FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Jumaat, Ogos 26, 2011

SIRI BARU:KAMEN RIDER FOURZE(2011-2012)





Siri Kamen Rider terbaru,Kamen Rider Fourze akan bakal membuka tirai pada 4 September 2011 jam 8:00 Pagi dan siri ini adalah siri Heisei Kamen Rider ke-13 dan francais Kamen Rider ke-22.Siri Kamen Rider Fourze juga adalah merupakan siri ulangtahun Kamen Rider ke-40 dan ulangtahun penerbangan angkasa lepas ke-50 bermula dengan penerbangan angkasa lepas oleh angkasawan Soviet Union,Yuri Gagarin pada tahun 1961.



DVD REVIEW OF THE DAY(26/8/2011)

Bersempena dengan sambutan hari raya, kami ini menyiarkan review DVD siri-siri tokusatsu untuk tatapan anda dan hari ini 2 tajuk DVD terbaru ialah Choujinki Metalder.

DVD Choujinki Metalder
Jumlah Episod:1-40
Bahasa:Jepun
Sarikata:Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Melayu
Harga:RM 49.90
Format:DVD 9
Terbitan:Lambaian Filem Sdn Bhd

Image
DVD Kamen Rider Amazon
Jumlah Episod:1-24
Bahasa:Jepun
Sarikata:Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Melayu
Harga:RM 29.90
Format:DVD 9
Terbitan:Lambaian Filem Sdn Bhd

Jadi, tunggu apa lagi ! tambahlah poket duit raya anda berseronoklah menonton DVD yang anda sukai
Boleh didapati di kedai-kedai video berdekatan dengan anda

Sabtu, Ogos 06, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER KUUGA(2000-2001)

Setelah 12 tahun siri Kamen Rider menyepi tetapi di tahun 2000, siri Heisei Kamen Rider Pertama,Kamen Rider Kuuga disiarkan dan mempunyai 49 buah episod bermula pada 30 Januari 2000 sehingga 21 Januari 2001 dan buat pertama kali ia disiarkan di TV-Asahi.Siri Kamen Rider Kuuga adalah siri Kamen Rider pertama disiarkan dalam format widescreen.Frasa dalam siri Kamen Rider Kuuga adalah "A New Hero,A New Legend" atau dalam Bahasa Melayu ialah "Wira Baru,Legenda Baru"

Kamen Rider Kuuga
Bentuk Manusia:Godai Yuusuke
Dilakonkan Oleh:Joe Odagiri

BENTUK KAMEN RIDER KUUGA:

Kamen Rider Kuuga Growing Form

Kamen Rider Kuuga Mighty Form

Kamen Rider Kuuga Rising Mighty Form

Kamen Rider Kuuga Dragon Form
Kamen Rider Kuuga Rising Dragon Form
Kamen Rider Kuuga Pegasus Form
Kamen Rider Kuuga Rising Pegasus Form
Kamen Rider Kuuga Titan Form
Kamen Rider Kuuga Rising Titan Form
Kamen Rider Kuuga Ultimate Form
Kamen Rider Kuuga Amazing Form







KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER J(1994)

Kamen Rider J adalah filem Kamen Rider ke-3 selepas Kamen Rider ZO dan ditayangkan pada 16 April 1994 dan bersama dengan filem Ninja Sentai Kakuranger sebagai sebahagian daripada fetival Toei Superhero Fair 1994.Filem ini masih diarahakan oleh Keita Amemiya dan ia merupakan watak Kamen Rider pertama yang bertukar kepada saiz gergasi selepas ia telah mendapat inspirasi daripada video dokumentari usahasama Tsuburaya-Toei, Ultraman VS Kamen Rider(1993) .Filem ini adalah filem Kamen Rider terakhir hasil mendiang Ishinomori Shotaro sebelum beliau meninggal dunia pada Januari 1998 dan legasi Kamen Rider bakal berterusan pada tahun 2000

Kamen Rider J
Bentuk Manusia:Kouji Segawa
Dilakonkan oleh:Yuta Mochizuki







Jumaat, Ogos 05, 2011

KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER ZO(1993)

Kamen Rider ZO adalah sebuah filem Kamen Rider kedua selepas filem video,Shin Kamen Rider Prologue.Ditayangkan pada tahun 1993 bersama dengan filem Gosei Sentai Dairanger sebagai sebahagian daripada festival Toei Superhero Fair 1993.Filem ini diarahkan oleh Keita Amemiya(Choujin Sentai Jetman,Chojuu Sentai Liveman,Kyoryuu Sentai Zyuranger,GARO) dan ia merupakan filem usahasama antara Toei Company Ltd dan Bandai.

