FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Sabtu, Disember 31, 2011

ULTRAMAN OF THE WEEK:THE RETURN OF ULTRAMAN(1971-1972)

The Return Of Ultraman adalah siri Ultra ketiga selepas 3 tahun UltraSeven disiarkan.Mempunyai 51 buah episod bermula pada 21 April 1971 hingga 31 Mac 1972 disiarkan menerusi saluran TBS.Pada tahun 1984 ia dikenali sebagai Ultraman Jack berikutan isu lesen selepas Tsuburaya dan Bandai membuat satu pertandingan untuk kanak-kanak mengambil nama baru Ultraman dan ia merupakan watak Ultraman pertama yang tidak menggunakan alatan bertukar.Rekabentuk Ultraman Jack berbeza daripada Ultraman cuma ia dari segi berlainan sut.






Jumaat, Disember 30, 2011

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRASEVEN(1967-1968)

UltraSeven adalah siri Ultra kedua selepas Ultraman dan mempunyai 49 buah episod namun kemudian menjadi *48 buah episod dan disiarkan pada 1 Oktober 1967 hingga 8 September 1968 menerusi saluran TBS.UltraSeven dianggap sebagai siri Ultra yang paling terbaik sepanjang zaman namun rekabentuk UltraSeven dimana Color Timer diletakkan di dahi UltraSeven bukannya di dada.Beberapa tahun kemudian,UltraSeven disiarkan dalam versi remake iaitu UltraSeven X

Bentuk Manusia:Moroboshi Dan
Planet:M78
Ultraman:UltraSeven
Alatan bertukar:Ultra Eyes






(*Episod 12 UltraSeven-From Another Planet With Love telah diharamkan di Jepun gara-gara makhluk yang digambarkan sebagai makhluk yang cacat akibat kesan sinaran radioaktif yang dibimbangi akan menyinggung perasaan sensitiviti terhadap mangsa bom nuklear yang terselamat ketika Perang Dunia Ke-2 namun episod ini tetap disiarkan di beberapa buah negara yang lain kecuali Jepun)

ULTRAMAN OF THE WEEK:ULTRAMAN(1967-1968)

Ultraman adalah sebuah siri Ultra pertama yang juga merupakan penampilan watak Ultra yang sulung dan disiarkan selepas siri Ultra Q(dimana tiada watak Ultraman)dan mempunyai 39 buah episod dimana ia disiarkan pada 17 Julai 1966 sehingga 9 April 1967 menerusi saluran TBS.Meskipun sudah 45 tahun disiarkan,siri Ultraman terus menjadi popular sehingga kini.

Bentuk Manusia:Hayata Shin
Ultraman:Ultraman
Planet:Nebula M78
Alatan bertukar:Beta Capsule





Ahad, Disember 25, 2011

SIRI BARU:TOKUMEI SENTAI GOBUSTERS

Hello dan selamat menyambut hari Krismas kepada fans toku yang beragama Kristian,hari ini saya akan memperkenalkan siri baru Super Sentai untuk edisi 2012-2013 iaitu Tokumei Sentai GoBusters.Siri ini akan bakal membuka tirai pada 26 Februari 2012 untuk menggantikan siri Kaizoku Sentai Gokaiger yang berkemungkinan akan tamat pada 19 Februari 2012 dan ia bersama dengan Kamen Rider Fourze menerusi slot Super Hero Time di TV-Asahi.Watak ini akan membuat penampilan cameo di dalam filem Kaizoku Sentai Gokaiger VS Uchuu Keiji Gavan(Polis Angkasa Gaban)pada 21 Januari nanti untuk menyaksikan mereka menentang Basco To Joloika.





Khamis, Disember 22, 2011

TOKUSATSU MINGGUAN-ULTRAMAN

Helo semua sudah sebulan lebih saya tidak bersama dengan anda tidak mengapa kali ini tokusatsu mingguan pada hari ini ialah Ultraman.Mungkin anda kenal siri ini sejak dari kecil lagi dengan lelaki gergasi merah perak dengan serangan laser .Namun sekarang kita sukar mencari bahan-bahan media mengenai Ultraman mungkin ia disebabkan kes hakcipta antara Tsuburaya-Chaiyo yang berlarutan.Tidak mengapa teruskan bersama kami untuk mengetahui info Ultraman selanjutnya.







