siri ini akan membuka tirainya pada 5 September ini hari Ahad jam 8 Pagi di stesen TV-Asahi. Siri Kamen Rider OOO akan bersama dengan Tensou Sentai Goseiger(Goseiger akan tamat pada Februari 2011).

Siri Kamen Rider OOO akan bermula dengan tajuk episod 1 :Pingat,Pakaian Dalam dan Lengan Misteri(5/9/2010 0800 JST)





Khamis, Ogos 19, 2010

EPISOD TERAKHIR KAMEN RIDER W

Siri Kamen Rider W akan melabuhkan tirainya pada 29 Ogos 2010(Ahad) jam 8:00 Pagi(GMT+9) .Dengan ini, tiada lagi keluarga Sonozaki Museum dan X Foundation.

Tidak lupa Shotaro Hidari(Renn Kiriyama) berubah menjadi Kamen Rider Joker dan berlawan dengan Dopant secara bersendirian tanpa memerlukan bantuan daripada Phillip kerana Phillip a.k.a Raito Sonozaki telahpun tiada !

Ia merupakan episod terakhir Kamen Rider W sebelum siri Kamen Rider ke-12 iaitu Kamen Rider OOO akan membuka tirai pada 5 September 2010 bersama dengan Tensou Sentai Goseiger(sehingga Februari 2011)

Khamis, Julai 15, 2010

Jangan Keliru............

Untuk pengetahuan anda semua, laman web lama saya iaitu http://ultraman-maskedriderclub.blogspot.com tidak lagi digunakan dan digantikan dengan nama laman web baru iaitu:

http://tokusatsu-kamenrider.blogspot.com

Segala kesulitan amatlah dikesali

Ahad, Julai 04, 2010

KAMEN RIDER DRAGON KNIGHT KINI DI TV3 !!!!!!!





Siri Kamen Rider Dragon Knight telah kini disiarkan di TV3 pada Sabtu semalam dengan episod 1. Ini merupakan siri Kamen Rider pertama disiarkan di TV3. Mungkin anda terkejut dengan siri ini yang disiarkan.Siri Kamen Rider Dragon Knight adalah siri yang diadaptasi dari siri drama tokusatsu Jepun, Kamen Rider Ryuki(disiarkan di NTV7 suatu ketika dahulu).

Jangan lupa untuk saksikan siri Kamen Rider Dragon Knight pada hari Sabtu jam 7:30 Malam. Hanya di TV3 !!

P.S:Sembahyang Maghrib dulu !!!!!

Jumaat, Julai 02, 2010

KAMEN RIDER & TOKUSATSU FANS CLUB MALAYSIA KINI SETAHUN !!!!!!!!!

Diam tak diam bahawa laman blog Kamen Rider & Tokusatsu Fans Club Malaysia kini sudah setahun !!!
Laman blog ini telah direka pada Julai 2009.Sebagai menghargai jasa kami yang selama ini bertungkus lumus mengendalikan laman blog saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang menyertai kami dan diharap bertambahlah ahli kami dalam masa terdekat.

ANTARA PERANCANGAN YANG AKAN DILAKUKAN PADA MASA AKAN DATANG:

-Mewujudkan saluran 'TOKUSATSU CLUB MALAYSIA' di YouTube.

-Membuka halaman 'KAMEN RIDER & TOKUSATSU MALAYSIA' di FaceBook

-Menambahkan ruangan slot dalam blog Tokusatsu:

Preview
Face Off
Videos
Trailer
Undian

dan lain-lain

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun pertama blog rasmi saya

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!