FOLLOWERS

Jom Layan...........


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Google Search

Selasa, November 30, 2010

SUPER SENTAI OF THE DAY: GOUGOU SENTAI BOUKENGER(2006-2007)



















Gougou Sentai Boukenger adalah siri Super Sentai ke-30 selepas Magiranger dan bersempena dengan ulangtahun siri Super Sentai ke-30. Mempunyai 49 episod bermula pada 19 Februari 2006 sehingga 11 Februari 2007. Motif dalam siri ini adalah pencarian harta karun dan penjelajahan dunia. Jalan cerita siri Boukenger digunakan dalam siri Power Rangers Operation Overdrive. Disiarkan bersama dengan Kamen Rider Kabuto. Sepanjang siri Boukenger berjalan, mini kapsul 30th Sentai Encyclopedia dipaparkan sebelum Kamen Rider Kabuto disiarkan. Filem Gougou Sentai Boukenger:The Greatest Precious ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Kabuto: God Speed Love dan 2 buah video Sentai V-Cinema iaitu Boukenger VS Super Sentai(2007)-pertemuan dengan watak-watak dari siri Super Sentai dari era Heisei dan Gekiranger VS Boukenger(2008). Di Malaysia, siri Boukenger telah disiarkan di TV2 pada pertengahan tahun 2009 tetapi disiarkan separuh jalan sahaja disebabkan untuk memberi laluan kepada Power Rangers Jungle Fury.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Satoru Akashi/BoukenRed: Mitsuomi Takahashi
Masumi Inou/BoukenBlack: Yasuka Saitoh
Souta Mogami/BoukenBlue: Masashi Mikami
Natsuki Mamiya/BoukenYellow: Chise Nakamura
Sakura Nishihori/BoukenPink: Haruka Suenaga
Eiji Takaoka/BoukenSilver: Masayuki Deai

SUPER SENTAI OF THE DAY:MAHOU SENTAI MAGIRANGER(2005-2006)
























Mahou Sentai Magiranger adalah siri Super Sentai ke-29 selepas Dekaranger.Mempunyai 49 buah episod bermula pada 13 Februari 2005 sehingga 12 Februari 2006 dan disiarkan bersama dengan Kamen Rider Hibiki. Motif dalam siri ini adalah dunia magik dan tema adalah kasih sayang terhadap keluarga dan keberanian. Jalan cerita Magiranger digunakan dalam siri Power Rangers Mystic Force. Ia merupakan siri Super Sentai pertama membuat pengmbaraan di New Zealand. Selain itu, filem Mahou Sentai Magiranger: The Bride Of Infersha ~Maagi Magi Giruma Jinga~ ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Hibiki:The 7th Oni War dan di dalam video Sentai V-Cinema, Magiranger bekerjasama dengan Dekaranger dalam filem video Magiranger VS Dekaranger pada tahun 2006.

Antara watak-watak dalam siri ini:

Atsushi Hashimoto: Kai Ozu/MagiRed
Hiroya Matsumoto): Tsubasa Ozu/MagiYellow
Asami Kai : Urara Ozu/MagiBlue
Ayumi Beppu: Houka Ozu/MagiPink
Yuki Ito : Makito Ozu/MagiGreen
Yousuke Ichikawa: Hikaru/MagiShine/Sungel (Suara)
Azusa Watanabe : Miyuki Ozu/MagiMother, Goddess Of Mini Spring (Edisi Khas)
Tsutomu Isobe : Wolzard (Suara)/Blagel (Suara)/Isamu Ozu

SUPER SENTAI OF THE DAY: TOKUSOU SENTAI DEKARANGER(2004-2005)



























Tokusou Sentai Dekaranger adalah siri Super Sentai ke-28 selepas Abaranger. Mempunyai 50 buah episod bermula pada 15 Februari 2004 sehingga 6 Februari 2005 dan disiarkan bersama dengan siri Kamen Rider Blade. Motif dalam siri ini adalah polis futuristik dari segi mecha, sut dan jalan ceritanya. Jalan cerita Dekaranger digunakan dalam siri Power Rangers SPD. Nama penuh bagi Dekaranger adalah Special Police Dekaranger manakala nama SPD dalam Power Rangers SPD adalah Space Patrol Delta tetapi nama ringkasan agak berbeza cuma nama penuh agak berlainan. Siri ini menampilkan watak Sentai paling ramai(termasuk bagi filem) adalah 10 orang. Selain itu, filem Dekaranger The Movie:FULL BLAST ACTION ditayangkan bersama dengan filem Kamen Rider Blade: Missing Ace dan 2 buah video filem Dekaranger dihasilkan antaranya ialah Dekaranger VS Abaranger(2005) dan Magiranger VS Dekaranger(2006). Penggunaan kenderaan dalam siri ini adalah yang terakhir dan selepas Dekaranger tamat, penggunaan kenderaan dalam siri Super Sentai berikutnya tidak lagi digunakan.

Antara watak-watak dalam siri ini ialah:

Ban (Banban Akaza)/Deka Red: Ryuji Sainei
Hoji (Houji Tomasu)/Deka Blue: Tsuyoshi Hayashi
Sen-chan (Senichi Enari)/Deka Green: Yousuke Ito
Jasmine (Marika Reimon)/Deka Yellow: Ayumi Kinoshita
Umeko (Koume Kodou)/Deka Pink: Mika Kikuchi
Tetsu (Tekkan Aira)/Deka Break: Tomokazu Yoshida
Doggy Krugger/Deka Master (Suara): Tetsu Inada
Swan-san (Swan Shiratori)/Deka Swan: Mako Ishino
Lisa Teagle/Deka Bright: Mie Nanamori
Marie Gold/Deka Gold: Chiharu Niiyama

Arkib Blog

My Profile

Foto saya
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope Your Enjoy My Blogs !!