Antara siri-siri dan filem Ultraman yang ada sehingga sekarang:

Ultra Q(1964)-ketika itu tiada lagi watak Ultraman
Ultraman(1966-1967)
Ultra Seven(1967-1968)
Ultraman Jack aka The Return Of Ultraman(1971-1972)
Ultraman Ace(1972-1973)
Ultraman Taro(1973-1974)
Ultraman Leo(1974-1975)
Ultraman Jonias aka The Ultraman(1979-1980)-siri animasi Ultraman pertama
Ultraman 80(1980-1981)
Ultraman USA aka Ultraman:The Adventure Begins(1989)-siri animasi Ultraman dari Amerika
Ultraman Great aka Ultraman: Towards The Future(1990)-siri Ultraman dari Australia
Ultraman Powered aka Ultraman: The Ultimate Hero(1993)-siri remake Ultraman dari Amerika
Ultraman Zearth(1996)filem Ultraman sempena ulangtahun siri Ultra ke-30
Ultraman Tiga(1996-1997)
Ultraman Dyna(1997-1998)
Ultraman Gaia(1998-1999)
Ultraman Nice(1999)-siri CM Ultraman
Ultraman Neos(2000-2001)-siri OVA Ultraman
Ultraman Cosmos(2001-2002)siri Ultraman terpanjang
Ultra Q-Dark Fantasy-drama bersiri remake Ultra Q
Ultraman Nexus(2004-2005)
Ultraman:The Next aka ULTRAMAN(2004)
Ultraman Max(2005-2006)
Ultraman Mebius(2006-2007)siri Ultraman sempena ulangtahun ke-40
Ultra Seven X(2007) -Siri Ultra pertama untuk tontonan dewasa
Ultra Galaxy Daikaiju Battle(2007-2008)
Ultra Galaxy Daikaiju Battle NEO(2008-2009)-sekuel dari siri sebelumnya
Ultra Galaxy Daikaiju Battle The Movie(2009)-filem yang menampilkan Ultraman Zero
Ultraman Zero The Movie-Super Great Battle Of Galaxy Belial Empire(2010)
Ultraman Retsuden(2011)-dokumentari sempena Ulangtahun siri Ultraman ke-45
Ultraman Saga(2012)-filem terbaru Ultraman menampilkan bentuk manusia baru Ultraman Zero,Ultraman Saga dan pasukan Team U dari kumpulan AKB48

Isnin, Disember 05, 2011

COMING SOON:SUPER SENTAI VS KAMEN RIDER-SUPER HERO TAISEN(2012)

Semalam saya dapat berita yang amat mengejutkan semua fans Kamen Rider dan Super Sentai,bahawa filem yang menggabungkan Kamen Rider dan Super Sentai akan ditayangkan pada Mei 2012 dan tajuk filem tersebut ialah Super Sentai VS Kamen Rider:Super Hero Taisen.Antara pelakon yang disahkan dalam filem ini ialah Masahiro Inoue sebagai Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade,Ryota Ozawa sebagai Kapten Marvelous,Rina Akiyama sebagai Naomi,Kenjiro Ishimaru sebagai Owner dan Momotaros.Bilangan watak yang terlibat dalam filem akan datang ialah 240(200 Super Sentai dari Goranger hingga Gobuster-siri Super Sentai terbaru ke-36) dan 40 Kamen Rider(28 Kamen Rider Utama+12 Kamen Rider Kedua).Sepatutnya ia dinamakan Decade VS Gokaiger kerana Kamen Rider Decade dan Gokaiger adalah watak utama dalam filem ini.

Apapun kita tunggu dan lihat pada tahun hadapan.....

Yesterday,I got a shocking news for all Kamen Rider Fans and Super Sentai fans that the film which combination between Kamen Rider and Super Sentai will be premier in cinema on May 2012 and the title of this film is Super Sentai VS Kamen Rider:Super Hero Taisen.The cast will confirmed in this film is Masahiro Inoue as Tsukasa Kadoya/Kamen Rider Decade,Ryota Ozawa as Captain Marvelous/Gokai Red,Rina Akiyama as Naomi,Kenjirou Ishimaru as Owner and Momotaros, The numbers of character involved in this film is 240(200 Super Sentai from Goranger-Gobuster-the upcoming newest 36 Super Sentai Series) and 40 Kamen Rider(28 Main Kamen Rider + 12 Secondary Kamen Rider).Actually it was named Decade VS Gokaiger because Kamen Rider Decade and Gokaiger as a main character in this film.

Anyway,we will wait and see on the next year

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!