Kamen Rider ZO
Bentuk Manusia:Masaru Aso
Dilakonkan oleh:Kou Domon






KAMEN RIDER OF THE WEEK-SHIN KAMEN RIDER:PROLOGUE(1992)

Shin Kamen Rider:Prologue atau dikenali sebagai Kamen Rider Shin adalah sebuah filem video Kamen Rider bersempena ulangtahun Kamen Rider Ke-20(pada tahun 1991) .Merupakan francais siri Kamen Rider ke-11 selepas Kamen Rider Black RX dan video ini telah dikeluarkan dalam pasaran pada 20 Februari 1992.Tidak seperti siri Kamen Rider sebelumnya,filem Shin Kamen Rider Prologue disasarkan kepada penonton dewasa kerana jalan cerita Shin Kamen Rider Prologue lebih berunsur ganas, dramatik dan serius.Ramai peminat mempersoalkan mengenai reka bentuk Kamen Rider Shin dimana ia tidak mempunyai tali pinggang, tidak boleh menunggang motosikal dan tidak boleh bercakap.Ini menyebabkan siri ini tidak berjaya.

Kamen Rider Shin
Bentuk Manusia:Shin Kazamatsuri
Dilakonkan oleh:Shin Ishikawa






KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER BLACK RX(1988-1989)

Kamen Rider Black RX adalah siri Kamen Rider ke-10 selepas Kamen Rider Black dan disiarkan sebanyak 47 buah episod bermula pada 23 Oktober 1988 sehingga 24 September 1989.Siri ini merupakan siri sambungan daripada siri sebelumnya,Kamen Rider Black dimana setengah tahun selepas Gorgom tumbang ditangan Kamen Rider Black dan dipenghujung episod, senior Kamen Rider membuat penampilan khas untuk membantu Kamen Rider Black RX menentang Crisis Empire dan siri ini adalah merupakan kemasukan terakhir dalam francais Kamen Rider dan ia disambung semula dengan 3 buah filem Kamen Rider pada tahun 1992-1994 dan siri Kamen Rider telahpun diperkenalkan semula bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada tahun 2000 bagi mengantikan slot Metal Heroes Series yang telah dihentikan pada tahun 1998.Pada tahun 1995, siri Kamen Rider Black RX telah diadaptasi oleh Saban dikenali sebagai Masked Rider.suo

Kamen Rider Black RX
Bentuk Manusia:Minami Kotaro
Dilakonkan oleh:Tetsuo Kurata







KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER BLACK(1987-1988))


Kamen Rider Black adalah siri Kamen Rider ke-9(walaupun Kamen Rider ZX dikira sebagai siri Kamen Rider ke-8). Mempunyai 51 buah episod bermula pada 4 Oktober 1987 sehingga 9 Oktober 1988.Jalan cerita Kamen Rider Black begitu dramatik serta hubungan antara Kamen Rider dengan musuhnya.Siri Kamen Rider Black begitu popular bukan sahaja popular di Jepun tetapi juga di beberapa buah negara lain seperti Malaysia,Indonesia,Filipina dan Brazil dan ia merupakan watak Kamen Rider pertama mengabaikan penggunaan skaf.Selain itu siri ini turut diadaptasi ke sebuah manga dengan tajuk yang sama.

Kamen Rider Black
Bentuk Manusia:Kotaro Minami
Dilakonkan oleh:Tetsuo Kurata







KAMEN RIDER OF THE WEEK-KAMEN RIDER ZX (1984)

Kamen Rider ZX adalah siri Kamen Rider ke-8 dan merupakan kemasukkan Kamen Rider Ke-10 sejak dimulakan pada tahun 1971 dan disiarkan dalam edisi khas televisyen pada Januari 1984 dan turut membuat penampilan khas adalah senior-senior Kamen Rider antaranya Kamen Rider V3,Riderman dan Kamen Rider Super 1.Selain itu, watak Kamen Rider ZX ditampilkan dalam edisi manga-ka bertajuk Kamen Rider SPIRITS

Kamen Rider ZX
Bentuk Manusia:Murasame Ryou
Dilakonkan Oleh:Shun Sugata







My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!